:: Nak Wat Camana? ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/26/2009 01:06:00 PG

0

Lama tak singgah kat blog ni untuk mencoret. Memang lama betul tak menulis kat dalam blog ni. Ramai gak yang singgah-singgah, tapi malangnya takde info baru dari aku. So, aku ucapkan sorrylah ye? Memang takde apa yang berlaku yang boleh diceritakan kat sini. Perjalanan hidup berterusan seperti biasa, cuma tak tau nak update apa yang berlaku. Cuma sedikit malang je menimpa kebelakangan ni. Tak perlulah dicerita kerana ianya aku anggapkan masalah biasa peribadi setiap manusia. Pandai-pandailah aku menyelesaikannya.

Tersinggahnya kat blog ni untuk mencoret sesuatu, mungkin datangnya dari sikap marah aku pada sesuatu. Marah yang dibuat-buat tidak menguntungkan sesiapa. Mengganggu hariku malam ini setelah sesuatu yang sangat aku tak mengharapkan ianya terjadi. Terasa seperti malam ku ini sangat gelap menghujani setiap tempat. Terasa tak sanggup menghadapi esok hari. Apa yang hendak aku lakukan keesokan hariku? Terasa sangat hendak bersembunyi di satu tempat sunyi. Apa yang aku lakukan esok mungkin hanyalah berdiam diri dari terasa ingin memarahi. Tak berguna juga aku memarahi sesuatu yang aku rasakan tak perlu kerana ini adalah perjalanan yang sukar untuk aku hadapi. Tetapi ianya tetap telah berlaku. Aku cukup tak tahu apa yang aku fikirkan...

Tolong aku untuk membantu mengelakkan rasa hangin ini. Tiada siapa yang dapat membantu kecuali korang yang membaca blog ini. Aku mengharapkan sokongan dari korang semua untuk aku hadapi permasalahan ini. Kenapa ianya terjadi? Kenapa bodoh sangat mereka itu? Kalau mereka dapat melakukannya dengan prestasi lebih baik dari malam tadi, tak la terasa aku sangat tidak berpuas hati. Bodoh betulla diorang ni!!!

Aku terpaksa keluar, keluar menghadapi masyarakat. Aku taknak menyorok kerana ianya tidak membantu masalah ku ini. Arghhhhh!!! Bantu aku, bantu aku, jangan menyakiti aku... Aku tak sanggup lagi... Masuk malam ni je dah 3 mesej menyakitkan hati umpama menghina aku... Korang memang tak guna, bila korang gembira korang hina aku... Kutuk aku... Sampai hati korang. Memang Choii lah korang ni!!!!

Apasal Manchester United kalah? Dah tu kena bantai 2-0 plak? Hampeh betulla!!! Korang main cam katun la... Baik main ngan budak sekolah je... Tempang satu kaki Gerard takde pun boleh kena ayam-ayam. Apebende korang main malam tadi pun aku tak tau. Hampeh betul!!!! Sekarang aku ngan fans MU yang lain kena sorok muka. Goblok!!!

:: Open Haus ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/07/2009 08:04:00 PTG

2

Lama dah tak update blog ni rasanya. Busy banget rasanya, mungkin aku dah ada dalam dunia baru yang lain. Blog ni cuma satu perantara cerita yang aku boleh luahkan. Nak cakap benda berlaku kat aku kebelakangan ni pun banyak. Tapi tak terluah nak tulis kat sini. Kat facebook, biasalah, aku upload gambar, orang komen, aku tambah nasi/ tambah lauk. Orang punya gambar pun aku tambahkan nasi juga. Nak kata peluang untuk tulis kat blog ni, siang kerja hakiki, malam kerja part time cari duit lebih je sikit. Nak kata tak berduit, alhamdulillah cukup setakat ni... Tapi sibuknya ngalahkan YB. 

Minggu lepas, adalah minggu memenuhkan perut. Open house sana sini tak renti-renti. Penat kaki aku menekan pedal minyak kereta, naik turun lif semata-mata untuk memenuhi jemputan orang yang menjemput. Tapi buat jemputan kelas Sains/Amanah, minta maaf aku tak dapat lama, sebab aku ada jemputan majlis kat Shah Alam. Tapi apa-apapun aku tetap jua menghadirinya walaupun sekejap....


Minggu ni pun masih ada jemputan ke majlis rumah terbuka, tak putus-putus jemputan. Nak gi ke taknak je bezanya...

Petang tadi Nuar ada call aku masa aku tengah sibuk buat kerja. Dia call pasal anak Azwan tak dapat diselamatkan kerana lahir anaknya tak cukup bulan. Takziah buat pasangan kerana belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Allah terlalu menyayanginya, semoga Azwan dan pasangan tabah menghadapi kehidupan seperti biasa. Ada rezeki, mereka akan dapat semula rezeki yang Allah tarikh hari ini, dibalas dihari kemudian. Insya'Allah.

Malas lak nak menaip. Lain kali taip lagi.. Bubbye...

:: Nak Bercuti Le Gamaknya ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/01/2009 11:46:00 PG

0

Kebelakangan ni, aku pikir aku nak bercuti la. Tengah plan ngan rakan-rakan yang dah punya pasangan hidup (tak kira la dah kawin ke belum). Plan nak cuti kat mana eh? Tempat dirancang maybe kat PD je. Budjet murah, dekat pun dekat gak. Nak ajak ramai-ramai boleh, tapi korang sanggup ke nak ikut? Aku ingat nak bawak tunang aku je ikuti percutian ni. Bukannya nak havoc sangat, cuma nak release tension dan sedikit sambutan untuk tunang aku je dia nak abis belajar (KPLI). Aku tak pernah bawak dia pegi bercuti sepanjang perhubungan kami. Takat pegi jalan-jalan tu selalula. Tapi mana sempat nak bercuti. Tempoh masa pun untuk jumpa terlalu singkat. Kesian kat dia. Selalu kena marah ngan aku, biasala kalau tak jumpa. Mesti gaduh je kejenye. Tapi bila jumpa tentang mata, hilang pulak rasa nak marah-marah tu. Tu la sikap aku kalau tak tengok muka dia. Kalau tengok mesti kesian je nak marah. Hahaha...

Trip percutian ni aku ingat nak bawak kawan-kawan yang dah berpunya. Rancangan aku nak bawak geng-geng sekolah aku. Tapi kalau kawan lain yang solo nak ikut, (geng sekolah aje) korang sanggup ke nak berseorangan je? Hehe. Cari le partner ye? Kalau solo nak ikut, korang paham-paham la ye? Jangan menjeles pulak?

Aku ni masih bertunang, nak cuti berdua je macam tak elok la pulak dipandang masyarakat. Fikir punya fikir, tu pasal aku nak jemput kawan-kawan yang bertunang jugak, yang kawin pun boleh. Kalau yang ada anak tu nak ikut pun boleh jugak. Tapi sediakan ongkosnya ye tak? Padanan bilik berasingan untuk lelaki dah perempuan mesti dititik beratkan. Taknakla terjadinya maksiat (malam ye). Selain dari objektif tersebut, aku nak rapatkan hubungan yang renggang antara pasangan dan kawan-kawan. Budjet bercuti bukanla tinggi mana pun, cukupla sekadar dapat berehat. Pilihan tarikh pula aku nak tentukan dalam bulan 12 camtu, tapi tengah bulan atau hujung bulan. Nanti aku hapdet. Moh le kita sediakan ongkosnya, supaya sempatla kita menabung... Jom Poie PD jom?