Harga minyak mungkin akan diturunkan lagi

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/27/2008 05:33:00 PTG

0

27/08/2008 2:02pm

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Kerajaan mungkin akan menurunkan lagi kadar harga minyak mengikut kadar harga di pasaran dunia bagi meringankan lagi bebanan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Jelaing anak Mersat.

“Kerajaan bercadang untuk meringankan lagi bebanan ini dan mungkin menurunkan harga ataupun mengikut kadar harga minyak setong di pasaran dunia,” katanya menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Chong ingin tahu sama ada kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel pada 1 Sept nanti seperti yang dijanjikan walaupun harga bahan api itu telah diturunkan pada 22 Ogos lepas.

Jelaing berkata harga minyak diturunkan lebih awal dari tarikh yang diumumkan kerana hendak meringankan beban pengguna lebih awal dan kerajaan akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya perlu selepas menilai semula perkara itu dalam masa dua minggu atau sebulan.

Design aku kat K-KOMPAK

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/26/2008 08:10:00 PTG

0



Nampak tak advertising yang aku buat tu? Kat belakang cover Majalah ni terpapar iklan Kenarianz.com.my. Kalau nak tau, tu aku yang buat. Har har har Harun Salim Bachik. Bangga sekejap... jangan lupa beli K-KOMPAK keluaran 44.

Selamat Hari Jadi

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/24/2008 11:13:00 PG

0

Tepat je pukul 12 tengah malam, telefon aku berdering menunjukkan reminder yang telah aku setkan kat telefon kuno NOKIA-6630 aku. 24 Ogos 2008 bermulalah umur baru dan sejarah baru kerana hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran tunang aku yang ke-27. Aku terus mencapai telefon untuk menjadi orang yang pertama mengucapkannya.

"Selamat Hari Jadi, semoga kita berkekalan hingga ke suatu hari yang akan ditetapkan untuk bersatu."

Soko - Take My Heart

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/24/2008 02:04:00 PG

0

Apa ntah yang bestnya lagu ni? Mula aku dengar cam lagu kartun je... Mula aku buat geli-geli je dengar. Tapi lama-lama layan pulak lagu ni. Kelakar pun ada, bunyinya cam jenis lagu kanak-kanak. Lagu ni tunang aku yang suruh dengar.

Nak dengar? Downloadlah kat link bawah ni.
Soko - Take My Heart.mp3


Liriknya

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too


If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine


But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return



Cuma RM0.15...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/24/2008 01:34:00 PG

0

Pagi-pagi, aku selalu biasakan diri untuk check tangki minyak motor aku. Takut-takut kejadian kali ketiga berlaku lagi iaitu aku pernah menolak motor aku sejauh hampir 1 kilometer untuk mencari stesen minyak berdekatan. Memandangkan harga minyak yang pernah naik satu ketika mencecah RM2.70, aku kebiasaannya mengisi tangki motor penuh aku sebanyak RM10.

Sesampai je kat stesen minyak Petronas Damansara Damai, aku mengeluarkan not RM10 dan disertakan dengan kad Mesra kepada kaunter pembayaran. Pastu, aku terus gerak ke motor buruk aku dan terus capai nozzle bila dah bukak tangki minyak. Punyalah laju perginya minyak petrol memenuhi ruang yang ada di tangki motor aku. Apasal lain macam pulak minyak ni? Sampai membuak-buak cecair itu walaupun harga yang aku bayar tadi tak cecah RM10 lagi. Satu pernyataan yang boleh buat org gelak kalau aku bagitau kat org lain. Mana taknya, aku tak terperasankan yang harga minyak dah diturunkan 15 sen sejak dari tengah malam tadi. Aduhai, bersyukurlah adanya walaupun hanya 15 sen penurunan harga minyak Malaysia. Adakah ini di sebabkan terdapat pilihanraya kecil yang diadakan di Permatang Pauh? Aku tidak dapat menjawabnya kerana bukan bidang kerja aku untuk menjawabnya. Hanya ahli politik yang bertanggungjawab yang boleh memberi penjelasan.

nota:
RM2.70 - RM0.15 = RM2.55
(harga minyak baru Malaysia berkuatkuasa 12pm/23 Ogos 2008)

p/s: Pertama kali dalam sejarah, harga minyak Malaysia diturunkan. Kebiasaannya, kalau ada perubahan harga minyak, masa nilah berpusu-pusu orang nak mengisi minyak. Kali ni lain jadinya, lengang habis nak tunggu harga baru keesokan harinya. Harap-harap dapatla diturunkan lagi harga minyak. Aku bukannya orang yang senang.

Iklan Baru Petronas Sempena Kemerdekaan Malaysia

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/23/2008 07:47:00 PTG

0

Aku suka iklan Petronas baru ni.... Ada part yang aku takleh tahan sebak...

Majlis Sambutan Penyerahan Jalur Gemilang 2008

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/17/2008 02:18:00 PTG

0

Sempena dengan bulan kemerdekaan yang akan disambut, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjemput Kelab Kenarianz untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan. Butirannya adalah seperti di bawah:

Tarikh
15 Ogos 2008 (Jumaat)

Tempat
Lobi Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara ini merupakan salah satu pengisian program bulan kemerdekaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan dijayakan bersama pelbagai pihak seperti NGO, persatuan teksi dan wartawan. Objektif program ini ialah untuk melahirkan semangat kecintaan kepada negara, khususnya di kalangan generasi muda. Ia juga sebagai satu lambang kemegahan dan kegagahan sebagai rakyat Malaysia selain melahirkan generasi yang cergas, mempunyai ketahanan fizikal dan minda yang cerdas dan memupuk kerjasama dalam satu pasukan. Seperti tahun yang lepas, pihak DBKL memperuntukkan hanya 5 buah kenderaan sahaja daripada kelab bagi acara pelepasan ini. Tetapi kerana terdapat ahli yang ingin menyertainya, Terdapat sehingga 7 ahli yang beranikan diri bercuti dan ponteng kerja. Kenderaan terlibat akan berbaris panjang untuk memasang bendera pada kenderaan dan menerima ‘goodies bag’ dan seterusnya melancarkan majlis pelepasan Jalur Gemilang.

Berikut adalah barisan ahli kenarianz yang hadir.
1. along_84
2. bhf1932 (Abang Made)
3. irrahady
4. arelong7997
5. zulazfar
6. wan
7. nizam_5282
8. pikamerah sebagai organizer

Dibawah disertakan bukti ahli kenarianz yang menyertainya.



Antara yang paling awal hadir dari kiri zulazfar, arelong9779, irrahady.


Barisan marshall yang bertugas.


Barisan kenarianz yang hadir.


Koir DBKL.


Pancaragam DBKL.


Sedang mencabut bendera kerana salah cucuk.


Berjalan-jalan mencari makanan.


Kerana kelaparan, kami tak peduli duduk di bawah, terukla ko pikamerah..

Bau - Warkah

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/14/2008 05:06:00 PTG

0



Warkah by Bau, OST Sindarela
Lagu: Chot Bau Lirik: Chot Bau/Bahri Uma

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Download Lagu Bau-Warkah

Aku Pun Nak Glamour la....

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/11/2008 08:27:00 PTG

0

Aku pun nak glamor gak. Siapa kata abang2 aku je masuk dalam bentuk print? Aku pun masukla.... Tgk kat bawah ni... Siap design banner aku pun masuk kat majalah ni...


Selamat Pengantin Baru Shofi & Noreena

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/11/2008 08:40:00 PG

0

Tidak cukup dengan penat semalam dalam berkonvoi Merdeka, harini juga ada agenda penting yang tidak patut aku lepaskan. Antaranya ialah menghadiri majlis perkahwinan Saudara Shofi dan pasangannya Saudari Noreena. Ada sejarah tersendiri yang perlu aku ceritakan di sini di mana inilah pasangan yang aku sendiri satukan. Memang tak sangka menjadi juga korang ke jinjang pelamin. Bermula dari Ipoh pada pukul 7.20, aku terus bergegas ke Hentian RnR Seremban. Dalam pukul 10.15 aku sampai di Hentian tersebut, tiada seorg pun yang sampai. Nampaknya aku yang sampai dulu. Nak buat camana? Tunggu jela. Selepas itu muncullah seorang demi seorang menampakkan muka. Antara yang hadir dalam konvoi ni ialah Abang Made, Pyan, Cik Lola, Irrahady, Shahlakar @ Photographer, Along_84, WMN6371, Lilfadli dan juga Zulazfar. Dalam masa yang sama, pengantin lelaki dan perempuan juga turut mengiringi konvoi ini di mana dicampur lagi 2 biji kereta iaitu kereta @ndy dan kereta Shofi. Maka lengkaplah konvoi ini untuk ke majlis perkahwinan ini. Setelah semuanya tersusun, MARSHALL memulakan perjalanan ke Seremban iaitu ke Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis Di Raja Malaysia, Seremban. Memang ramai yang menunggu masa ni. Sampai je kaki pengantin jejak ke tanah, terus berbunyi kompang dan pengantin menuju ke pelamin. Kami yang lapar terus mencari makanan kenduri... Memang lapar betul masa ni.

Sebelum kami beransur pulang, sempat juga aku mereka pantun yang di dendang kan oleh DJ majlis. Berikut adalah pantun yang aku reka khas untuk pengantin.

Dari Kenarianz Pengantin berjumpa,
Bertentang mata bertamu cinta,
Kami bersama menadahkan doa,
Semoga dirahmati disertakan bahagia.




Dalam tempoh perjalanan pulang, aku sempat membahan 2 orang kenarianz ni Yazmeenahmad dan Gent di mana mereka selalu je bersama. Harap2 diorg pun akan ke jinjang pelamin bersama. Ehem2... Memang best kitorg menggunakan Handy apabila berkonvoi. Tup2, bateri habis lak. Aduhai.... Semoga selamat semuanya. Amin.

Konvoi Merdeka Ipoh-Pasir Salak-Teluk Batik

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/11/2008 08:34:00 PG

0

Tanggal 9 Ogos yang lalu, Kenarianz Perak telah menganjurkan Konvoi Kemerdekaan di mana trip yang di cadangkan sekitar Perak yang di dahului dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar, seterusnya ke Pasir Salak kemudian ke destinasi akhir menuju ke Teluk Batik @ Lumut. Kenarianz Trip SMD ni tak lupa menjemput Kenarianz dari Kuala Lumpur dan Juga Kenarianz dari Utara. Memang mendapat sambutan yang meriah apabila hampir 25 biji kenari yang mengikuti trip ini... Walaupun Trip ini hanya konvoi semata-mata, tetapi kami menerapkan suasana harmoni di mana terdapat bujang-bujang dan berkeluarga tidak mengira status untuk bersama-sama menjayakan konvoi ini. Walaupun aku hanya aktif di Kenarianz Kuala Lumpur, aku tidak mahu ketinggalan menyertai trip dari Perak ini. Memang Happening orang-orang Perak ni. Aku pun asal sini, takde masalah rasanya. Antara Kenarianz KL yang mengikuti trip ini ialah zxkn (Khairul), budak busuk (Mus), dan juga Moveburuk (Yunus).

Trip ini bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga mengakhiri pada pukul 7.00 malam. Dalam konvoi ini, di penuhi dengan pelbagai agenda seperti melawat di Terowong Masa Kompleks Sejarah Pasir Salak, beriadah di Taman Paya Bakau Manjung, dan juga membeli ole2 di Lumut. Tujuan konvoi ini adalah untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-51 sebagai tanda rasa kasih kepada negara. Setelah berakhirnya acara bersurai, masing2 pulang menuju ke destinasi sendiri. Aku sampai ke rumah dengan selamat pada pukul 9.30 malam di Ipoh.


Penyusunan dan penyerahan goodies kepada yang terlibat


Sebelum berlepas, kami duduk berborak bersama dan membahan pada yang berkenaan


Bergambar di pintu gerbang Kompleks Sejarah Pasir Salak


Di ruang legar "Terowong Masa" di Kompleks Sejarah Pasir Salak


Bergambar beramai-ramai di Taman Paya Bakau


Antara kenari2 yang tak boleh berterbangan yang dibalut bersama Jalur Gemilang


Amanat terakhir dari Abang Joe sebelum sesi bersurai


Bermaaf-maafan sebelum bersurai. Aduh sedih seh masa ni

Ada Lagi....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/06/2008 02:54:00 PTG

0

Tambahan!
Setelah dihebohkan ke serata alam, aku terjumpa lagi ada yang terselit kat paper lain. Harian Metro pun ada. Gila Ah Ding Dong!!! Famous la kome...


Dia Masuk Jugak???

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/06/2008 12:24:00 PTG

0

Sebenarnya aku ni jenis yang tak suka beli surat khabar pun. Lagi-lagi beli paper yang besar gedabak. Aku suka beli paper kecik2 macam KOSMO, HARIAN METRO dan BERITA HARIAN yang baru2 ni di kompakkan. Tapi kenapa ntah tiba-tiba terdetik dalam hati aku untuk beli paper yang besar cam UTUSAN MALAYSIA tu.



Sampai je kat ofis, aku terus belek2 surat khabar tu yang mana tajuknya kat depan "MAJLIS EKONOMI DITUBUHKAN". Ntah apa yang bestnya ntah tajuk ni? Takde kena mengena ngan aku. Biasalah tu, kalau takde berita, apa yang company berita tu nak cari makan kan? Lupakan soal itu... Mulanya aku baca macam biasa je, dari satu kolum ke kolum lain macam tak menarik perhatian aku je nak membaca. Sampailah ke satu muka surat yang mana aku terpaku lalu berhenti selama 60 saat memerhatikan ke arah surat khabar itu. Cess!!! Dia pun masuk jugak. Ni apa cerita ni? Concure nampak? Mana leh jadi camni....



Kalau korang nak tau, dia pun masuk surat khabar dalam Print Ad yang sama. Antara 10 pelanggan pertama diberi peluang jadi model P1 W1MAX. Apasal tak ajak aku? Warghhhhh!!! Hampeh2. Hehe... Takpe, masa aku belum tiba. Bagi peluang dulu kat abang2 aku famous dulu. Aku lambat sikit pun takpe... Terkenalla korang kat Malaysia ni...



"KASI KECOH SATU KAMPUNG BRO".

Wanted... Kesalahan Jenayah

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/04/2008 01:17:00 PTG

0



Apa yang menariknya kat Tajuk utama Berita Utusan ni ha? MRR2 retak lagi? Memang menyakitkan hati bila aku memikirkannya... Dulu dah tutup menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk kat area Bandar Sri Damansara ke Selayang dan begitulah sebaliknya. Kalau dikenangkan balik, nak je aku h***puk bekas Menteri JKR tu. Tapi apakan daya, aku kecik aje orangnya. Sebab dia menerajui kementerian tu dulu menimbulkan masalah yang tak pernah selesai sehingga sekarang. Menurut petikan kat Utusan Malaysia ni, tiga batang prategasan putus secara tiba-tiba di rasuk jejambat. Dan disebabkan itu, rekahan tersebut telah menyebabkan jalan di bawahnya di hujani batu2 kesan dari rekahan jejambat itu.

Sebenarnya, ini memanglah satu berita yang penting dalam negara yang boleh di katakan sangat penting bagi aku. Sebab aku selalu berkeliaran di sana. Kalau korang nak tau, Utusan Malaysia harini terdapat artikel lagi penting dari cerita tersebut. Ha... Cuba korang tengok kat bawah....



Haha.... Muka abang aku masuk surat khabar atas kesalahan jenayah... Dia di dapati bersalah kerana menjadi pelanggan pertama melanggani P1 W1MAX. Apa ntah? Aku pun tak tau X-plain. Ala cam broadband tu kot? Syarikat tersebut telah menyaman dia atas sebab menjadi antara pelanggan pertama melanggani perkhidmatan tersebut. Mengikut kata tuan punya syarikat, abang aku ni telah di saman sebanyak RM100,000. Tapi di sebabkan dia tak mampu nak membayarnya, tuan punya syarikat telah mengeluarkan akta bahawa dia perlu menjadi model promosi perkhidmatan itu tanpa bayaran satu sen pun. Dan satu syarat melepasi rayuan saman tersebut, dia kena senyum sepoyo yang boleh. Haha... Kira begitulah cerita yang tuan punya syarikat yang dah report kat balai polis. Kesian betul.... Apa2 pun, kira dia dah beresla menyelesaikan saman itu kerana berjaya membolosi rayuan tersebut. Tahniah...

Berikut adalah bentuk promosi WANTED yang telah diedarkan di seluruh negara... Mana nak lari? Padan la muka....


p/s: Cerita ini adalah rekaan semata-mata bagi menjiwai penghayatan drama yang macam hampeh. Selamat berhibur... Abang aku jadi duta P1 W1MAX sebab jadi pelanggan pertama melangganinya...

Metal Gear Solid 4 Original Soundtrack

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/03/2008 11:39:00 PTG

0

Aku kalau jalan jauh balik kampung ke, aku akan dgr OST ni. Saje nak kongsi2 ngan sesiapa yang minat game ni. Aku tgh tunggu masa yang sesuai nak habiskan mainan ni kat umah abang aku, tapi takde masa lah. Sementara tak main lagi, baik aku dengar dulu OST game ni. Baru feel...

Photobucket
Old Snake.mp3
Love Theme.mp3
Gekko.mp3
Haven Troopers.mp3
BB Corps.mp3
Drebin 893.mp3
Vista Mansion.mp3
Laughing Octopus.mp3
Endless Pain.mp3
White Blood.mp3
Call Me Hal.mp3
Midnight Shadow.mp3
Paradise Lost.mp3
Great Escape.mp3
Desperate Chase.mp3
Raging Raven.mp3
Confrontation.mp3
Mobs Alive.mp3
Violent Ceasefire.mp3
Next-Gen Control.mp3
Crying Wolf.mp3
One More Reboot.mp3
Sin.mp3
Atonement.mp3
Infinite Loop.mp3
Everything Ends.mp3
At Dawn.mp3
Screaming Mantis.mp3
Guns of the Patriots.mp3
No Place To Hide.mp3
Sorrow.mp3
Full Circle.mp3
Everything Begins.mp3
Father & Son.mp3
Metal Gear Saga.mp3
HERE'S TO YOU from the film ''Sacco e Vanzetti''.mp3
War Zone.mp3
A Rebellion Rests.mp3
The Hunter.mp3
The Hunted.mp3
Forced Hand.mp3
Under Curfew.mp3
Unmanned Army.mp3
Cold Memories.mp3
For Liberty.mp3
Surrounded.mp3

Scene Favourite Aku dalam Geletek

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/03/2008 11:17:00 PTG

0