Perjalanan Cuti Raya Yang Suram...

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 12/10/2008 11:40:00 PTG

2

Tepat je pukul 6 petang hari Jumaat, aku terus gerak balik dari Office nak kemas-kemas barang nak balik Ipoh. Memandangkan aku tau hari ni aku pasti jalan mesti jem giler bila aku buka radio kata jalan Utara-Selatan sesak teruk. Dengan hati yang suam-suam kuku, aku telah buat keputusan untuk pulang ke Ipoh pada paginya pukul 3.00 lepas NOS. Sebelum aku bersiap menuju ke tapak NOS, aku telah mengambil kesempatan yang masih ada untuk pergi ke rumah abang aku kat Sentul untuk menghantar PS3 yang dah lama aku pinjam. Adala dalam pukul 8 malam masa tu. Sesudah menghantar, aku terus menuju ke tapak NOS dengan semua persiapan yang dah aku kemas kat dalam kereta. Taknak ulang-alik lagi ke rumah dah time ni.

Memang aku sangka dari awal, mesti tak ramai yang datang ke NOS minggu ni sebab ramai yang pulang ke destinasi masing-masing untuk menyambut hari Aidil Adha. Aku gagahi juga masa yang ada ni untuk ketemu kawan-kawan yang tak pulang ke kampung. Diorang ingat aku tak balik, silap le. Aku mesti balik Ipoh... Raya beb... Biarpun tak ramai yang ada, aku still enjoy untuk memenuhi impian ke kampung dengan hati yang tenang. Masa ni Mozweed ada SMS aku napa aku tak balik malam ni, boring dia NOS sorang-sorang kat Ipoh. Sorry Bro... Jalan Jem....

Lepas je NOS malam tu dalam pukul 2 pagi, aku terus gerak ke Ipoh menuju ke jalan Rawang (Jalan lama ke Ipoh). Sepanjang perjalanan yang sunyi dan lengang, sedikit sebanyak perasaan mengantuk sedikit mengganggu pemanduan aku... Aku cari la port mana yang best nak buat tido barang sejam dua. Susah pulak aku nak jumpa stesen minyak yang selamat buat tidur. Aku gagahi juga menuju mana tempat yang selamat untuk aku tidur. Sesampai je kat stesen minyak Petronas Slim River, aku nampak ada satu kereta polis park kat situ. Rasa selamat kot tido kat situ. Memang selamat habis. Rupanya polis tu curi tulang tidor kat Stesen tu jugak. Aku pun ambik la kesempatan tidur kat sebelah port kereta polis tu.... Adala dalam sejam setengah aku tidur. Terus menyambung perjalanan ku kembali...

Jam menunjukkan pukul 7 pagi aku masih di atas jalan. Maklumla ikut jalan lama. Masa ni aku di Simpang Pulai. Teringatkan aku nak ambil Siti (tunang) untuk menghantarnya ke Medan Kidd, aku simpan hasrat untuk terus menuju ke rumah orang tua aku. Kalau aku singgah mau kena sekolah jap suruh rehat. Sampai je kat IPIP (Institut Perguruan Ipoh Perak), aku terus menjemputnya untuk menghantar ke Stesen Bas Medan Kidd. Walaupun sebentar je aku menemuinya, terubat juga rindu aku padanya...

Lepas je aku hantar, aku balik terus ke rumah aku kat Tanjung Rambutan tu. Sembang kejap-kejap bagi mengubat rasa rindu pada Ibu dan Bapa aku, terus kau capai bantal, tidur tak hengat dunia sampai pukul 3 petang. Sembahyang Zohor jap pastu sambung tidor balik... Huhu....

p/s: dari perspektif aku bukan hal raya...

Comments (2)

hahaha... yg perasan...byk citer sembang ngan org lain secara kejap2 saja ;P

Rumusan je tu... Kang tak cukup ruang pulak kang... Ehehehe