Konvoi Merdeka Ipoh-Pasir Salak-Teluk Batik

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 8/11/2008 08:34:00 PG

0

Tanggal 9 Ogos yang lalu, Kenarianz Perak telah menganjurkan Konvoi Kemerdekaan di mana trip yang di cadangkan sekitar Perak yang di dahului dari Ipoh menuju ke Kuala Kangsar, seterusnya ke Pasir Salak kemudian ke destinasi akhir menuju ke Teluk Batik @ Lumut. Kenarianz Trip SMD ni tak lupa menjemput Kenarianz dari Kuala Lumpur dan Juga Kenarianz dari Utara. Memang mendapat sambutan yang meriah apabila hampir 25 biji kenari yang mengikuti trip ini... Walaupun Trip ini hanya konvoi semata-mata, tetapi kami menerapkan suasana harmoni di mana terdapat bujang-bujang dan berkeluarga tidak mengira status untuk bersama-sama menjayakan konvoi ini. Walaupun aku hanya aktif di Kenarianz Kuala Lumpur, aku tidak mahu ketinggalan menyertai trip dari Perak ini. Memang Happening orang-orang Perak ni. Aku pun asal sini, takde masalah rasanya. Antara Kenarianz KL yang mengikuti trip ini ialah zxkn (Khairul), budak busuk (Mus), dan juga Moveburuk (Yunus).

Trip ini bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga mengakhiri pada pukul 7.00 malam. Dalam konvoi ini, di penuhi dengan pelbagai agenda seperti melawat di Terowong Masa Kompleks Sejarah Pasir Salak, beriadah di Taman Paya Bakau Manjung, dan juga membeli ole2 di Lumut. Tujuan konvoi ini adalah untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-51 sebagai tanda rasa kasih kepada negara. Setelah berakhirnya acara bersurai, masing2 pulang menuju ke destinasi sendiri. Aku sampai ke rumah dengan selamat pada pukul 9.30 malam di Ipoh.


Penyusunan dan penyerahan goodies kepada yang terlibat


Sebelum berlepas, kami duduk berborak bersama dan membahan pada yang berkenaan


Bergambar di pintu gerbang Kompleks Sejarah Pasir Salak


Di ruang legar "Terowong Masa" di Kompleks Sejarah Pasir Salak


Bergambar beramai-ramai di Taman Paya Bakau


Antara kenari2 yang tak boleh berterbangan yang dibalut bersama Jalur Gemilang


Amanat terakhir dari Abang Joe sebelum sesi bersurai


Bermaaf-maafan sebelum bersurai. Aduh sedih seh masa ni

Comments (0)