Kan ke Best?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/29/2008 08:07:00 PTG

0

Asal malam je ko jadi camni.... Asal camni je ko jadi malam... Yaperda..???



p/s: kan best kerete boleh bertukar bentuk jadi camni?

Kerja Sampingan di Malam Hari....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/27/2008 07:16:00 PTG

0

Nak menulis pun malas. Tapi aku suka posting gambar menarik buat tatapan kat blog aku nih. Saja je nak up cerita yang aku bukanlah jenis orang yang tak bersosial (maksud aku bercampur masyarakat). Ni antara salah satu aktiviti yang aku dan member aku di Prima Damansara buat bila dah mula perang poster. Sambil menyelam minum air. Dapatlah duit poket dan makan free. Tapi buat kerja time orang sedap tidurlah. Takpelah, aktiviti ni bukan selalu buat. Nak cari pengalaman camanala diorg susah payah dirikan benda alah ni. Kat bawah nilah aktiviti yang kitorang buat bila dah sibuk berkempen....


*buat kerja, jangan nak menyembang je....


*walaupun sibuk, tak terlepas jugak aku nak bergambar...


*Imej pantulan dari imej di atas...


*macam tulah buat kerja, jangan menyembang je...


*orang ambik gambar, dia pun nak ambik gambar gak... Hishhh!!!


p/s: ada duit kerja mesti jalan punya.....

Berkumpul Lagikah Kami?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/23/2008 09:54:00 PTG

0



Sesekali terkenang, rumah inilah yang kebiasaannya kami sanak saudara sebelah mak berkumpul apabila tiba hari raya Aidilfitri. Sememangnya sudah menjadi tradisi kami beramai-ramai berkumpul mengeratkan persaudaraan apabila tiba hari raya. Semuanya mungkinkah akan diulangi lagi untuk kami beramai-ramai berkumpul setempat pada hari dan waktu yang sama? Agak sukar untuk aku bayangkan ianya akan menjadi lagi...

Pada 18 Februari 2008 dalam lingkungan 4.30 pagi, nendaku yang tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Ianya adalah berita yang mengejutkan bagi kami sanak saudara menerima hakikat ini. Dan sesekali aku terbayang, berita ini akan mendatangkan kesan untuk kami berkumpul lagi. Kalau berkumpul pun mungkin, ada yang tidak pulang serentak. Jumpa pun mungkin tidak seakrab berkumpul beramai-ramai. Mahu tidak mahu, inilah hakikat yang kami terpaksa terima kerana tiada lagi orang yang kami sayangi untuk kami mencari punca untuk berkumpul di kampung di sebelah emak. Mungkinkah cara seperti hari keluarga perlu diwujudkan? Tapi mungkinkah ianya berkesan? Persetujuan?

Insya-Allah, kalau semuanya berpakat, mungkin menjadi kenyataan. Aku kena merapatkan kembali hubungan yang renggang mungkin kerana aku marah, kecil hati, terkilan, geram, tanggungjawab.... Aku kena rapatkan kembali hubungan persaudaraan bermula dari adik- beradik barulah boleh aku mewujudkan komuniti yang besar untuk buat hari keluarga. Ya Allah, kau bukakanlah hati aku untuk aku berubah dari sikap ego aku yang sekeras batu ini. Kau jauhilah aku dari kekerasan ini untuk aku menjadi adik dan abang yang baik, biarpun memakan diri sendiri. Aku nak menjadi sesiapa sahaja, biarpun susah dan senang. Aku nak menjadi pemimpin dan aku nak menjadi orang yang dipimpin. Kerana usiaku sudah meningkat. Aku perlu berubah menjadi positif... Bantulah aku, kuatkanlah aku.

Aku bukanlah bagus sangat untuk memulakan sesuatu. Tapi aku punya tanggungjawab sebagai manusia. Aku menulis bukan untuk menyindir. Tapi mengenang kita perlu berubah menjadi lebih baik. Ku harap sesuatu keajaiban akan berlaku dan perkara ini tak mustahil menjadi kenyataan sekiranya nukilan ini diambil secara positif dari semua pihak. Aku mahukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah berlaku yang telah berlaku. Dan aku perlu lupakan sesuatu yang pernah memberi tekanan dalam hidup ini. Ya Allah, Kau kabulkanlah hajatku ini....

Majlis Kenduri kahwin Shazue....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/23/2008 06:16:00 PTG

1

Tepat je pukul 1.03 minit tengahari, aku cepat2 chow dari office sebab aku dah janji nak pergi majlis kenduri kahwin Shazue. Start je kereta, aku terus gerak ke MRR2 dan terus menuju ke Petronas Batu Caves tempat yang dijanjikan untuk berkumpul beramai-ramai ke majlis tersebut. Sesampai je, yang dah terpacak kat sana _shofi_ dan MEMnya puteri_nurul. Konvoi jadi tertunda sebab Yoes sampai lambat de. Yaperda... Apabila terlihat kelibat kanderaan Yoes, kami terus gerak menuju ke majlis kenduri tersebut. Dengan keadaan trafik yang sangat teruk, agak sukar untuk aku mengikuti rapat kenderaan berkonvoi. Ada juga yang jadi berselerak apabila kami berhenti untuk memberi laluan pada lampu isyarat. Walaupun kami tidak melantik MARSHALL, yang tahu jalan ke rumah pengantin tersebut tetap menunggu di tepi jalan.

Apabila berada di kawasan Bandar Baru Selayang, konvoi kami mula lancar kerana keadaan jalan yang sesuai untuk kami mengikuti rapat antara satu sama lain. Sampai je di rumah pengantin, kami dah mula mendengar bunyi tepukan kompang yang dah menjadi satu kemestian bermaksud pengantin dah nak naik pelamin. Sempatla aku ambil gambar buat bukti aku sampai ke majlis tersebut dan kami mula mencari makanan kerana semua dah merungut lapar. "Makan je apa yang ada, lauk kenduri asalkan kenyang".


*antara kenderaan yang akan menghadiri majlis perkahwinan Shazue


*salah satu tanda yang menarik untuk aku tatap di sebuah kenderaan Aina (ridergurlz_84)


*antara gambar yang sempat dicuri sebagai bukti aku pergi majlis Shazue. Gambar blurla.


*acara memotong kek sempena harijadi keesokan harinya kot?


Takkan nak lama lama pulak kat tempat kenduri? Lebih kurang pukul 3, kami pun mula beransur pulang seorang demi seorang.

p/s: Semoga pasangan pengantin ini di panjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat... Amin...

Arghh.... Sakitnyer....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/22/2008 09:11:00 PTG

0

Dah lama aku tahan sakit ni... Aku tak tahu apa sebab. Rahang kat mulut aku mengehadkan untuk aku meluaskan mulut. Nak jumpa doktor, takut. Ke salah tidur? Entah la, sebab aku selalu mengeluh sakit bila menguap dan makan. Camana nak buat? Bila bangun tidur, mesti sakit. Sekejap elok sekejap tidak. Dah masuk 18 kali aku sakit kat tempat yang sama. Sakitnyer....!!!

Al-Fatihah kepada Nenda tercinta

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/20/2008 07:00:00 PTG

2

Pada 18 Februari ketika aku sedang dalam keadaan mamai dibuai mimpi yang sememangnya tidak menenangkan, dan sedang aku berguling-guling bersama bantal empuk aku, terdengar deringan telefon yang sememangnya aku tidak kenali mengganggu tidurku. Mulanya aku buat buat tak dengar dan malas mengangkatnya. Tetapi apabila deringan kedua yang membuatkan aku terfikir bahawa mungkin ada sesuatu yang penting memerlukan aku mengetahui apakah sebabnya telefon itu berdering, aku dengan berat hati cuba juga mencapai telefon dan mengangkatnya. Satu suara yang agak lama aku tidak dengari cuba menenangkan suasana walaupun ada nada-nada yang pilu pada suaranya juga. Kak Mahanim, sepupu aku cuba memberitahu aku bahawa 'OPAH' kesayangan aku telah meninggal dunia pada pagi tarikh yang sama lebih kurang pukul 4.30 pagi. Dengan perasaan berderau, yang pada mulanya mamai bertukar menjadi tegang dan aku terus terduduk kebingungan kerana aku di pertanggungjawabkan untuk memberitahu kepada ibu aku yang "IBU" kepada ibu aku telah meninggal dunia. Satu perasaan yang amat berat dan aku memang menyangkakan bahawa ibu aku mesti terkejut mendengar berita ini. Walaupun aku dlm keadaan tertekan, aku gagahi juga menelefon ayah aku.

Aku mula menceritakan kepada ayah aku perkara ini, dan dia masih dapat mengawal keadaan dan ayah aku cuba pula menyerahkan telefon kepada ibu aku. Memang menjadi lumrah, mungkin kerana terlalu sedih, tanpa kita sedari, ibu aku meraung kerana terkilan tidak dapat berjumpa dgn 'Opah' aku yang terlantar sakit ketika dia masih bernafas. Hampir 20 minit aku mendengar tangisan ibu di telefon yang dalam masa yang sama ditenangkan oleh ayah aku walaupun telefon yang dipegangnya telah jatuh dari genggamannya. Namun sememangnya menjadi lumrah yang hidup akan pasti menempuh mati dan kita perlulah beringat bahawa kita yang masih hidup ini perlu teruskan hidup dan yang telah pergi menjadi pengajaran supaya kita perlu ingat yang kita juga akan mati.

Aku berharap yang telah pergi ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi yang MAHA ESA. -AL-FATIHAH

p/s: ayat tidak begitu baik kerana aku bukanlah penulis yang baik

SMD ke Lata Kinjang, Tapah

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/13/2008 09:20:00 PTG

0

Pada tanggal 9 Februari, hari yang ditunggu-tunggu sebahagian ahli kelab kenarianz.com untuk bercuti. Destinasinya ialah di Lata Kinjang. Tapi mungkin pengalaman berbeza aku tak dapat join bebudak kenarianz yang lain berkonvoi. Diorg start dr KL. Aku start dr Ipoh... Mana besh...

Tapi nak tak nak aku tunggu di RnR Tapah. Aku sebenarnya malas nak tulis panjang2 pasal benda ni... Ah...korang tgk jela aktiviti yang aku buat 9 haribulan aritu....


*inilah nama program berkonvoi kami


*diikuti rapat bermula dari Along, Gent,@ndy (^_^!), aku dan seterusnya


*inilah kenderaan aku yang mengikuti konvoi tersebut


*simpang keluar tol Tapah untuk ke Lata Kinjang (masuk kanan)


*yeahhh!!! dah sampai....


*"seronok bermandi" - dari kiri aku, Yeos (baju putih), Bayern (peace), Gent, @ndy (tak pedihkan mata)


*masih bergambar - dari kiri Gent, Yeos, Bayern, Along, @ndy (dah bangun yo?)


*lazat sungguh nampaknya


*cubaan merekabentuk logo dari sumber alam


*posing lew - ikut pusingan jam, aku, Gent, Abg Made, Mozweed, dan Ace


*terlanggar bahu le...


*sesi bergambar beramai-ramai


*tiba masanya untuk berpisah setelah mengambil gambar


Acara berakhir bila aku sampai kat simpang ke Ipoh dan Kuala Lumpur. Perpisahan konvoi kami berakhir pada pukul 4.30 dimana cuma aku dan Mozweed je yang beransur pulang berkonvoi menuju ke Ipoh....

Logo sekolahku....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/12/2008 09:28:00 PTG

1

Inilah Logo Sekolah aku yang tercinta. Aku ciptakan khas untuk tatapan mereka yang teringat akannya, mengembalikan sejarah2 silam yg sukar dilupakan.


* Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta

p/s: kan best dapat kembali ke masa lampau?

Hari bikin panas hati, mata dan telinga....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/12/2008 07:01:00 PTG

1

Salahkah aku menegur untuk perbuatan yg baik? Adakah aku bersalah menegur secara keras untuk mengelakkan perkara yg boleh buat aku, bebudak rumah dan jiran termasuk masyarakat memandang sinis terhadap perbuatan sumbang yg telah berlaku di rumah aku sendiri? Fikir2 lah kawan.... korang baru bertunang, jangan sampai korang dah boleh jadi macam suami isteri. Itu yang aku nampak. Kat belakang aku tanpa aku tau, ntah apa yang korang dah pernah buat? Tuhan je tau beb...

Aku sound tepek je, pastu tak puas hati plak? Korang apahal? Tak puas hati plak aku sound benda wajib ni? Pastu nak berentap plak? Aku takde hal.... Cakap macam bagus je. Aku tunggu takde pun nak balik? Ingat aku takut ke? "Ngkau ingat ngkau budak KL, ngkau banyak bagus? Aku pun ada backup la".... Tapi aku takdela nak mulakan, tapi kalau ngkau dah lekat penumbuk ngkau kat muka aku, ngkau kena ingat, ngkau yang mulakan. Aku sound ngkau baik kan? "Ngkau jangan buat hal, Aku biasa join bebudak tangkap khalwat, jangan tak pasal2 rumah yang aku duduk busuk sebab ngkau"...

Ngkau suruh aku bagi salam kat ngkau kan? Assalamualaikum... Ngkau tau pulak hukum bagi salam ya? Hukum berdua tanpa muhrim tu tak tau hukum Allah ke?????