Pedih sungguh hati ini.....
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 5/13/2008 04:04:00 PTG
0
Ntah kenapa sejak aku balik dr kampung Sabtu haritu, terdetik rasa sedih, marah, geram dan terkilan dengan situasi yg aku dan keluarga aku harap2kan. Terasa aku dan keluarga aku macam hilang air muka bila pulang dr kampung tempohari. Kenapa masih ada juga sikap yang aku rasanya tidak adil bagi aku yang rasanya dijatuhkan air muka kami, dan sanggup mereka buat begitu pada kami. Ku harapkan sesuatu yg manis, tetapi jawapannya sungguh mengguris. Bukan sahaja aku tetapi insan bergelar orang tua aku juga terasa seperti di pijak2. Aku sungguh tak sangka, rupanya ramai yang berjiwa bermuka muka dan mempersenda adat yg mereka katakan mudah dalam islam. Aku sebagai anak melayu beragama islam, tentu tau membatasi pergaulan aku dan tak perlu di beritahu. Di atas nama maruah, aku dan orang tua aku pulang dengan harapan dapat menerima berita yang manis. Tetapi rupanya air muka kami dijatuhkan. Aku sungguh sedih bila mengenangkan air mata ibuku menitis mengenangkan esoknya hari ibu. Biarlah perkara ini menjadi rahsia antara aku, adik beradik dan orang tuaku tanpa pengetahuan orang lain...
p/s: terkilan sungguh aku kerana mereka saudaraku....
p/s: terkilan sungguh aku kerana mereka saudaraku....
Comments (0)
Catat Ulasan