Kenarianz 21hb Mac 2008 Nes-O-Session

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 3/27/2008 12:34:00 PTG

0

Pada malam jumaat yang lalu, seperti biasa adalah malam-malam yang ditunggu-tunggu oleh segelintir pemilik Perodua Kenari. Nescafe-O-Session atau ringkasnya NOS adalah satu perjumpaan mingguan yang diaturkan sedemikian rupa bertujuan membolehkan sebahagian besar warga Kenarianz serta keluarga mereka bertemu disatu-satu lokasi. Pertemuan tersebut biasanya diakhiri dengan sesi makan minum dan sembang-sembang di tempat-tempat makan atau restoren yang dipilih.

Hujan yang turun sejak sebelah petang tadi kelihatan seolah-olah tidak ada tanda-tanda mahu berhenti. Setibanya aku di Dataran Masjid Putrajaya, telah mula kelihatan sekumpulan kenderaan warga Kenarianz disitu diletakkan sungguh tersusun dan teratur. Pendek kata macam tengah nak buat photoshoot je nampak gayanya. Bagus dan “Two Thumbs Up” kepada “Geng” tersebut, namun setelah tanda-tanda hujan tadi tidak akan berhenti, tempat lokasi NOS Putrajaya ini dipindahkan ke Tempat Meletak Bas yang berhampiran dengan Dataran Masjid Putrajaya tersebut. Lokasi yang ditukarkan ini sebenarnya sedikit sebanyak memberi rahmat kerana selain daripada ianya berbumbung, ianya turut dilengkapi dengan kemudahan tandas awam dan tempat duduk yang mencukupi. Mungkin selepas ini tempat ini akan dipilih sebagai alternatif semasa sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti luar dijalankan. Komiti..

NOS di Putrajaya kadang-kadang amat mengelirukan penganjur kerana lokasi yang boleh dikatakan biasa tetapi sambutan yang diterima sangatlah membanggakan. Malam tersebut sahaja kelihatan beberapa orang member lama dan baru malah member dari jauh iaitu dari Negeri Cik Siti Wan Kembang tampil dengan kenderaan kesayangan masing-masing. Tahniah kepada lordok dan Achom dan seorang rakan mereka kerana sanggup datang ke NOS Putrajaya walaupun ada urusan yang sedang mereka jalankan semasa di Kuala Lumpur. Geng Gagak, Geng K3VET, Geng Kajang dan macam-macam geng lagi turut memeriahkan suasana pada malam itu. Saudari Mem Kecik Yazmeenahmad turut mengedarkan borang-borang survey untuk kajian pengajiannya di UiTM yang mana agak tergeliat pemikiran beberapa orang yang biasanya fasih berbahasa Jerman menjawabnya. Anyway tak kan terima kasih je Min?? Hehe.. Gurau je.. By The Way, Good Luck 4 your final Exam..

Seperti biasa apabila jam tepat 10.30 malam masa untuk taklimat dijalankan. Taklimat kali ini disampaikan sendiri oleh adinda Mezzy. Antara yang disampaikan ialah:-

  • Maklumat mengenai domain kenarianz.com yang telah dirampok. Siapa ada Euro2.5k bolehla jadi owner domain kenarianz.com...
  • Saudara Along84 menjelaskan mengenai program Jom Ke Cameron bulan May ini. Pembayaran bolehlah dijelaskan selewat-lewatnya 10hb April 2008 ini bagi memudahkan urusetia menjalankan tugas mereka.

Setelah selesai Kenarianz mula bergerak ke Restoren Hassan Cafe Street Mall Cyberjaya. Kawasan yang luas dan mudah untuk meletakkan kenderaan memudahkan warga Kenarianz untuk bersantai serta memenuhkan isiperut.











Comments (0)