Takziah kepada Ajoy...
Posted by nizam_5282 | Posted in Kenarianz Club | Posted on 12/23/2008 03:42:00 PTG
0
Tak semua entry aku berunsurkan kegembiraan, kebengangan, kemarahan dan sebagainya. Tapi apa salahnya kita rendahkan sedikit ketegangan kita dengan sedikit keinsafan dan kesedihan. Awal pagi tadi, semasa aku baru je on Yahoo Messanger (YM). Tiba-tiba sepantas kilat Yazmeen terus PM aku yang mengatakan Mak Ajoy dah meninggal dunia. Terkejut aku.
Innalillahiwainnailaihirrajiun... Takziah kepada saudara kita Ajoy yang kehilangan ibunya yang tersayang dan semoga dia tabah menghadapi dugaan ini bersama kalangan keluarganya yang terdekat.
Aku dikhabarkan oleh Yazmeen yang ibunya telah meninggal dunia pada pukul 2 pagi tadi (23/12/2008). Semoga Allahyarhamah ditempatkan di tempat yang mulia...
Al-Fatihah...
Comments (0)
Catat Ulasan