MOVE RS Specification

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/31/2008 07:17:00 PTG

0







Ini adalah spec MOVE RS yang aku idam-idamkan. Kalau nak cari part MOVE RS ni susah betul. Dah tu mahal nak mampus. Bila dah dapat barang, pasangnya pulak satu masalah. Kalaulah kat Malaysia ni direct terus ada jual Daihatsu MOVE RS ni dan bukan keluaran Perodua Kenari, takyah penat2 cari kat halfcut. Beli je seketul Daihatsu MOVE RS ni, puas hati....

AMERICAN METAL 1

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/31/2008 01:49:00 PTG

1

Pada NOS jumaat minggu lepas, aku telah diperkenalkan dgn satu lagi warga bodypart yang memang agak rare di mata aku. Terasa menggiurkan bila aku memandangnya. Bodypart kenari yang aku nampak ni dinamakan "AMERICAN METAL 1 (AM1). Memang nampak smart. Kalau aku banyak duit, sekali sekala nak tukar part ni. Tapi ada benda lagi penting baik aku buat dr buat bodykit ni.....


p/s: Sorry Yoes. Aku curi gambar kereta ko... Kereta ko memang smart.

Kenarianz 21hb Mac 2008 Nes-O-Session

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/27/2008 12:34:00 PTG

0

Pada malam jumaat yang lalu, seperti biasa adalah malam-malam yang ditunggu-tunggu oleh segelintir pemilik Perodua Kenari. Nescafe-O-Session atau ringkasnya NOS adalah satu perjumpaan mingguan yang diaturkan sedemikian rupa bertujuan membolehkan sebahagian besar warga Kenarianz serta keluarga mereka bertemu disatu-satu lokasi. Pertemuan tersebut biasanya diakhiri dengan sesi makan minum dan sembang-sembang di tempat-tempat makan atau restoren yang dipilih.

Hujan yang turun sejak sebelah petang tadi kelihatan seolah-olah tidak ada tanda-tanda mahu berhenti. Setibanya aku di Dataran Masjid Putrajaya, telah mula kelihatan sekumpulan kenderaan warga Kenarianz disitu diletakkan sungguh tersusun dan teratur. Pendek kata macam tengah nak buat photoshoot je nampak gayanya. Bagus dan “Two Thumbs Up” kepada “Geng” tersebut, namun setelah tanda-tanda hujan tadi tidak akan berhenti, tempat lokasi NOS Putrajaya ini dipindahkan ke Tempat Meletak Bas yang berhampiran dengan Dataran Masjid Putrajaya tersebut. Lokasi yang ditukarkan ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi rahmat kerana selain daripada ianya berbumbung, ianya turut dilengkapi dengan kemudahan tandas awam dan tempat duduk yang mencukupi. Mungkin selepas ini tempat ini akan dipilih sebagai alternatif semasa sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti luar dijalankan. Komiti..

NOS di Putrajaya kadang-kadang amat mengelirukan penganjur kerana lokasi yang boleh dikatakan biasa tetapi sambutan yang diterima sangatlah membanggakan. Malam tersebut sahaja kelihatan beberapa orang member lama dan baru malah member dari jauh iaitu dari Negeri Cik Siti Wan Kembang tampil dengan kenderaan kesayangan masing-masing. Tahniah kepada lordok dan Achom dan seorang rakan mereka kerana sanggup datang ke NOS Putrajaya walaupun ada urusan yang sedang mereka jalankan semasa di Kuala Lumpur. Geng Gagak, Geng K3VET, Geng Kajang dan macam-macam geng lagi turut memeriahkan suasana pada malam itu. Saudari Mem Kecik Yazmeenahmad turut mengedarkan borang-borang survey untuk kajian pengajiannya di UiTM yang mana agak tergeliat pemikiran beberapa orang yang biasanya fasih berbahasa Jerman menjawabnya. Anyway tak kan terima kasih je Min?? Hehe.. Gurau je.. By The Way, Good Luck 4 your final Exam..

Seperti biasa apabila jam tepat 10.30 malam masa untuk taklimat dijalankan. Taklimat kali ini disampaikan sendiri oleh adinda Mezzy. Antara yang disampaikan ialah:-

  • Maklumat mengenai domain kenarianz.com yang telah dirampok. Siapa ada Euro2.5k bolehla jadi owner domain kenarianz.com...
  • Saudara Along84 menjelaskan mengenai program Jom Ke Cameron bulan May ini. Pembayaran bolehlah dijelaskan selewat-lewatnya 10hb April 2008 ini bagi memudahkan urusetia menjalankan tugas mereka.

Setelah selesai Kenarianz mula bergerak ke Restoren Hassan Cafe Street Mall Cyberjaya. Kawasan yang luas dan mudah untuk meletakkan kenderaan memudahkan warga Kenarianz untuk bersantai serta memenuhkan isiperut.











20 cara untuk jadikan roomate anda gila

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/19/2008 06:30:00 PTG

0

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time.....
  • Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
  • Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik"... Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"
  • Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
  • Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
  • Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
  • Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
  • Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
  • Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
  • Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
  • Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
  • Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
  • Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
  • Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
  • Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
  • Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
  • Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
  • Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
  • Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
  • Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
  • Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

buat lah.. hihihihi

Semoga Selamat Semuanya.... Insyaallah

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/14/2008 07:04:00 PTG

0

Kepada abang Made... Bersabarlah kerana malang tidak berbau. Syukurlah abang masih selamat di dalam kecelakaan jalan raya yang telah berlaku. Semoga abang Made di dalam keadaan tenang dan tidak mengalami trauma berpanjangan setelah mengalami kemalangan tersebut. Kami warga kenarianz akan mendoakan abang di dalam keadaan sejahtera dan di lindungi Allah selalu. Insyaallah....

Siti Meniru Fesyen Tudung?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/11/2008 05:24:00 PTG

0

Adakah Siti meniru fesyen tudung atau adakah itu Idolanya?





p/s: tiada siapa tahu siapa tiru siapa. Wakaka....

Kenangan Mengusik Jiwa...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/01/2008 04:04:00 PTG

0

Sekali sekala teringat waktu yang sudah-sudah seperti membisikkan di telinga aku begitu indahnya semasa kita masih kecil. Sememangnya aku akan merindui zaman membesar aku yang dulunya aku masih hingusan dan sekarang aku perlu menjadikan pengalaman itu sebagai sejarah yang tak luput di ingatan. Biarlah gambar2 di bawah menjadi ingatan yang kekal abadi.


* tekan pada gambar tersebut untuk lebih BESAR