:: Baca Sahaja ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 2/04/2010 07:05:00 PTG

0

Perlukah aku letak alamat dan peta rumah kat blog ini untuk jemputan kenduri kahwin aku nanti? Rasanya aku tak perlu kot letak alamat mahupun peta kat blog ini. Ini adalah kerana situasi dunia tanpa sempadan ini sangat berbahaya untuk kita kongsikan. Memandangkan blog aku ini pun telah dibuka untuk tatapan umum, tiada sekatan lagi untuk yang hanya boleh membaca sahaja untuk mengakses ke blog ini. Bagi aku, cukuplah mereka yang mendapat kad jemputan sahaja tau kat mana lokasi rumah nanti. Bukanlah tidak menurut kata kawan-kawan untuk meletakkan peta lokasi di blog ini, tetapi atas alasan keselamatan, lebih baik aku rahsiakan sahaja lokasi majlis tersebut. Biarlah mereka yang telah diundang dengan jemputan kad sahaja yang tau... Betul tak? Kalau nak kad, silalah hubungi aku untuk mendapatkan senaskah kad kawin yang tak tebilang banyaknya tu. Terlalu banyak... Percuma tanpa bayaran...

Baru-baru ini aku terbaca artikel mengenai keterbukaan seseorang pengguna Facebook yang dengan terang-terangnya memberitahu identiti dirinya di laman sosial itu. Dengan mudah sahaja dia menerima jemputan sebagai sahabat walaupun dia tidak kenali. Kononnya dengan menerima jemputan sahabat itu dapatlah dia mancapai rating sahabat yang tinggi dan ramai. Kesilapan besar dengan mudah menerima jemputan sahabat sedangkan dia tidak mengenali orang yang mengundang menjadi sahabat itu. Akibatnya, dia mati dibunuh kerana tidak menerima kehendak pengguna yang tidak dikenali itu untuk melakukan seks. Sebabnya, di laman sosial tersebut, mangsa telah memberikan arahan dimana mangsa menetap. Ngeri sungguh.

Aku sebagai pengguna laman sosial tersebut, tidak sesekali untuk menerima jemputan sahabat yang tidak dikenali biarlah dianggap sombong. Ini adalah untuk keselamatan diri sendiri. Manala kita tau, ada musuh dalam selimut. Dan aku juga tidak sesekali untuk menjemput sebarangan orang menjadi sahabat. Cukuplah orang yang aku kenal sahaja dan mungkin untuk merapatkan silaturrahim yang telah lama terpisah, aku akan berbuat demikian. Untuk semudah-mudahnya menerima mahupun menjemput, tidak sama sekali... Sahabat yang ada kat laman tersebutpun sudah cukup untuk aku layan dan kadang-kadang menyakitkan hati dan mata je dengan status yang pelbagai. Kekadang status syok sendiri yang mana sentiasa meng'update' status. Nak makan pun tulis, nak pegi toilet pun tulis. YUCK!!!

Aku? Nak update status semudah-mudahnya tak kot? Huhu... Baik aku tulis kat wall orang, dah tentu tak semua sahabat nampak apa yang kita melalut. Dan dah tentu orang-orang yang berkaitan sahaja yang dapat baca. Chill...

Comments (0)