Wanted... Kesalahan Jenayah
Posted by nizam_5282 | Posted in Keluarga | Posted on 8/04/2008 01:17:00 PTG
0
Apa yang menariknya kat Tajuk utama Berita Utusan ni ha? MRR2 retak lagi? Memang menyakitkan hati bila aku memikirkannya... Dulu dah tutup menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk kat area Bandar Sri Damansara ke Selayang dan begitulah sebaliknya. Kalau dikenangkan balik, nak je aku h***puk bekas Menteri JKR tu. Tapi apakan daya, aku kecik aje orangnya. Sebab dia menerajui kementerian tu dulu menimbulkan masalah yang tak pernah selesai sehingga sekarang. Menurut petikan kat Utusan Malaysia ni, tiga batang prategasan putus secara tiba-tiba di rasuk jejambat. Dan disebabkan itu, rekahan tersebut telah menyebabkan jalan di bawahnya di hujani batu2 kesan dari rekahan jejambat itu.
Sebenarnya, ini memanglah satu berita yang penting dalam negara yang boleh di katakan sangat penting bagi aku. Sebab aku selalu berkeliaran di sana. Kalau korang nak tau, Utusan Malaysia harini terdapat artikel lagi penting dari cerita tersebut. Ha... Cuba korang tengok kat bawah....
Haha.... Muka abang aku masuk surat khabar atas kesalahan jenayah... Dia di dapati bersalah kerana menjadi pelanggan pertama melanggani P1 W1MAX. Apa ntah? Aku pun tak tau X-plain. Ala cam broadband tu kot? Syarikat tersebut telah menyaman dia atas sebab menjadi antara pelanggan pertama melanggani perkhidmatan tersebut. Mengikut kata tuan punya syarikat, abang aku ni telah di saman sebanyak RM100,000. Tapi di sebabkan dia tak mampu nak membayarnya, tuan punya syarikat telah mengeluarkan akta bahawa dia perlu menjadi model promosi perkhidmatan itu tanpa bayaran satu sen pun. Dan satu syarat melepasi rayuan saman tersebut, dia kena senyum sepoyo yang boleh. Haha... Kira begitulah cerita yang tuan punya syarikat yang dah report kat balai polis. Kesian betul.... Apa2 pun, kira dia dah beresla menyelesaikan saman itu kerana berjaya membolosi rayuan tersebut. Tahniah...
Berikut adalah bentuk promosi WANTED yang telah diedarkan di seluruh negara... Mana nak lari? Padan la muka....
p/s: Cerita ini adalah rekaan semata-mata bagi menjiwai penghayatan drama yang macam hampeh. Selamat berhibur... Abang aku jadi duta P1 W1MAX sebab jadi pelanggan pertama melangganinya...
Comments (0)
Catat Ulasan