New Release...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/30/2008 03:06:00 PTG

6

Cetakan hasil kerja tangan aku telah siap diterbit... Selamat satu kerja....

Koleksi yang dah lama aku idamkan....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/29/2008 08:41:00 PG

3

Tercapai jugak hajat aku untuk meiliki DVD penuh Dragon Ball Z. DVD ni mempunyai 9 keping DVD dari episod 1-291 bermula kelahiran Son Gohan. Boleh la aku layan sampai lebam. Satu hari nanti aku nak memiliki koleksi dari kelahiran Son Goku pula. Memang dah lama aku idamkan sejak dari sekolah rendah lagi. Baru sekarang aku memilikinya... Sebelum ni aku ada koleksi komik dia aje. Tapi sebab member rembat sampai 10 buku, aku dah tak kumpul lagi, satu masa nanti aku nak memilikinya koleksi komik itu kembali....


p/s: Harap maaf, kalau nak pinjam. Cukuplah sebagai koleksi peribadi aku sorang je....

Kad Ucapan Hari Bapa

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/28/2008 10:16:00 PG

1

Memandangkan kedatangan Hari Bapa akan menjelma, aku ditugaskan untuk mereka bentuk satu kad ucapan tersebut dari abang2 aku. Dari kelebihan aku pandai membuat design ni, aku telah dipaksa (hehe) untuk design kad ucapan tersebut. "Takdehallah, senang je kerja ni". Aku reka seringkas yang boleh. Semoga kedatangan kad ucapan ini dapat menggembirakan bapa aku... Insya Allah...


Click pada image di atas kalau nak tgk presentation gerak2 punya


Click pada image di atas untuk pembesaran berganda

Nak makan kenduri pun susah dee...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/26/2008 06:22:00 PG

0

Memang penat betul aku Ahad tempohari (25 Mei 2008) walaupun hanya 2 tempat kenduri yang sempat aku singgah. Bermula dari pukul 10.30 pagi, aku didatangi oleh panggilan hangit dari Corleano yang menyatakan dia mau menumpangiku ke majlis kenduri kahwin Acong aka ohhrasaoren. Dan aku setuju aje asalkan baliknya dia tumpang orang lain. Wahaha. Pasal aku nak pegi ke kenduri kahwin orang lain lak. Ngam2 pukul 11.30, aku sampai je rumah Corleano dan terus SMS, "weh! aku dah sampai daa". Dan dia pun menyahut, "tunggu jap daa, nanti aku turun... Dengan lemah gemalai dia turun terus bagi aku sampul angpau. Suruh bagi duit sumbangan la tu.... Hehe..

Aku terus je gerak ke tempat permulaan nak konvoi kenduri Acong tu bermula di hentian Esso depan Ampang Putri. Cari punya cari, mana ada Esso, Mobil adala. "Nak kena mamat Gent ni". Rupanya dia ingat Esso, rupanya Mobil. Cesss... Aku bermula dipetak pertama kerana aku ngan Corleano sampai dulu. Hampeh tol...

Punya lama tunggu pengantin tak sampai, kitorg gerak menuju terus ke majlis tanpa segan silu dan terus park kat Shell sebelah Dewan Datuk Razali, Ampang (betul ke?). Punyala lapar kemaruk, nasi kenduri habis. Ramai menunggu turn nak ambik nasik, nasik ada, lauk pulak habis. "Nak kena Acong ni". Aku bersalam salam nak minta diri sebab aku nak gerak ke majlis lain pulak. Lepas ni aku nak pegi kenduri Hafiz aka Chap X-housemate aku kat poli dulu kat Banting.


Selamat Pengantin Baru (Acong & Wife)


Dah satu kerja pulak nak mengambik Yeop kat Seputeh sebelah Mid Valley. Punyalah susah nak cari tempat duduk dia. Last2 aku suruh dia tunggu aku kat KL Central. Kitorang bergerak menuju ke Banting dalam pukul 6.00 petang. Ni sebab Yoep la ni, kejap nak pegi kejap tak jadi... Nak pegi ke Banting pulak sampai terlajak ke Pulau Indah. Sign Bord ke sana kelam kabut. Kitorang sampai lebih kurang pukul 8.15 malam di mana majlis kendurinya dah lama selesai. Kitorang memang plan nak pegi lambat. Kalau time bersanding memang tak sempat jumpa punya. Kitorang dah lama tak jumpa sedari 4 tahun yang lepas. Dia suka menghilangkan telefonnya dan sedekah kat pencuri. Sembang punya sembang, tak sedar jam di tangan dah menunjukkan pukul 9.15 malam. Kitorang berundur dulu sebab hari sudah lewat, esok mau kerja. Sebelum pulang, Yoep memberikan hadiah majlis perkahwinan, aku takyah pun takpe, hehe.

Dalam perjalanan pulang menhantar Yeop, suasana diselang selikan dengan hujan renyai dan lebat di satu2 kawasan terpilih. Kitorg terus je manghala ke Federal Highway nak menghantar Yeop kat Seputeh. Hari pun dah lewat sangat rasanya, badan dah makin penat. Apalagi balik umah tidur la..... Esok nak kerja...

Sekian.

Yang benar,
nizam_5282@yahoo.com

p/s: penat menaip ni.... Ayat pun ntah pape je....

United: Kings of Europe!

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/22/2008 04:37:00 PTG

0

Malam yang sungguh mendebarkan penantian yang selama ni ditunggu tunggu. Malam 21hb mungkin tak berapa penting bagi orang lain. Tapi bagi aku, malam ini sungguh menerujakan di mana Manchester United akan bertemu Chelsea di perlawanan akhir penentuan juan EURO Champions League 2007/08. Aku telah berpakat ngan beberapa orang yang rasanya memang penyokong kuat kelab ni... Mulanya Mr Faiz aka WMN 6371 menanyakan dimana lokasi nak lepak tgk game ni. Pastu aku roger Mr Acai adakah beliau busy banget malam tersebut. Rupanya diapun memang menunggu member yg dapat join dia melayan game tersebut. Game ni di jadualkan bermula pada 2.45 pagi. Memandangkan aku teramat teruja nak tgk game ni, aku telah mengkontek Faiz supaya tunggu kat mana2. So dia pun bagitau, "Kalau boleh tunggu je kat depan Pandan Indah. Depan sikit dr MRR2 ada satu ESSO kat situ. Nanti jumpa kat sana". Aku soh dia tunggu kat sana pukul 1.30 pagi.

Jadi aku pun memulakan perjalanan ke sana dan memang dia datang paling awal. (Bagusla ko ni). Kitorg pun startla cari mana nak jumpa Acai. Lokasinya di taman Connaught, Cheras (betul ke eja ni?). Sesampai je, memang kami awal. Tiba2 disapa oleh en. Ajoyaero yang ntah dr mana dtgnya. "Boleh join sekali ke", katanya. Boleh saja, lagi ramai lagi seronok. Setelah agak lama berborak, barula Mr Acai sampai. Dia bawa ke mana pun aku tak tau. Follow je... Yang ada kat sana Faiz aka WMN6371, Acaizegrete, zxkn, budak busuk, Ajoyaero dan partner Acai... Itulah laporan saya terima kasih.

Malas betul menaip ni, jadi panjanglak ceritanya. Kesimpulannya, MUnited menang bertemu Chelsea dengan 1-1 (Penalti 6-5)

Kat bawah buktinya aku pegi tgk bola... jangan marah.


Semua concentrate tgk screen tv plasma kat dalam kedai mamak ni...


Suasana dimana MU telah menewaskan Chelsea. Ada suka ada yg duka...


p/s: sorryla... malas nak menaip...

Siapalah yg pacak kedai 24 jam ni....!*@$&

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/13/2008 04:42:00 PTG

0

Satu hari tu, aku punyalah dahaga dan nak mencari air buat penghilang dahaga. Jalan punya jalan dr jauh aku ternampak satu signboard tertera lambang yg biasa org kenal dengan trademark kedai 24 jam nya. Aku pun dengan confidentnya berhenti parkir jauh sikit dari kedai tu nak cari air.

Pernah satu ketika dulu aku diketawakan yang kedai ni mana pernah tutup. Nah, ini buktinya pada mereka yang pernah menyangkal gelak korang dulu...


p/s: Bodoh punya tokey. Siapa yang memainkan aku pada hari tu....

Jom Join NOS...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/13/2008 04:31:00 PTG

1

Pedih sungguh hati ini.....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/13/2008 04:04:00 PTG

0

Ntah kenapa sejak aku balik dr kampung Sabtu haritu, terdetik rasa sedih, marah, geram dan terkilan dengan situasi yg aku dan keluarga aku harap2kan. Terasa aku dan keluarga aku macam hilang air muka bila pulang dr kampung tempohari. Kenapa masih ada juga sikap yang aku rasanya tidak adil bagi aku yang rasanya dijatuhkan air muka kami, dan sanggup mereka buat begitu pada kami. Ku harapkan sesuatu yg manis, tetapi jawapannya sungguh mengguris. Bukan sahaja aku tetapi insan bergelar orang tua aku juga terasa seperti di pijak2. Aku sungguh tak sangka, rupanya ramai yang berjiwa bermuka muka dan mempersenda adat yg mereka katakan mudah dalam islam. Aku sebagai anak melayu beragama islam, tentu tau membatasi pergaulan aku dan tak perlu di beritahu. Di atas nama maruah, aku dan orang tua aku pulang dengan harapan dapat menerima berita yang manis. Tetapi rupanya air muka kami dijatuhkan. Aku sungguh sedih bila mengenangkan air mata ibuku menitis mengenangkan esoknya hari ibu. Biarlah perkara ini menjadi rahsia antara aku, adik beradik dan orang tuaku tanpa pengetahuan orang lain...

p/s: terkilan sungguh aku kerana mereka saudaraku....