Selamat Pengantin Baru Shofi & Noreena
Posted by nizam_5282 | Posted in Kenarianz Club , Rekreasi | Posted on 8/11/2008 08:40:00 PG
0
Tidak cukup dengan penat semalam dalam berkonvoi Merdeka, harini juga ada agenda penting yang tidak patut aku lepaskan. Antaranya ialah menghadiri majlis perkahwinan Saudara Shofi dan pasangannya Saudari Noreena. Ada sejarah tersendiri yang perlu aku ceritakan di sini di mana inilah pasangan yang aku sendiri satukan. Memang tak sangka menjadi juga korang ke jinjang pelamin. Bermula dari Ipoh pada pukul 7.20, aku terus bergegas ke Hentian RnR Seremban. Dalam pukul 10.15 aku sampai di Hentian tersebut, tiada seorg pun yang sampai. Nampaknya aku yang sampai dulu. Nak buat camana? Tunggu jela. Selepas itu muncullah seorang demi seorang menampakkan muka. Antara yang hadir dalam konvoi ni ialah Abang Made, Pyan, Cik Lola, Irrahady, Shahlakar @ Photographer, Along_84, WMN6371, Lilfadli dan juga Zulazfar. Dalam masa yang sama, pengantin lelaki dan perempuan juga turut mengiringi konvoi ini di mana dicampur lagi 2 biji kereta iaitu kereta @ndy dan kereta Shofi. Maka lengkaplah konvoi ini untuk ke majlis perkahwinan ini. Setelah semuanya tersusun, MARSHALL memulakan perjalanan ke Seremban iaitu ke Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah, Polis Di Raja Malaysia, Seremban. Memang ramai yang menunggu masa ni. Sampai je kaki pengantin jejak ke tanah, terus berbunyi kompang dan pengantin menuju ke pelamin. Kami yang lapar terus mencari makanan kenduri... Memang lapar betul masa ni.
Sebelum kami beransur pulang, sempat juga aku mereka pantun yang di dendang kan oleh DJ majlis. Berikut adalah pantun yang aku reka khas untuk pengantin.
Dari Kenarianz Pengantin berjumpa,
Bertentang mata bertamu cinta,
Kami bersama menadahkan doa,
Semoga dirahmati disertakan bahagia.
Dalam tempoh perjalanan pulang, aku sempat membahan 2 orang kenarianz ni Yazmeenahmad dan Gent di mana mereka selalu je bersama. Harap2 diorg pun akan ke jinjang pelamin bersama. Ehem2... Memang best kitorg menggunakan Handy apabila berkonvoi. Tup2, bateri habis lak. Aduhai.... Semoga selamat semuanya. Amin.

Comments (0)
Catat Ulasan