Majlis Sambutan Penyerahan Jalur Gemilang 2008

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/17/2008 02:18:00 PTG

0

Sempena dengan bulan kemerdekaan yang akan disambut, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjemput Kelab Kenarianz untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Sambutan Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat Wilayah Persekutuan. Butirannya adalah seperti di bawah:

Tarikh
15 Ogos 2008 (Jumaat)

Tempat
Lobi Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara ini merupakan salah satu pengisian program bulan kemerdekaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan dijayakan bersama pelbagai pihak seperti NGO, persatuan teksi dan wartawan. Objektif program ini ialah untuk melahirkan semangat kecintaan kepada negara, khususnya di kalangan generasi muda. Ia juga sebagai satu lambang kemegahan dan kegagahan sebagai rakyat Malaysia selain melahirkan generasi yang cergas, mempunyai ketahanan fizikal dan minda yang cerdas dan memupuk kerjasama dalam satu pasukan. Seperti tahun yang lepas, pihak DBKL memperuntukkan hanya 5 buah kenderaan sahaja daripada kelab bagi acara pelepasan ini. Tetapi kerana terdapat ahli yang ingin menyertainya, Terdapat sehingga 7 ahli yang beranikan diri bercuti dan ponteng kerja. Kenderaan terlibat akan berbaris panjang untuk memasang bendera pada kenderaan dan menerima ‘goodies bag’ dan seterusnya melancarkan majlis pelepasan Jalur Gemilang.

Berikut adalah barisan ahli kenarianz yang hadir.
1. along_84
2. bhf1932 (Abang Made)
3. irrahady
4. arelong7997
5. zulazfar
6. wan
7. nizam_5282
8. pikamerah sebagai organizer

Dibawah disertakan bukti ahli kenarianz yang menyertainya.



Antara yang paling awal hadir dari kiri zulazfar, arelong9779, irrahady.


Barisan marshall yang bertugas.


Barisan kenarianz yang hadir.


Koir DBKL.


Pancaragam DBKL.


Sedang mencabut bendera kerana salah cucuk.


Berjalan-jalan mencari makanan.


Kerana kelaparan, kami tak peduli duduk di bawah, terukla ko pikamerah..

Comments (0)