:: Tan Sri Ismail Omar KPN Datang DSH ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/18/2011 03:47:00 PTG

0

Saja nak update... Ekeke... Takde mende penting pun. Layan saje...

:: 12 April 2011, Hari Confirm Aku ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/12/2011 10:38:00 PG

3

Harini tarikh aku confirm setelah bertungkus-lumus menjaga kredibiliti aku sebagai pekerja di KPJ Damansara. Semalam aku jumpa sama Human Resource (HR) nak menanyakan kelebihan-kelebihan aku sebagai pemegang nama pekerja bertaraf confirm. Banyak yang aku tanya hal benefit-benefit yang bakal aku terima. Semua yg dicerita pun memang termaktub di dalam offer letter haritu dan aku memahaminya.

Cuma satu je aku takleh terima, setelah aku bergelar pekerja bertaraf confirm ni, wife aku takleh bersalin kat sini lagi sebab katanya aku tak cukup setahun berkhidmat. WTF? Takde pun tulis kena berkhidmat setahun kat offer letter tu, dia tulis aku bila dah confirm, automatik akan menerima benefit-benefit yang tertulis...

Maknanya, kawan-kawan aku pun akan turut kecewa la nampaknya untuk melihat kelahiran sulung anak aku di hopital ini, dan Siti pun dan berputus harap nak guna benefit tempat aku bekerja. Dia nak bersalin kat hospital kerajaan menggunakan kelebihan-kelebihan dia sebagai penjawat awam. Aku pun sebenarnya kecewa ngan keputusan ini, nak bersalin kat hospital ni boleh, tapi dengan menggunakan chargers macam patient luar la...

Aku ingat sebagai pemegang nama confirm dah automatik boleh guna kelebihan-kelebihan ni. Tapi susah gak, kita tengok plak 12 April nanti genap aku setahun berkhidmat, apa pulak ceritanya nanti...

:: Aku dah CONFIRM ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/07/2011 04:38:00 PTG

1

Yahooo...!!! Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnianya aku telah pun CONFIRM setelah hampir setahun aku berkhidmat dalam syarikat ini. Walaupun kerjaya aku tak la segah mana, tapi dengan kurnia dia, mampulah aku menggunakan segala benefit syarikat ini untuk kegunaan diri sendiri mahupun family aku. Mungkin ini hadiah permulaan untuk tahun baru 2011 bagi aku. Selebihnya aku mengharapkan kelebihan yang lain menyebelahi aku untuk bakal anak yang akan lahir. Semoga aku akan terus success dalam bidang yang aku ceburi. Insya'Allah...

:: Fast Update 07012011 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/07/2011 11:47:00 PG

1

Tinggal beberapa minggu lagi je umur ini mahu mencecah 29. Wahahaha... Ramai lak kata aku ni baru habis belajar ke? Tu dari kalangan yang jarang jumpa aku. Soalan yang kerap kali ditanya oleh saudara mara yang tak kenal aku. Padehal, dah nak timang anak dah.

Masih lagi memenuhi rutin harian bekerja. Tahun demi tahun banyak pengalaman di timba. Dari zaman hitam hingga lah ke sekarang. Mau tak mau hidup kena teruskan. Susah getir cabaran bagaimanapun perlu dilalui. Ramai yang kata "Syukur aku dah tak buat kerja jahat macam dulu". Ye ke? Jangan berpuas hati sekarang kerana kita tak tau apa kejahatan yang tersirat kita buat.

Ada beberapa perkara lagi yang semuanya aku nak cerita kat blog ni, tapi tunggu dulu. Sebelum keputusan- keputusan tu betul-betul confirm, aku tak akan ceritakan lagi. Banyak aku akan update bulan Februari nanti. Lepak-lepak dulu....

p/s: Hapdet... Ni gara gara baca blog org le ni...

:: Aku Kerja Gak, Dapat Gaji Gak. Takde la Curi Tulang ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/04/2011 11:18:00 PG

4

Harini aku kerja dalam stress. Bukan sebab stress dengan kerja aku, tapi persekitaran aku... Minggu ni ramai yang cuti. Jadinya, tinggalla beberapa orang yang kerja macam biasa. Masalahnya berlaku, bila boss cuti, ada jela yang curi tulang... Semalam aje aku tinggal sorang dalam ofis. Bertalu telefon semua aku nak jawab, aku nak settle.

Belum waktu rehat, pukul 12 tengahari keluar pukul 3.30 petang masuk. Sharp-sharp pukul 5 dah sibuk nak balik. Perkara ni bukan sekali berlaku, tapi ianya berlaku bila boss cuti. Belakang boss baik punya buat kerja macam dia sorang yang buat kerja...

Dalam segala hal IT ni, aku masih lagi banyak kena belajar, dan bukan semua perkara aku tau. Manakan tidak, orang luar anggap orang IT semuanya pakar dalam segala hal. Baik sistem, hardware, software dan sebagainya... Untuk makluman, aku bukan berasal dari background IT, tapi aku ada sedikit knowledge pasal hal kerja IT ni. Kalau bab trouble shoot, aku boleh settle sendiri. Tapi berapa banyak sistem yang berbeza-beza ada kat dunia ni? Tak semua sama kan?

Harini mamat ni buat lagi. Boss cuti sampai esok, bermakna ada dua orang senior cuti sampai esok. Jadinya aku terpaksa tempuh perkara ni sampai esok. Masa aku taip posting ni, mamat ni dah keluar hampir 2 jam lebih. Mungkin mencecah terus sampai habis waktu lunch. Aku tak tau dia pegi mana. Kalau aku mengadu, kata aku ni dengki ngan orang. Aku tak suka mengadu domba. Paling tidak aku ni jenis sound je...

Perkara ni buat aku makin gelisah, takut ada user yang call benda ngarut-ngarut, yang tak tau aku nak settle. Paling koman aku cakap nanti kitorang check. Semenjak aku kawin ni tahap baran aku dah menurun sikit. Kalau ikut kan baran aku dulu, mau aku cekik je mamat ni... :-w

:: Posting Awal Tahun 2011 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/03/2011 02:55:00 PTG

7

Kini sudah berada di tahun baru 2011. Azam takyah la nak cerita, pasalnya tak guna pun ada azam ni. Ianya muncul pada hujung tahun sehingga awal tahun setiap tahun. Pastu hilang entah ke mana. Takyah citer, takyah citer.

Bermulanya tahun ni, wife aku dah mula bertugas di tempat baru setelah permohonannya diterima untuk bertukar sekolah. Dia mula mengajar pada hari ini (tgk tarikh aku posting taw) di SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SRI DAMANSARA 1. Bermula juga lah tugas aku untuk duduk bersama sepinggan secawan dengan dia. Huhu... Pedih tinge pedih. :p

Biasala selalu hidup bujang, makan pakai kena le buat sendiri. Kali ni, kalau malas kena le tahan tinge.

Perut mulai besar, dah 7 bulan dah. Dateline nya jatuh pada 20 Mac 2011. Aku mengharapkan kehadiran orang baru akan lebih menceriakan kehidupan kami berdua.