Kenarianz Bowling Tournament 2008

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 12/02/2008 09:29:00 PG

3

Photobucket

Tanggal 30 November yang dah lepas, satu perlawanan bowling kenarianz telah berlangsung di Cosmic Bowl Mid Valley. 8 pasukan telah berentap di mana mereka beria-ria menunjukkan kehandalan mereka walaupun bukannya pandai sangat main pun. Ada yang dah mula menunjukkan belang mereka dengan bermain bowling sebelum tiba masanya. Ah... Peduli apa aku... Huhu. Aku pun bukan terer main pun. Suka-suka je kerana nak join menghiburkan diri sendiri dan juga rakan sekelab. Walaupun permainan tidak seimbang, kami enjoy. Bukan selalu mainpun bowling ni. Dulu rajin la aku bersukan. Sejak tamat pelajaran, aku kembali melupakan arena bersukan ni. Kaki nak ajak bersukan takde la...

Aku berkumpulan dengan Along84 dan BHF1932 (Bro Made). Kitorg ni memang takdela hebat, tapi bolehla beri cabaran mana termampu. Setelah tamat permainan, kami mencapai kemenangan yang cemerlang di mana kami telah mendapat tempat ketujuh antara 8 team yang berentap. (Dari kalah terus ngan team Nano ngan Fauzan, diorg lagi hampeh, hahaha...)

Apa-apapun kitorg tetap enjoy dan dapatlah kemudian hari diadakan tournament sebegini lagi.

p/s: Aku nak main futsal pulak.... Blahla Acai, main futsal tak ajak aritu...

Comments (3)

pergh...sgt besh... sana sini jelajah blog org ada ja citer psl boling neh...

menci lagi sbb mai tade.. huh!

Ciannyew...