:: Fast Update 4 Ogos 2011 ::
Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/04/2011 11:27:00 PG
3
Lamanya tak berhapdet blog ni... Rasanya dari sehari ke sehari nak update tapi tak jugak jalan. Semuanya lancar di facebook. Tapi kat sini?
Dari cerita wife bersalin hinggakan ke hari ni langsung takde update perkembangan terbaru. Nak diceritakan satu mende pun tak jalan. Bermulanya disini, nak aku certakan satu persatu, macam dah terlalu basi untuk diketengahkan. Ini rumusan dari cerita cerita yang tertinggal.
- Wife telah selamat melahirkan seorang baby yang sangat comel pada 24 March 2011.
- Baby perempuan berat 2.8kg.
- Nama baby "Manis Hanisah".
- Dapat seorang lagi anak saudara lelaki.
Banyak gak la citer yang aku skip. Tak ingat dah satu persatu... Buat masa ni Nak cari mood balik nak hidupkan balik kedinginan berblogging ni. Ni semua disebabkan wujudnya Facebook. Semua update ke sana.
Semalam aku demam, sehari suntuk aku tidur sejak dari berbuka sampai la ke sahur. Ditambah pula dengan hujan lebat semalam, lagi bertambah pitam la aku. Sejak kebelakangan ini, aku rasa hidup aku pun dah tak berapa sepi lagi sejak kehadiran orang baru la katakan. Sikit2 uwek sikit-sikit uwek... Pantang bergerak pun uwek. Baby pun dah boleh berpusing pusing, tapi meniarapnya belum lagi. Kalau nak seterika baju ke, nak goreng telur ke, bawakkan aje dia ke mana kita pegi. Asal nampak muka sudah...
Rasanya nanti la aku sambung balik, nak lepak kat store tido jap. Puasa, penat....