:: Aku Kembali ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 1/26/2010 04:59:00 PTG

0

Selamat kembali...

Eh, apasal aku ucap untuk aku plak? Maknanya selamat kembali bertugas membloging la tu. Dah lama aku bercuti, lama benar rasanya tak mencoret. Mungkin sebab blog aku yang mengila kebelakangan ini. Sekarang berwajah baru, lebih ringkas, lebih dinamik. Huhu...

Permulaan yang lemau ini aku akan tinggalkan sedikit nota untuk korang semua. Untuk mempromokan hari bersejarah aku, aku akan letakkan logo terbaru iaitu tema brand untuk majlis aku nanti... Jangan lupa datang. Bagi mereka yang telah memberikan alamat kepada aku, kad akan hadir menjengah post box korang nanti. Tunggu....

Jangan lupa tarikh 3 April di tempat aku, manakala majlis pertama yang dilansungkan di rumah perempuan ialah 20 Mac 2010. Aku bukan tak jemput kat belah perempuan, tapi lebih afdal korang datang 3 April 2010 nanti. Rumah aku kat Ipoh...

Comments (0)