Nak makan kenduri pun susah dee...
Posted by nizam_5282 | Posted in Job , Kenarianz Club | Posted on 5/26/2008 06:22:00 PG
0
Memang penat betul aku Ahad tempohari (25 Mei 2008) walaupun hanya 2 tempat kenduri yang sempat aku singgah. Bermula dari pukul 10.30 pagi, aku didatangi oleh panggilan hangit dari Corleano yang menyatakan dia mau menumpangiku ke majlis kenduri kahwin Acong aka ohhrasaoren. Dan aku setuju aje asalkan baliknya dia tumpang orang lain. Wahaha. Pasal aku nak pegi ke kenduri kahwin orang lain lak. Ngam2 pukul 11.30, aku sampai je rumah Corleano dan terus SMS, "weh! aku dah sampai daa". Dan dia pun menyahut, "tunggu jap daa, nanti aku turun... Dengan lemah gemalai dia turun terus bagi aku sampul angpau. Suruh bagi duit sumbangan la tu.... Hehe..
Aku terus je gerak ke tempat permulaan nak konvoi kenduri Acong tu bermula di hentian Esso depan Ampang Putri. Cari punya cari, mana ada Esso, Mobil adala. "Nak kena mamat Gent ni". Rupanya dia ingat Esso, rupanya Mobil. Cesss... Aku bermula dipetak pertama kerana aku ngan Corleano sampai dulu. Hampeh tol...
Punya lama tunggu pengantin tak sampai, kitorg gerak menuju terus ke majlis tanpa segan silu dan terus park kat Shell sebelah Dewan Datuk Razali, Ampang (betul ke?). Punyala lapar kemaruk, nasi kenduri habis. Ramai menunggu turn nak ambik nasik, nasik ada, lauk pulak habis. "Nak kena Acong ni". Aku bersalam salam nak minta diri sebab aku nak gerak ke majlis lain pulak. Lepas ni aku nak pegi kenduri Hafiz aka Chap X-housemate aku kat poli dulu kat Banting.

Selamat Pengantin Baru (Acong & Wife)
Dah satu kerja pulak nak mengambik Yeop kat Seputeh sebelah Mid Valley. Punyalah susah nak cari tempat duduk dia. Last2 aku suruh dia tunggu aku kat KL Central. Kitorang bergerak menuju ke Banting dalam pukul 6.00 petang. Ni sebab Yoep la ni, kejap nak pegi kejap tak jadi... Nak pegi ke Banting pulak sampai terlajak ke Pulau Indah. Sign Bord ke sana kelam kabut. Kitorang sampai lebih kurang pukul 8.15 malam di mana majlis kendurinya dah lama selesai. Kitorang memang plan nak pegi lambat. Kalau time bersanding memang tak sempat jumpa punya. Kitorang dah lama tak jumpa sedari 4 tahun yang lepas. Dia suka menghilangkan telefonnya dan sedekah kat pencuri. Sembang punya sembang, tak sedar jam di tangan dah menunjukkan pukul 9.15 malam. Kitorang berundur dulu sebab hari sudah lewat, esok mau kerja. Sebelum pulang, Yoep memberikan hadiah majlis perkahwinan, aku takyah pun takpe, hehe.
Dalam perjalanan pulang menhantar Yeop, suasana diselang selikan dengan hujan renyai dan lebat di satu2 kawasan terpilih. Kitorg terus je manghala ke Federal Highway nak menghantar Yeop kat Seputeh. Hari pun dah lewat sangat rasanya, badan dah makin penat. Apalagi balik umah tidur la..... Esok nak kerja...
Sekian.
Yang benar,
nizam_5282@yahoo.com
p/s: penat menaip ni.... Ayat pun ntah pape je....
Comments (0)
Catat Ulasan