:: Senarai Semak Permohonan Perkahwinan ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Semasa | Posted on 1/26/2010 08:43:00 PTG
2
Untuk Pihak Lelaki (Perak Punya)
- Borang JAIPk yang telah lengkap diisi & 1 salinan. Belum selesai lagi pasal tak isi lagi, takut dakwat tak sama ngan saksi. Hehe...
- 2 salinan kad pengenalan pemohon & 2 orang saksi. IC ada dah sejak dari darjah 6, cuma nak fotostat je... Saksi? Abah aku akan selesaikan nanti kat Ipoh... Orang masjid la tu...
- 2 salinan sijil kursus kahwin dan asal. Ini aku dah hadirkan diri kat Hasani Medan Kidd Ipoh setahun lepas, kononnya nak kawin cepat. Rupanya kena tangguh sampai sekarang.
- Surat akuan bujang dari majikan/ ketua kampung/ penghulu/ pegawai masjid @ akuan sumpah & 2 salinan. Ini aku mintak si Sariah melalui emel. Aku tukar nama ngan IC sama nama Boss aku je. Dia tukang sain aje...
- Surat pemastautin (asal & 2 salinan) - jika alamat kad pengenalan bertentangan dengan alamat terkini. Rasanya aku memang dah mastautin kat Perak dah, cuma aku duduk KL je. Consider aku tetap mastautin jugak...
- Surat cerai/ mati isteri jika perkahwinan kali ke-2 (asal & 2 salinan. Oh tidak! ini adalah perkahwinan pertama aku. Tak perlu ada surat cerai...
- Kebenaran mahkamah - jika berpoligami. Boleh ke nak mintak? Huhu...
- Borang ujian HIV dan 1 salinan.
yaperdaa..surat pengesahan bujang pon tiru guwa!
Biasak la... Mende yang senang ditiru terus...