Al-Fatihah kepada Nenda tercinta

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/20/2008 07:00:00 PTG

2

Pada 18 Februari ketika aku sedang dalam keadaan mamai dibuai mimpi yang sememangnya tidak menenangkan, dan sedang aku berguling-guling bersama bantal empuk aku, terdengar deringan telefon yang sememangnya aku tidak kenali mengganggu tidurku. Mulanya aku buat buat tak dengar dan malas mengangkatnya. Tetapi apabila deringan kedua yang membuatkan aku terfikir bahawa mungkin ada sesuatu yang penting memerlukan aku mengetahui apakah sebabnya telefon itu berdering, aku dengan berat hati cuba juga mencapai telefon dan mengangkatnya. Satu suara yang agak lama aku tidak dengari cuba menenangkan suasana walaupun ada nada-nada yang pilu pada suaranya juga. Kak Mahanim, sepupu aku cuba memberitahu aku bahawa 'OPAH' kesayangan aku telah meninggal dunia pada pagi tarikh yang sama lebih kurang pukul 4.30 pagi. Dengan perasaan berderau, yang pada mulanya mamai bertukar menjadi tegang dan aku terus terduduk kebingungan kerana aku di pertanggungjawabkan untuk memberitahu kepada ibu aku yang "IBU" kepada ibu aku telah meninggal dunia. Satu perasaan yang amat berat dan aku memang menyangkakan bahawa ibu aku mesti terkejut mendengar berita ini. Walaupun aku dlm keadaan tertekan, aku gagahi juga menelefon ayah aku.

Aku mula menceritakan kepada ayah aku perkara ini, dan dia masih dapat mengawal keadaan dan ayah aku cuba pula menyerahkan telefon kepada ibu aku. Memang menjadi lumrah, mungkin kerana terlalu sedih, tanpa kita sedari, ibu aku meraung kerana terkilan tidak dapat berjumpa dgn 'Opah' aku yang terlantar sakit ketika dia masih bernafas. Hampir 20 minit aku mendengar tangisan ibu di telefon yang dalam masa yang sama ditenangkan oleh ayah aku walaupun telefon yang dipegangnya telah jatuh dari genggamannya. Namun sememangnya menjadi lumrah yang hidup akan pasti menempuh mati dan kita perlulah beringat bahawa kita yang masih hidup ini perlu teruskan hidup dan yang telah pergi menjadi pengajaran supaya kita perlu ingat yang kita juga akan mati.

Aku berharap yang telah pergi ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi yang MAHA ESA. -AL-FATIHAH

p/s: ayat tidak begitu baik kerana aku bukanlah penulis yang baik

Comments (2)

Al Fatihah utk nenek ko..
By the way tahniah ade blog senirikk..
Amboi dah lama bukak baru la ni bgtau haa..

aku ucapkan takziah atas pulangnya opah tercinta ko kepada yg maha esa...

Al-Fatiha