Cuma RM0.15...

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 8/24/2008 01:34:00 PG

0

Pagi-pagi, aku selalu biasakan diri untuk check tangki minyak motor aku. Takut-takut kejadian kali ketiga berlaku lagi iaitu aku pernah menolak motor aku sejauh hampir 1 kilometer untuk mencari stesen minyak berdekatan. Memandangkan harga minyak yang pernah naik satu ketika mencecah RM2.70, aku kebiasaannya mengisi tangki motor penuh aku sebanyak RM10.

Sesampai je kat stesen minyak Petronas Damansara Damai, aku mengeluarkan not RM10 dan disertakan dengan kad Mesra kepada kaunter pembayaran. Pastu, aku terus gerak ke motor buruk aku dan terus capai nozzle bila dah bukak tangki minyak. Punyalah laju perginya minyak petrol memenuhi ruang yang ada di tangki motor aku. Apasal lain macam pulak minyak ni? Sampai membuak-buak cecair itu walaupun harga yang aku bayar tadi tak cecah RM10 lagi. Satu pernyataan yang boleh buat org gelak kalau aku bagitau kat org lain. Mana taknya, aku tak terperasankan yang harga minyak dah diturunkan 15 sen sejak dari tengah malam tadi. Aduhai, bersyukurlah adanya walaupun hanya 15 sen penurunan harga minyak Malaysia. Adakah ini di sebabkan terdapat pilihanraya kecil yang diadakan di Permatang Pauh? Aku tidak dapat menjawabnya kerana bukan bidang kerja aku untuk menjawabnya. Hanya ahli politik yang bertanggungjawab yang boleh memberi penjelasan.

nota:
RM2.70 - RM0.15 = RM2.55
(harga minyak baru Malaysia berkuatkuasa 12pm/23 Ogos 2008)

p/s: Pertama kali dalam sejarah, harga minyak Malaysia diturunkan. Kebiasaannya, kalau ada perubahan harga minyak, masa nilah berpusu-pusu orang nak mengisi minyak. Kali ni lain jadinya, lengang habis nak tunggu harga baru keesokan harinya. Harap-harap dapatla diturunkan lagi harga minyak. Aku bukannya orang yang senang.

Comments (0)