Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/26/2008 02:56:00 PTG

0

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada mengunjung2 blog aku. Aku MAZLINIZAM BIN MARZUKI ingin memohon kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki, Maaf Zahir Batin. Oleh yang demikian, aku tidak akan mengupdate blog ini sehingga 6 haribulan Oktober iaitu hari aku kembali bekerja. Semoga hari raya yang bakal tiba akan di meriahi dengan penuh kegembiraan sentiasa...

JUMPA LAGI....

NIZAM dalam Jawi

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/24/2008 01:34:00 PTG

0

Terima kasih kepada Awangpurba kerana memberi ilham untuk aku belajar sesuatu yang baru... Akan aku cuba eksplorasikan dalam lain-lain bentuk pula...

Photobucket

Ralat!

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/22/2008 07:04:00 PG

0

Photobucket

Adeh!! Kesilapan Tarikh berlaku... Adakah aku terasa bulan sebelas tu terbabas sampai haribulan pun aku taip 11? Teruja, Tak tahan menunggu? Apa2 pun aku tak lupa tarikh ini di mana tarikh yang begitu penting aku tersilap buat... Aku akui ianya hanyalah kesilapan teknikal yang tak akan berlaku lagi.... Aku akur....

Portal@Forum XSMKUK

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/21/2008 03:57:00 PTG

0

Di kehendaki bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta tak kita korang dari Batch mana pun...

Sila click xsmkuk.friendhood.net untuk kita sama-sama kembalikan keceriaan seperti di masa sekolah dulu....

Rapatkan Kembali Hubungan Yang Sudah Jauh Terpisah...

Berbuka di Damansara Damai

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/21/2008 02:48:00 PTG

2

Dah lama aku merindui kenangan bersama kawan2 sekolah aku... Semalam 20/09/2008 adalah hari bertuah di mana aku secara tak sengaja telah ter sms kawan2 sekolah aku untuk berbuka sekali kat Damansara Damai. Majlis berbuka yang secara santainya menjemput Saudari Aiza dan Tunangnya, Inspektor Idris dan juga Faizal Helmi.

Majlis di kecohkan oleh Inspektor Idris dan Faizal Helmi di mana dia sesat ntah ke mana ntah (Bandar Sri Damansra) yang membuatkan aku terkejar sampai ke sana mencari diorang. Nasib baik aku dah berbuka puasa. Aku pun pergi dgn tergesa-gesa ke sana menaiki motor cabukku untuk mendapatkan mereka. Sesudah menjumpai mereka di mana Faizal Helmi membawa tunangnya sekali terus menujui ke Damansara Damai. Majlis santai ini terus di hangatkan dgn gelak ketawa dan kenangan2 dulu yg mungkin sukar dilupakan...

Berikut adalah gambar yang sempat aku tangkap... Cayalah korang memang havoc.


Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 2008

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/20/2008 05:58:00 PTG

2

Photobucket

Tarikh: 4 hb Oktober (Sabtu)
Masa: 2 petang - 6 petang
Bayaran: RM20 (Individu), RM30 (Berpasangan)
(Pasangan dikira berdasarkan status korang yang bukan satu Batch... Kalau satu batch, Charge tetap di kira sebagai Individu)
Tempat: Rumah Sinar (No 376, Kampung Tersusun Batu 8, 31150 Ulu Kinta, Perak)
Tema: Santai Gila Ah Ding Dong!
Pakaian: Sopan, kalau boleh pakaian rasmi raye.. hehe
Objektif: Merapatkan hubungan kita kembali tak kira dari kelas mana pun
Target: Batch 1995-1999 Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta

Selamat Hari Jadi Adik

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/17/2008 03:40:00 PTG

0

Photobucket

Faizal Tahir - Cuba

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/11/2008 12:22:00 PTG

0

Aku suka dgr lagu ni sekarang... Jom download....

Faizal Tahir - Cuba.mp3

cuba kau dengar
cuba kau cuba
diam bila ku cuba
tuk berbicara dengan kamu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

cuba kau lihat
cuba kau cuba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu

Petikan Dari Abg Joe

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/08/2008 11:42:00 PG

0

Photobucket

Alhamdulillah majlis berbuka bersama anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Hawa Kinta pada sabtu lepas (6/9/08) berjaya dilaksanakan dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan. Dalam kita bergembira dengan kenari kesayangan kita tak lupa kita pada adik-adik kita yang tidak mempunyai sesiapa, hidup jauh dari keluarga tanpa kasih sayang ibu dan ayah. Terpancar keceriaan dan kegirangan di wajah anak-anak yatim pada hari itu bila di bawa berkonvoi dan menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama warga kenarianz. Masing-masing berebut memilih kenari mana yang hendak dinaiki. Masa tu terasa sebak dan pilu membayangkan betapa kalau kita yang berada di tempat mereka...

Perjalanan berkonvoi ke Restoran Laksaman Cheng Ho diiringi hujan yang turun renyai-renyai namun terhibur dengan celoteh adik-adik bertanyakan berbagai soalan. Tersentuh perasaan bila seorang anak yatim bertanyakan 'abang ada emak dan ayah?'. Camner nak jawab ni... Cuma mampu mengangguk perlahan...

Sebaik sampai azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka. Dengan penuh tertib anak-anak yatim beratur menanti giliran di meja buffet. Berbagai juadah dan hidangan membuka selera apalagi kali ini dapat berbuka beramai-ramai yang mana peluang seperti ini memang sukar untuk diperolehi di lain-lain bulan. Suasana begitu harmoni sekali berbuka sambil saling berbual, bercerita, mengeratkan tali silaturrahim diselangi tawa riang anak-anak warga kenarianz.

Selesai manjamah juadah berbuka, solat maghrib didirikan di surau yang disediakan oleh pihak pengurusan. Waktu yang terluang seterusnya diambil oleh saudara Club Rep kita (Mozweed) untuk memyampaikan sepatah dua kata dan menyampaikan sumbangan dari warga kenarianz kepada wakil dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Hawa Kinta iaitu En Jamil. Sumbangan yang tak seberapa diharap dapat membantu usaha murni pihak pengurusan mengasuh adik-adik kita yang amat memerlukan perhatian.

Sekitar jam 9.30 majlis bersurai dengan kembali berkonvoi menghantar pulang anak-anak yatim ke asrama. Namun peristiwa dan kenangan bersama mereka tinggal terpahat di ingatan. Terima kasih kepada semua warga kenarianz Ipoh terutamanya Club Rep yang kita kasihi Sdr Mozweed atas aktiviti amal yang begitu bermakna buat warga kenarianz. Terima kasih atas sumbangan yang kita kumpul untuk anak-anak yatim bukan saja dari warga kenarianz Ipoh malah dari warga kenarianz keseluruhannya dan pihak komiti. Syabas pada sdr zxkn, sdr nizam yang sanggup untuk datang dari jauh dan hadir untuk memberi sokongan yang tak berbelah bagi... Wa respect u all. Juga sdr gbumlover dan miss wahida yang datang dari Tanjung Malim, sdr kenaritam dari Teluk Intan. Tak lupa ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada wakil wartawan dari akhbar KOSMO dan Ipoh Echo yang telah sudi untuk sama-sama berkongsi cerita pada malam itu. Kehadiran semua dengan semangat yang membara cukup untuk memperlihatkan betapa keluarga kenarianz yang besar ini bukanlah kelab permotoran semata-mata tetapi lebih kepada kelab kekeluargaan yang sukar untuk dicari ganti.

Ramadhan yang penuh keberkatan. Hadirmu dinanti... Pergimu ditangisi... Wassalam.

Mari Mengantoikan Acai

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/05/2008 06:27:00 PTG

0

Photobucket


p/s: ko nak delete kat forum delete la. Kat sini ko tak leh delete. Wakaka...

Artwork Yang Masih Berbaki

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/05/2008 05:24:00 PTG

0

Kali ni aku nak kongsi artwork masa aku belajar dulu yang masih tersimpan baik. Artwork lain dah tak takde, hilang dan di makan anai-anai.. Huhu... Sedihnya....


Ni salah satu artwork aku yang menggunakan charcoal (arang)


Ni lukisan menggunakan marker grayscale...


Aku memang suka kartun. Ni salah satu artwork menggunakan water colour. Huduh giler.


Ni packaging yang re-design balik.. Ntah apa apa je...


Ni namanya simetri imej. Pakai water colour gak... Dah la buruk, tak hensem pulak tu...


p/s: Layanla korang sampai demam. Tak best pun...

Suka Hati Aku La...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/02/2008 01:03:00 PTG

0




Kenapa aku bubuh gambar ni? Haha saje, aku suka kat gambar ni. Korang tak suka? Pedulik hapa aku. Hahaha.... Check it out...

Ambang Merdeka

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 9/01/2008 10:31:00 PG

0

Hari Sabtu tempohari, aku dijemput untuk lepak-lepak minum menyambut ambang Merdeka oleh Sinar. Memandangkan aku pun takde kerja memang cari port nak melepak je. Aku ni jenis tak suka berhimpit-himpit dalam keadaan bersesak, biasa jela kalau malam keraian Merdeka. Mesti ramai gila oleh orang ramai yang nak sambut Merdeka, baik kat Dataran Merdeka, The Curve dan seluruh Malaysia.

Pada mulanya memang aku merancang nak cari member yang boleh melepakkan diri, tiba-tiba Sinar sms aku. Aku cargas je. Malam tu aku terus pergi kat rumah Anuar tempat berkumpul. Tempat melepak yang dirancang ialah 'MURNI SS2'. Minum air special la kat situ ngan makanan roti Hawaian. Kenyang sebab org belanja. Wahaha...

Kitorg terus je sembang-sembang. Perkara yang tak dirancang semakin rancak apabila aku, Sinar dan Anuar merancang untuk wujudkan forum untuk bekas-bekas pelajar sekolah SMKUK. Tapi tau jela, forum ni memerlukan modal untuk wujudkan domain tu. Perkara asas sebelum terwujudnya domain tu ialah mewujudkan blog. Sebabkan ahli yang ada cuma 3 org je, maka cadangan ni terus jadi 'confirm' untuk membina blog. Kat bawah adalah blog yang pasti menggegarkan bekas-bekas pelajar sekolah aku SMKUK yang merindui kawan-kawan lama yang sudah terputus hubungan. Kat bawah contoh muka depan blog tu, rasanya itu je mampu buat sekarang. Aku design simple je untuk langkah permulaan ni. Banyak yang kitorg borakkan masa ni. Perbincangan selesai bila jam menunjukkan 3.30 pagi malam merdeka... Badan letih, mata pun lebam, apa lagi? balikla...