Berkumpul Lagikah Kami?
Posted by nizam_5282 | Posted in Keluarga | Posted on 2/23/2008 09:54:00 PTG
0
Sesekali terkenang, rumah inilah yang kebiasaannya kami sanak saudara sebelah mak berkumpul apabila tiba hari raya Aidilfitri. Sememangnya sudah menjadi tradisi kami beramai-ramai berkumpul mengeratkan persaudaraan apabila tiba hari raya. Semuanya mungkinkah akan diulangi lagi untuk kami beramai-ramai berkumpul setempat pada hari dan waktu yang sama? Agak sukar untuk aku bayangkan ianya akan menjadi lagi...
Pada 18 Februari 2008 dalam lingkungan 4.30 pagi, nendaku yang tercinta telah pergi buat selama-lamanya. Ianya adalah berita yang mengejutkan bagi kami sanak saudara menerima hakikat ini. Dan sesekali aku terbayang, berita ini akan mendatangkan kesan untuk kami berkumpul lagi. Kalau berkumpul pun mungkin, ada yang tidak pulang serentak. Jumpa pun mungkin tidak seakrab berkumpul beramai-ramai. Mahu tidak mahu, inilah hakikat yang kami terpaksa terima kerana tiada lagi orang yang kami sayangi untuk kami mencari punca untuk berkumpul di kampung di sebelah emak. Mungkinkah cara seperti hari keluarga perlu diwujudkan? Tapi mungkinkah ianya berkesan? Persetujuan?
Insya-Allah, kalau semuanya berpakat, mungkin menjadi kenyataan. Aku kena merapatkan kembali hubungan yang renggang mungkin kerana aku marah, kecil hati, terkilan, geram, tanggungjawab.... Aku kena rapatkan kembali hubungan persaudaraan bermula dari adik- beradik barulah boleh aku mewujudkan komuniti yang besar untuk buat hari keluarga. Ya Allah, kau bukakanlah hati aku untuk aku berubah dari sikap ego aku yang sekeras batu ini. Kau jauhilah aku dari kekerasan ini untuk aku menjadi adik dan abang yang baik, biarpun memakan diri sendiri. Aku nak menjadi sesiapa sahaja, biarpun susah dan senang. Aku nak menjadi pemimpin dan aku nak menjadi orang yang dipimpin. Kerana usiaku sudah meningkat. Aku perlu berubah menjadi positif... Bantulah aku, kuatkanlah aku.
Aku bukanlah bagus sangat untuk memulakan sesuatu. Tapi aku punya tanggungjawab sebagai manusia. Aku menulis bukan untuk menyindir. Tapi mengenang kita perlu berubah menjadi lebih baik. Ku harap sesuatu keajaiban akan berlaku dan perkara ini tak mustahil menjadi kenyataan sekiranya nukilan ini diambil secara positif dari semua pihak. Aku mahukan sesuatu yang lebih baik dari apa yang pernah berlaku yang telah berlaku. Dan aku perlu lupakan sesuatu yang pernah memberi tekanan dalam hidup ini. Ya Allah, Kau kabulkanlah hajatku ini....
Comments (0)
Catat Ulasan