Aku Dah Lama Tak Demam Parah...
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 12/11/2008 12:21:00 PG
0
Jam menunjukkan pukul 2.30 petang hari Selasa, setelah menghantar Siti (tunang) untuk dia masuk ke officenya, aku mula gerak pulang ke Kuala Lumpur. Mulanya memang terasa aku tak sihat masa malam hari Isnin. Simpton menunjukkan aku mulai sakit perut mungkin aku makan campur-campur masa raya, ditambah kepala aku yang pening semacam, aku telah buat keputusan untuk tidak bekerja esoknya.... Cuaca semasa aku memandu pulang ke KL memang sangat terik. Lain macam rasanya hari ni berbanding hari-hari yang lain. Adakah sebab aku memang terasa sakit kepala lalu aku membuat kesimpulan yang cuaca hari tu sangat pelik? Aku mesti pulang ke KL sebab banyak perkara yang belum di selesaikan di office. Sepanjang perjalanan aku yang penuh liku ditambah dengan perasaan mata yang sangat mengantuk, aku gagahi juga untuk teruskan perjalanan. Sedikit sebanyak terasa juga untuk aku berhenti merehatkan diri di transit mana yang boleh aku rehatkan badan. Tapi, aku cuma dapat jumpa terminal rehat di stesen RNR (MOBIL) jalan lama ke Tapah. Kalau diikutkan hati memang aku nak tidur je masa ni, tapi sebab cahaya terik, camana aku boleh melelapkan mata?
Sesudah aku mencuci muka dan membeli sebotol LIVITA penguat tenaga, aku meneruskan perjalanan. Aku mula merasa yang diri aku mula demam setiba di Tanjung Malim. Seingat aku, aku nak juga tempuh ikut jalan lama. Tetapi memandangkan aku tak larat sangat, aku masuk PLUS Tanjung Malim (Highway da). Bila je masuk ke Highway ni, cuaca bertukar hujan selebat-lebatnya. Aku masih lagi memandu... Dipendekkan cerita sampaila aku ke rumah dalam pukul 6 petang. Masa ni nak naik tangga pun tak larat. Aku dihidapai demam kronik + pening kepala + rasa nak muntah yang boleh buat aku tak bangun langsung, makan pun idak lagi. Aku terus tidur dari petang sampai ke pagi. (Sembahyang dalam mimpi). Bangun je esoknya demam tak kebah-kebah. Bos aku SMS aku masih lagi demam ke sihat. Aku cakap demam lagi. Dia kata rehatla... Bagus pulak dia ni... Aku mula makan setelah 29 jam aku berada di atas katil.
p/s: Tak suka demam... Tapi aku sangat degil taknak dengar cakap...

Comments (0)
Catat Ulasan