Red Carnival...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 12/01/2008 09:29:00 PG

5

Hari yang dinanti-nantikan oleh warga kenarianz di mana inilah antara event terbesar tahun ni. Di mana ia di anjurkan oleh organisasi kerajaan dari Jabatan Kesihatan. Event ini antara yang paling besar di anjurkan oleh Jabatan ini kerana mereka menjemput sehingga 40 biji kereta kenari dari kelab Kenarianz. Satu penghormatan terbesar bagi kami dari kelab ini. Bermula dari pukul 7.30 pagi di mana aku terlalu leka lap kereta sehingga aku sendiri pun datang lambat ke tapak perjumpaan di Dataran merdeka. Tapi memandangkan masih ada masa yang ada, aku tiba juga di tapak tersebut pukul 7.45. Rupanya diorg tak gerak lagi, selamat. Kalau tak menjajar aku cari Jabatan Kesihatan ni kat mana. Setelah diberi taklimat secukup garam, kami bergerak ke Jabatan Kesihatan dengan hati yang penuh girang.

Dalam program ini, ia di namakan RED 'World Aids Day Carnival 2008'. Ia juga di sambut di seluruh dunia. Dalam event ini juga, kami di beri pelbagai merchandise antaranya sticker kereta, baju (rembat 2 helai) dan Tag beserta Landyard yang cun habis. Mana silapnya kami tak dapat goodies yang di dalam nya mungkin pin batch, bandana, beg, kain superman dan sebagainya. Aku di letakkan di Team 3 (T3) dan team kami ditempatkan di "SEMUA HOUSE". Antaranya ialah, Mie Giman, Topek, Azri Oren, Mie Kecik, Arelong9779, Spessot, Acaizegrete dan Arip. Kerja kami senang je, buat muka sengal dengan memberi risalah kempen AIDS ni kepada orang ramai. Senang je bagi sebab risalah tu mudah dipegang dan menarik tertarik kau memang da boom. Aku nak habiskan cepat risalah tu, aku bagi sorang pejalan kaki 2 terus.

Setelah penat bekerja amal, aku dan team terus pulang ke markas di Jabatan Kesihatan untuk menjamah makanan. Kami dipertanggungjawabkan untuk membawa sukarelawan pulang sekali ke Markas. Majlis berjalan lancar tanpa insiden buruk hingga ke pukul 5 petang. Sebelum majlis tamat, kami diberi sumbangan RM50 untuk setiap driver. WOW!! Memang world event ni kerana ianya adalah event kenarianz penghujung tahun 2008... Hidup Kenarianz...

p/s: Bangga aku tengok banner sponsor hasil kerahan tenaga aku...

Comments (5)

mai mane??? huhuhu menci la.. time2 cmni jew mai x dpt nk join.. tp nk wt cane en..
huhuhuhu sedey...

Alo kesiannya... napa Mai tak pegi time ni? Abah sakit kat umah ye? Takpe, kita dulukan mana yang lebih penting ok? Abah tu tak sihat tu...

wahhhhh...beshnyerrrr

hurrmm abah kt spital la..
xpe la next time mayb..

hurm....nampak mcm best...adakah betoi2 best...atau hanyalah gambaq semata2...wahahahahha sangat jelez...menariknya!!!!!