Majlis Kenduri kahwin Shazue....
Posted by nizam_5282 | Posted in Kenarianz Club | Posted on 2/23/2008 06:16:00 PTG
1
Tepat je pukul 1.03 minit tengahari, aku cepat2 chow dari office sebab aku dah janji nak pergi majlis kenduri kahwin Shazue. Start je kereta, aku terus gerak ke MRR2 dan terus menuju ke Petronas Batu Caves tempat yang dijanjikan untuk berkumpul beramai-ramai ke majlis tersebut. Sesampai je, yang dah terpacak kat sana _shofi_ dan MEMnya puteri_nurul. Konvoi jadi tertunda sebab Yoes sampai lambat de. Yaperda... Apabila terlihat kelibat kanderaan Yoes, kami terus gerak menuju ke majlis kenduri tersebut. Dengan keadaan trafik yang sangat teruk, agak sukar untuk aku mengikuti rapat kenderaan berkonvoi. Ada juga yang jadi berselerak apabila kami berhenti untuk memberi laluan pada lampu isyarat. Walaupun kami tidak melantik MARSHALL, yang tahu jalan ke rumah pengantin tersebut tetap menunggu di tepi jalan.
Apabila berada di kawasan Bandar Baru Selayang, konvoi kami mula lancar kerana keadaan jalan yang sesuai untuk kami mengikuti rapat antara satu sama lain. Sampai je di rumah pengantin, kami dah mula mendengar bunyi tepukan kompang yang dah menjadi satu kemestian bermaksud pengantin dah nak naik pelamin. Sempatla aku ambil gambar buat bukti aku sampai ke majlis tersebut dan kami mula mencari makanan kerana semua dah merungut lapar. "Makan je apa yang ada, lauk kenduri asalkan kenyang".
*antara kenderaan yang akan menghadiri majlis perkahwinan Shazue
*salah satu tanda yang menarik untuk aku tatap di sebuah kenderaan Aina (ridergurlz_84)
*antara gambar yang sempat dicuri sebagai bukti aku pergi majlis Shazue. Gambar blurla.
*acara memotong kek sempena harijadi keesokan harinya kot?
Takkan nak lama lama pulak kat tempat kenduri? Lebih kurang pukul 3, kami pun mula beransur pulang seorang demi seorang.
p/s: Semoga pasangan pengantin ini di panjangkan jodoh sehingga ke akhir hayat... Amin...

ko bile nak kahwin plak???