:: Aku dan Nasi ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/30/2010 11:17:00 PTG

0

Khamis petang aku ingat nak melawat Deris yang dengarnya dia masuk wad HUKM. Penyakit berulang kat telinga dia yang membuatkan telinganya seringkali terasa sakit dah kepeningan serta migrain selalu. Rupanya telinganya dah tahap kronik dan kalau dibiarkan mungkin akan melarat. Katanya gegendang telinganya dah sempit. Dan semua pergerakan badan serta pengimbangan badan semuanya di kawal oleh telinga. Disebabkan itu, dia terpaksa membuat operation di telinganya. Oleh sebab kesan dari operation itu, kulit lengannya harus di potong sedikit untuk ditampal di bahagian telinga untuk menutup kesan luka di tempat bedah telinganya. Ouhhh!!! Ngeri... Rupanya aku yang terpaling awal melawat dia dan tepat juga masa dia keluar bilik bedah. Dan dia sedar akhirnya. Ciss, macam takde pape plak dia... Kita je risau-risau kat dia. Huhu...

Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya tak sampai petang aku dah ditimpa tekanan. Aku sangka lehla balik Ipoh Jumaat petang. Banyak perkara hendak diselesaikan kat Ipoh tu. Tapi terpaksa ditunda ke minggu depan. Pulang je melawat Deris, aku kembali ke office. Ada meeting tergempar dan aku diwajibkan hadir. Meeting punya meeting, aku dan krew terpaksa cancel cuti Thaipusam dan Hari Wilayah. Perghhh!!! Mau tak tension? Aku dan krew terpaksa buat job URGENT bermuka surat hampir 400 halaman. Dan buku itu adalah datangnya dari Jabatan Penerangan. "BUKU RASMI TAHUNAN MALAYSIA 2009". Selasa submit. Huhu...

Harini hari Sabtu, aku masih stayback di office. Makan pun belum lagi. Buat job ngan Client. Boss beli nasik sama itu pizza. Aku makan sekeping pizza. Pizza buatan Pizza Hut rasanya enak bila dimakan panas-panas. Bukan sebab panas tu sedap, aku tengok sedap je client aku makan pizza tu. Aku tak tahan aku pun makan sekeping pizza. Dan nasik aku biarkan di tepi belum dibuka. Aku terus membuat kerja Dari pagi sampai sekarang (malam dah ni) aku belum makan. Terasa perut lapar dan aku tengok nasi yang aku biarkan tanpa dimakan lagi. Angkat tapau itu. "RINGAN". Cek kat meja, takde nasik dah. "Weh mana nasik aku?!!!!"

Seraya teman aku cakap nasik ko dah kena kebas ngan ***** (nama client la tu). Kecempreng betul... Aku penat wat keje dia, dia yang kebas nasik aku... Kipet lock!!! Terus hilang mood nak wat keje... Rasa nak marah tak guna dah... Nasi dah hilang... Aku lapar!!!!

:: Dah Boleh Start Edar ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/28/2010 03:22:00 PTG

0

Hahaha.... Firstly aku nak bagitau, kad kawin aku dah siap... Semuanya boleh dikata perfect seperti di rancang setelah aku sebagai QC mahukan ianya cantik... Yang mensukacitakan, kad aku cuma nak 700 keping belah lelaki dan 700 belah perempuan. Kad aku yang diberikan tersangatlah lebih sampai 900 kad lelaki dan 900 belah perempuan. Giler banyak!!! Sapa aku nak bagi banyak-banyak camtu? Tabur ajelah, takyah jemput pakai mulut. Tengok!!! Cetak bukan lama mana pun, semalam start cetak, harini siap. Bukan lama pun... Tokey je malas, hahaha...

Bermulalah aku untuk mengedarkan kad-kad kawin aku untuk masa ni... Dan bermulalah untuk aku membeli setem-setem mana yang harus dijemput. Yang dekat-dekat aku hulur pakai by hand je. Toksah ngengada nak suruh pos. Setem 30 sen mahal tu... Kalau 900 X 30 sen dah berapa dah? Pada mereka yang sudah memberikan alamat-alamat pada aku, sila tunggu di post box korang. Nanti sampaila tu pekerja-pejabat pos kat post box korang dengan surat-suratnya... Ni ha aku nak bagitau, aku hulur awal-awal (hampir 2 bulan awal), bolehla korang rancang cuti korang, kang kata aku bagi last minit, payah mintak cuti kan? Selamat datang la aku ucapkan. Semoga kalian dirahmati Allah dengan kehadiran korang itu. Insya'allah....

:: Melawat Kilang Cetak ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 1/27/2010 09:43:00 PG

4

Sempat menyinggahkan diri kat kilang cetak Sri Damansara. Kehadiran aku yang kadang kala menimbulkan rasa kurang senang (biasala client), setelah hari-hari melawat untuk bertanyakan kad kahwin aku. Hampir seminggu dah terlantar je plate cetak aku kat kilang tu tak bergerak-gerak. Dan berhari-harilah aku bertanya bila kad aku nak siap.

Pagi ni, hati aku terasa sedikit lega kerana kad kahwin aku dah mula bergerak dicetak. Takdelah aku asik bertanyakan saja kat tokey kilang tu. Semalam aku sudah mula gertak tokey kilang tu, yang aku nak guna hari Jumaat ni. Ekeke... Cetak bukannya lama manapun. Aku taula aku ni client yang regular, tapi jangan le amik kesempatan. Takpe, yang penting dia dah start cetak... Takla aku terasa plate cetak aku tu terbiar je... Harap-harap sebelum Jumaat ni boleh la siap cetak ngan cutter barang aku tu. Pasal aku nak balik kampung dan nak mula edar kad-kad kawin aku tu. Takut kalau tak siap Jumaat ni, aku umpama balik kampung ngan tangan kosong je... Banyak perkara aku nak selesaikan bila aku pulang nanti. Memandangkan Isnin (Hari Wilayah) cuti, aku nak pegi pejabat agama, nak submit borang kahwin (dah leh kawin... yeye...)


:: Azad Jazmin - Suara Rindu ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/26/2010 09:22:00 PTG

2

Sebulan lepas, aku suka sangat tengok cerita Balqis. Sejak dari awal episod, aku akan terpacak kat depan TV pukul 6.30 petang. Tak pernah telambat balik kerja sebab nak tengok cerita ni. Sorang-sorang aku racun kat Facebook untuk diorang pun follow cerita ni. Cerita yang mulanya sempit dengan jalan cerita mula berkembang menjadi cerita yang lebih kusut...

Bukan jalan cerita itu yang aku nak ceritakan... Tapi melalui cerita itu juga, aku suka dengar lagu penyanyi asal watak RAY - Bapak Ayam. Syahdu je dengarnya. Jom layan lagu ni. Kalau tak sedap jangan dengar lagi...

:: Senarai Semak Permohonan Perkahwinan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 1/26/2010 08:43:00 PTG

2

Untuk Pihak Lelaki (Perak Punya)

  1. Borang JAIPk yang telah lengkap diisi & 1 salinan.
  2. Belum selesai lagi pasal tak isi lagi, takut dakwat tak sama ngan saksi. Hehe...

  3. 2 salinan kad pengenalan pemohon & 2 orang saksi.
  4. IC ada dah sejak dari darjah 6, cuma nak fotostat je... Saksi? Abah aku akan selesaikan nanti kat Ipoh... Orang masjid la tu...

  5. 2 salinan sijil kursus kahwin dan asal.
  6. Ini aku dah hadirkan diri kat Hasani Medan Kidd Ipoh setahun lepas, kononnya nak kawin cepat. Rupanya kena tangguh sampai sekarang.

  7. Surat akuan bujang dari majikan/ ketua kampung/ penghulu/ pegawai masjid @ akuan sumpah & 2 salinan.
  8. Ini aku mintak si Sariah melalui emel. Aku tukar nama ngan IC sama nama Boss aku je. Dia tukang sain aje...

  9. Surat pemastautin (asal & 2 salinan) - jika alamat kad pengenalan bertentangan dengan alamat terkini.
  10. Rasanya aku memang dah mastautin kat Perak dah, cuma aku duduk KL je. Consider aku tetap mastautin jugak...

  11. Surat cerai/ mati isteri jika perkahwinan kali ke-2 (asal & 2 salinan.
  12. Oh tidak! ini adalah perkahwinan pertama aku. Tak perlu ada surat cerai...

  13. Kebenaran mahkamah - jika berpoligami.
  14. Boleh ke nak mintak? Huhu...

  15. Borang ujian HIV dan 1 salinan.
  16. Tak pernah kawin lagi, camana leh bercerai? Jauhkanla dari perkara cerai-cerai ni...

:: Aku Kembali ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 1/26/2010 04:59:00 PTG

0

Selamat kembali...

Eh, apasal aku ucap untuk aku plak? Maknanya selamat kembali bertugas membloging la tu. Dah lama aku bercuti, lama benar rasanya tak mencoret. Mungkin sebab blog aku yang mengila kebelakangan ini. Sekarang berwajah baru, lebih ringkas, lebih dinamik. Huhu...

Permulaan yang lemau ini aku akan tinggalkan sedikit nota untuk korang semua. Untuk mempromokan hari bersejarah aku, aku akan letakkan logo terbaru iaitu tema brand untuk majlis aku nanti... Jangan lupa datang. Bagi mereka yang telah memberikan alamat kepada aku, kad akan hadir menjengah post box korang nanti. Tunggu....

Jangan lupa tarikh 3 April di tempat aku, manakala majlis pertama yang dilansungkan di rumah perempuan ialah 20 Mac 2010. Aku bukan tak jemput kat belah perempuan, tapi lebih afdal korang datang 3 April 2010 nanti. Rumah aku kat Ipoh...