Dari Meja Pengarang...
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 12/31/2008 11:35:00 PG
0
Harini merupakan hari terakhir untuk tahun 2008. Esok kita akan menjelang tahun baru 2009. Bermakna kita akan tutup file lama, dan buka diari baru. Tapi aku tak suka buat diari pasal aku tak suka menulis. Tulisan aku buruk. Tapi takdela buruk siku. Suka duka dalam tahun ini akan sentiasa menjadi kenangan di mana:
- Aku kehilangan nenek tercinta... Pemergiannya membawa seribu kenangan di mana tiada lagi hari raya seperti biasa yang di sambut beramai-ramai terutama saudara-mara di kampung.
- Aku bertunang pada 060708 dan ianya akan sentiasa menjadi kenangan kerana tarikhnya yang mudah di ingati.
- Dapat orang baru bernama "Azraei Naufal" dalam keluarga kami.
Ni antara yang sangat tak akan aku lupakan. Antara suka dan duka yang amat tersimpan rapi dalam ingatan aku. Dan antara duka yang lain terpaksa aku simpan ke dalam lubuk hati yang tak dapat aku gambarkan dalam blog ni, biarlah menjadi rahsia aku.
Semoga kehadiran tahun baru ini akan terpancar kegembiraan biarpun itu hanyalah rancangan kita. Tetapi hanyalah Allah yang maha berkuasa merencanakan segala perancangan. Dengan harapan aku tabah menghadapi tahun baru dan tanggungjawab yang bakal menjelang. Insya'Allah.
Selamat tahun baru dari aku untuk penjengah blog aku ini. Terima kasih....
Comments (0)
Catat Ulasan