Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/28/2008 07:46:00 PTG

0

Photobucket

Hidup Mesti Terus...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 11/28/2008 02:46:00 PTG

0

Photobucket

Walau sesusah mana sekali pun, walau tertekan sebagaimana sekalipun... Hidupku Mesti Diteruskan....

AKU YANG SEMAKIN BIOL...

nizam_5282

Aidiladha 8 Disember

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/28/2008 02:44:00 PTG

0

KUALA LUMPUR 27 Nov. - Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin, 8 Disember ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, Malaysia mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1429 Hijrah pada 29 November 2008.

''Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1429 Hijrah ialah pada 29 November.

''Oleh yang demikian Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Isnin, 8 Disember,'' kata kenyataan itu.

(%) Pergaulan Seorang Aku...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/26/2008 07:13:00 PTG

1

Photobucket

Adakah aku terlalu abaikan sesuatu?... Adakah aku terlalu lebihkan sesuatu? Sesuatu aku perlu lakukan untuk membahagikan masa aku ke arah sesuatu yang lebih penting.
  1. Kawan-kawan - Di mana jua kita pergi mesti ada kawan.
  2. Peribadi - Hak istimewa perlu aku luangkan. Bukanlah masa yang sesuai untuk aku bincangkan di sini.
  3. Keluarga - Memang tersangat penting, cuma setelah aku menjadi anak perantau, sesuatu yang sukar untuk aku luangkan bersama mereka.
  4. Lain-lain - Menziarah saudara-mara dan perkara lain dari di atas.

Sedikit sebanyak, aku kena berfikir kembali, di mana hala tuju aku yg sebenar perlu aku lebihkan dan kurangkan...

Coldplay bakal bubar?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/26/2008 03:58:00 PTG

0


Band rock terkenal, Coldplay, dilaporkan bakal berpecah tidak lama lagi. Khabarnya, vokalis band tersebut Chris Martin, sedang mempersiapkan diri untuk bergerak secara solo dalam kariernya sebagai penyanyi.

Menurut khabar angin yang sedang tersebar luas, band yang terkenal dengan lagu hit Yellow dan Viva La Vida ini, akan membuat album terakhir mereka yang akan dikeluarkan pada tahun 2009.

Mereka juga akan melakukan persembahan jelajah sebagai tanda perpisahan buat peminat yang selama ini memberikan sokongan.

Chris berkata kepada News of the World Inggris : "Saya sudah berumur 31 tahun sekarang, dan saya rasa kerjaya bersama band tidak akan mampu dilakukan bila sudah berusia 33 tahun. Jadi kami cuba untuk menghasilkan album sebanyak mungkin dan yang terakhir adalah sehingga tahun depan."

Satu sumber memberitahu bahawa Chris bukanlah jenis orang yang senang dengan keselesaan berada di dalam band. Dia sangat bangga dengan apa yang dilakukan Coldplay, namun dia ingin keluar saat mereka berada di puncak.

"Namanya menjadi lebih besar daripada bandnya sendiri. Jadi dia tahu dia akan memiliki kerjaya yang amat besar dengan hasil usahanya sendiri. Kerjaya solo adalah sesuatu yang selalu ingin dilakukannya."

p/s: Sedihnya aku...

Baju Bowling Dah Siap

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/23/2008 03:22:00 PTG

4

Tak tau nak kata apa... Korang tgk jelah. Siapa tak masuk rugi sebab tak dapat baju ni...


Tahniah!

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/19/2008 07:54:00 PG

2

SMS aku terima dari along pagi tadi...

"Kak Long Dah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki pada Pukul 12.00 Malam Tadi"..

Tahniah, sebab menanti dengan penuh kesabaran, semoga kehadiran orang baru akan lebih memberi cahaya dalam kehidupan.

Tambahan....
Tadi aku dah pergi melawat kat hospital Ampang Putri anak sedara baru aku. Semua yang ada kat sana gembira menerima orang baru. Antaranya yang ada Mak, Abah, Nenek, Along, Kak Long, Angah dan Shahira.... Nama yang telah dipilih oleh Along:

Final Identity

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 11/18/2008 09:18:00 PTG

0

Kenarianz AGM & Family Day Branding...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 11/17/2008 11:04:00 PTG

2

Marilah kita memeriahkan AGM yang akan datang....

Nasi Ganja @ Vanggey

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/17/2008 12:30:00 PTG

4

Default Menu:
Nasi Putih
Telur Masin
Sambal Kelapa
Timun
Ayam Rempah
Kuah Campur 3 Macam


p/s: Pedas tak Hengat

Baju Untuk Versi Pertama Udah Siap....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/14/2008 03:44:00 PTG

1

Sorry Kengkawan... Aku tepaksa balik Ipoh... Maknanya budak Ipoh dapat dulu... KL tunggu ye... Johor pun tunggu taw? Penang... Aku pakai dulu...

p/s: Sabar pada yang sedang menunggu, giliran anda untuk order akan berlangsung tidak lama lagi...

Lauk....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/13/2008 06:22:00 PTG

0

Pekerja zoo rakyat Malaysia maut dibaham harimau

SINGAPURA 13 Nov. – Seorang pekerja zoo mati dibaham tiga ekor harimau putih apabila terjatuh ke kawasan kurungan haiwan berkenaan di sini, hari ini.

Mangsa, Nordin Montong, 32, rakyat Malaysia yang berkerja sebagai pencuci di zoo berkenaan mati di tempat kejadian akibat cedera parah, menurut kenyataan Penolong Pengarah zoo tersebut, Biswajit Guha.

“Pekerja lain bergegas ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya mengawal dua ekor harimau itu tetapi seekor lagi terus menyerang Nordin,” katanya.

Jurucakap polis berkata, mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 tengah hari (12.30 tengah hari waktu Malaysia) dan menemui mangsa yang cedera di bahagian kepala dan leher.

Mangsa meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Seorang anggota paramedik yang dikenali sebagai Subhas memberitahu, mangsa mati akibat cedera parah di bahagian kepala dan leher. – Rueters

Bagaimana Mengelak Rasa Emosional?

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/12/2008 12:50:00 PG

6

Hantuk kepala kat dinding.
Bila hantuk mesti rasa sakit, dan bila sakit takdela rasa emosional. Mesti nak rasa baring je kat katil.

Jerit kuat-kuat kat atas bangunan
Dengan cara ni boleh buat aku rasa sakit tekak, suara takde. Takpun kena maki ngan Pak Guard, pastu blah dari tempat tersebut dengan perasaan malu. Emo pun takde sebab malu.

Nyanyi
Sambil buat kerja, pasang lagu lama-lama yang hafal liriknya. Bila dah rasa cam syahdu melayan lagu tersebut, boleh hilang rasa yang sedang di rasa.

Pegi cari Mekdi yang berdekatan.
Perut lapar sebab tu emosional, jadi pegilah Mekdi mana yang dekat pastu order Big Mac saiz besar. Emo pun hilang sebab perut dah kenyang.

Kira duit syiling
Inilah cara aku, kadang-kadang nak buang masa aku suka kira duit syiling. Semalam kira dah hampir RM100. Pastu minggu depan kira balik cuma tambah RM1.60 je... Janji hilang tensen.

Sembahyang
Inilah cara paling afdal. Takkanla sembahyang pun nak emosi. Semoga aku di tempatkan di tempat orang-orang yang sabar.

p/s: tolong aku kawan-kawan, aku mahukan korang nasihat aku yang kurang senang....

Berilah Aku Kekuatan Yang Sedang Kusut...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 11/12/2008 12:31:00 PG

2

Salahkah aku bersuara. Bukan aku bersuara kat public, cuma ngomelan kat tempat tertentu. Masih dianggap gelojoh. Bukan kah tempat itu untuk perbincangan? Alangkah baiknya aku selamatkan diri aku dari situasi tersebut untuk elak dicemuh yang aku ni kurang berfikiran waras. Aku cuma mahukan perbincangan yang jelas, cekap dan bertanggungjawab dalam setiap pengurusan. Aku cuma create sedikit kontroversi untuk membuka mata pada mereka yang kurang memberi tumpuan dan ngomelan aku kat situ masih di anggap gelojoh dan tiada format.

Itulah yang aku rasa. Bagi pembaca blog ini bukan untuk aku mengguris mana-mana pihak. Cuma aku mahukan aku di letakkan tempat yang adil untuk bersuara. Aku tak buka perbincangan aku kat mana-mana tempat yang kurang sesuai untuk aku meletaknya. Biarlah sedikit kesusahan aku diucapkan terima kasih dan diberi kata-kata semangat untuk aku teruskan karya aku. Ataukah aku yang kurang berfikiran rasional dalam membuat keputusan? Aku di tempat salahkah? Mungkin, itu bukanlah tempatnya. Aku akan buat kerja macam biasa, dan aku tak akan ganggu gugat keamanan yang telah terbina. Cukuplah aku bekerja untuk sesuatu yang memerlukan aku... Aku nak rehat barang seminggu dua untuk aku lepaskan semuanya.... Semoga kehadiran aku selepas itu, akan jadi sesuatu yang lebih segar dari biasa. Insya'Allah...

Adeh... Adeh...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 11/11/2008 08:30:00 PTG

0

Aku suruh Ko tanya harga, yang ko buat apesal? Adeh, takpela simpan je la...

MOVE SARD...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/09/2008 03:51:00 PTG

5

Peargh..... Itulah ungkapan aku... Lawo siot.....


Malam Keaktifan Acai

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/09/2008 03:15:00 PTG

2

Ntah kenapa Acai ni? Overdos ke apa? Aktif semacam je....



p/s: Jangan cuba mengajar aku hisap rokok... Rosak paru-paru...

Haritu Ko Sengal....

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/06/2008 07:38:00 PTG

0

Setelah lama aku memakan hati terhadap ko ni, aku telah menservisnya sendiri kat ofis dengan format balik isi badan ko ni... Ko memang suka sakitkan jiwa aku, last-last aku geram aku format ko balik... Padan Muka... Sekarang kan dah baik? Senang hati aku, walaupun kalau aku tolak ko kat kedai, dapatla RM200. Tapi ko dah banyak jasa kat aku, aku tetap sayangkan ko.... Aku tak cari lain... Percayalah kat aku....

Konsep Laporan Tahunan MyIPO

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 11/04/2008 02:49:00 PTG

5

Berikut merupakan konsep untuk Laporan Tahunan 2007 MyIPO... Enjoy the design concept...

Imej asal... Sebelum editing

Crop dapatkan imej mangga je

Proses pengklonan background untuk dapatkan semula background tanpa 'mangga'

Proses memasukkan warna seakan-akan warna emas

Penambahan mood wireframe untuk konsep

Gabungan imej olahan dan wireframe

Final editing untuk Laporan Tahunan 2007 MyIPO

Hari Jadi Bonda...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/03/2008 05:07:00 PTG

0

Harini terlampau busynya aku dalam kehidupan bekerja... Mulanya aku nak telefon mak aku malam tadi dalam pukul 12.00 tengah malam. Tapi apakan daya? Aku tau mak aku mesti dah tidur masa tu. Aku taknakla mengganggunya. Sekarang bila jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang baru aku teringat untuk ucap selamat hari jadi kepada mak aku. Betapa alpanya aku dengan kesibukan kerja sekarang ni... Maklumla sibuk dalam proses pembikinan Annual Report MyIPO 2007. Kadang2 aku nak geram kat siapa pun aku tak tau, kat bos, dengan perangai mamat 8.9 yang bodo tu yang telah mengucar kacirkan komuniti kenarianz. Kalau ikut hati mau je aku sendal batang besi kat tengkuk dia. Kurang ajar betul. Belajar tinggi tapi perangai cam kambing.

Apa-apapun aku tetap tak lupa tarikh 3 November ni di mana hari ni merupakan hari ulang tahun Mak aku.

SELAMAT HARI JADI MAK!

Meeting Protem Kenarianz...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/02/2008 04:32:00 PTG

0

Malam Ahad di hari Sabtu telah di adakan satu Majlis Mesyuarat Protem Kenarianz. Banyak yang telah dibangkitkan dan diusulkan pada hari tersebut. Ada juga isu panas pada malam itu yang membuat ramai "ahli jawatankuasa bertindak" bertepuk tangan tanda setuju... Tak ada banyak yang aku nak cerita, enjoy je korang tengok gambar kat bawah tu... Pasal mesyuarat ini adalah amat sulit!!!

Yang hadir dari sebelah kanan. Mana aku da?

Yang hadir dari sebelah kiri. Dah tentulah aku takde pasal aku yang ambik gambo.

Encik Pikamerah memulakan bicara pembuka mesyuarat.

Saudara Nano membentangkan cadangan.

Sesi melepak diri serta menghirup udara untuk merosakkan paru-paru.


NOS 31 Oktober 2008

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 11/02/2008 04:30:00 PTG

0

Gambar disedut dari Shahlakar... Thanks....