:: Fast Update 4 Ogos 2011 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/04/2011 11:27:00 PG

3

Lamanya tak berhapdet blog ni... Rasanya dari sehari ke sehari nak update tapi tak jugak jalan. Semuanya lancar di facebook. Tapi kat sini?

Dari cerita wife bersalin hinggakan ke hari ni langsung takde update perkembangan terbaru. Nak diceritakan satu mende pun tak jalan. Bermulanya disini, nak aku certakan satu persatu, macam dah terlalu basi untuk diketengahkan. Ini rumusan dari cerita cerita yang tertinggal.

  • Wife telah selamat melahirkan seorang baby yang sangat comel pada 24 March 2011.
  • Baby perempuan berat 2.8kg.
  • Nama baby "Manis Hanisah".
  • Dapat seorang lagi anak saudara lelaki.
Banyak gak la citer yang aku skip. Tak ingat dah satu persatu... Buat masa ni Nak cari mood balik nak hidupkan balik kedinginan berblogging ni. Ni semua disebabkan wujudnya Facebook. Semua update ke sana.

Semalam aku demam, sehari suntuk aku tidur sejak dari berbuka sampai la ke sahur. Ditambah pula dengan hujan lebat semalam, lagi bertambah pitam la aku. Sejak kebelakangan ini, aku rasa hidup aku pun dah tak berapa sepi lagi sejak kehadiran orang baru la katakan. Sikit2 uwek sikit-sikit uwek... Pantang bergerak pun uwek. Baby pun dah boleh berpusing pusing, tapi meniarapnya belum lagi. Kalau nak seterika baju ke, nak goreng telur ke, bawakkan aje dia ke mana kita pegi. Asal nampak muka sudah...

Rasanya nanti la aku sambung balik, nak lepak kat store tido jap. Puasa, penat....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/31/2011 09:34:00 PG

5

Apa Pun Tak Boleh!

:: 29 Tahun Sudah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/05/2011 11:57:00 PG

1

Sudah hampir mencecah umur 30-an. Cukup setahun lagi aku dah nak masuk angka itu. Apa yang aku dah lakukan? Banyak lagi perkara yang belum aku capai dalam hidup.

Kahwin? Sudah..

Anak? Insya'allah bakal ada..

Kehidupan lebih selesa? Sedang diusahakan. Doakan aku semuanya berjalan lancar dalam perjalanan hidup aku.

Hanya doa kalian akan menjadi restu untuk perjalanan hidup aku ke arah yang lebih bahgia.

TERIMA KASIH SEMUA...

:: Tan Sri Ismail Omar KPN Datang DSH ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/18/2011 03:47:00 PTG

0

Saja nak update... Ekeke... Takde mende penting pun. Layan saje...

:: 12 April 2011, Hari Confirm Aku ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/12/2011 10:38:00 PG

3

Harini tarikh aku confirm setelah bertungkus-lumus menjaga kredibiliti aku sebagai pekerja di KPJ Damansara. Semalam aku jumpa sama Human Resource (HR) nak menanyakan kelebihan-kelebihan aku sebagai pemegang nama pekerja bertaraf confirm. Banyak yang aku tanya hal benefit-benefit yang bakal aku terima. Semua yg dicerita pun memang termaktub di dalam offer letter haritu dan aku memahaminya.

Cuma satu je aku takleh terima, setelah aku bergelar pekerja bertaraf confirm ni, wife aku takleh bersalin kat sini lagi sebab katanya aku tak cukup setahun berkhidmat. WTF? Takde pun tulis kena berkhidmat setahun kat offer letter tu, dia tulis aku bila dah confirm, automatik akan menerima benefit-benefit yang tertulis...

Maknanya, kawan-kawan aku pun akan turut kecewa la nampaknya untuk melihat kelahiran sulung anak aku di hopital ini, dan Siti pun dan berputus harap nak guna benefit tempat aku bekerja. Dia nak bersalin kat hospital kerajaan menggunakan kelebihan-kelebihan dia sebagai penjawat awam. Aku pun sebenarnya kecewa ngan keputusan ini, nak bersalin kat hospital ni boleh, tapi dengan menggunakan chargers macam patient luar la...

Aku ingat sebagai pemegang nama confirm dah automatik boleh guna kelebihan-kelebihan ni. Tapi susah gak, kita tengok plak 12 April nanti genap aku setahun berkhidmat, apa pulak ceritanya nanti...

:: Aku dah CONFIRM ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/07/2011 04:38:00 PTG

1

Yahooo...!!! Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnianya aku telah pun CONFIRM setelah hampir setahun aku berkhidmat dalam syarikat ini. Walaupun kerjaya aku tak la segah mana, tapi dengan kurnia dia, mampulah aku menggunakan segala benefit syarikat ini untuk kegunaan diri sendiri mahupun family aku. Mungkin ini hadiah permulaan untuk tahun baru 2011 bagi aku. Selebihnya aku mengharapkan kelebihan yang lain menyebelahi aku untuk bakal anak yang akan lahir. Semoga aku akan terus success dalam bidang yang aku ceburi. Insya'Allah...

:: Fast Update 07012011 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/07/2011 11:47:00 PG

1

Tinggal beberapa minggu lagi je umur ini mahu mencecah 29. Wahahaha... Ramai lak kata aku ni baru habis belajar ke? Tu dari kalangan yang jarang jumpa aku. Soalan yang kerap kali ditanya oleh saudara mara yang tak kenal aku. Padehal, dah nak timang anak dah.

Masih lagi memenuhi rutin harian bekerja. Tahun demi tahun banyak pengalaman di timba. Dari zaman hitam hingga lah ke sekarang. Mau tak mau hidup kena teruskan. Susah getir cabaran bagaimanapun perlu dilalui. Ramai yang kata "Syukur aku dah tak buat kerja jahat macam dulu". Ye ke? Jangan berpuas hati sekarang kerana kita tak tau apa kejahatan yang tersirat kita buat.

Ada beberapa perkara lagi yang semuanya aku nak cerita kat blog ni, tapi tunggu dulu. Sebelum keputusan- keputusan tu betul-betul confirm, aku tak akan ceritakan lagi. Banyak aku akan update bulan Februari nanti. Lepak-lepak dulu....

p/s: Hapdet... Ni gara gara baca blog org le ni...