:: Aina Qistina ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/31/2009 12:35:00 PTG

0

Ni gambar bakal anak sedara aku. Namanya "Aina Qistina". Pertama kali jumpa baby ni. Masa aku melawat maknya dalam pantang dulu. Aina tak dibenarkan pulang kerana masih di hospital. Menurut sejarahnya, tak cukup bulan. Sebab tu kena tahan kat hospital beberapa hari sebelum boleh dibawa pulang...

:: Nikon D90 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/29/2009 12:32:00 PG

2

Ish3X... Napala hati ni sudah jatuh cinta? Aiseh... Kena melamar la kalau dah jatuh cinta ni... Aku tak tau nak luah camana, tapi memang betul-betul terpikat. Dalam tidur pun termimpi-mimpi... Takleh jadi ni... Aku kena jugak melamarnya satu hari nanti...

Image Hosted by ImageShack.us 
Image Hosted by ImageShack.us 

 Image Hosted by ImageShack.us 
Image Hosted by ImageShack.us

Download Nikon D90 Brochure
di sini

Image Hosted by ImageShack.us 
Image Hosted by ImageShack.us 
Image Hosted by ImageShack.us 
Image Hosted by ImageShack.us 
Image Hosted by ImageShack.us

:: Barcelona Terhebat Eropah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/28/2009 10:30:00 PG

0

ROME 28 Mei - Barcelona menewaskan Manchester United 2-0 untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara menerusi jaringan Samuel Eto’o dan Lionel Messi pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Olimpik Rome awal pagi tadi.

Eto’o meletakan juara Sepanyol itu di depan pada minit ke-10 dan tandukan cantik Messi pada minit ke-70 mengesahkan Barcelona memenangi kejohanan peringkat kelab Eropah paling berprestij buat kali ketiga.

Kemenangan ke atas juara bertahan itu melengkapkan kejuaraan treble untuk jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pada musim pertamanya selepas memenangi liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol.

Lionel Messi (kiri) menanduk untuk menjaringkan gol kemenangan Barcelona melepasi penjaga gawang Manchester United, Edwin van der Sar dan hanya dapat diperhatikan oleh Rio Ferdinand pada pertembungan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Olimpik, Rome awal pagi tadi. Barcelona juara 2-0



United pula gagal memburu kejuaraan keempat peringkat Eropah, yang juga trofi keempat United selepas memenangi Liga Perdana England, kejohanan Kelab Piala Dunia FIFA dan Piala Liga.

Jaringan pertama Eto’o diperoleh apabila dia berjaya memintas dari penjuru kanan dan melepasi halangan Nemanja Vidic dan melepaskan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol United Edwin van der Sar di penjuru gawang.

Samuel Eto'o (kanan) meraikan kejayaan menyumbat gol pembukaan Barcelona bersama-sama Andres Iniesta selepas 10 minit prlawanan menentang Manchester United bermula di Stadium Olimpiik, Rome, awal pagi tadi



Xavi melakukan percubaan menerusi sepakan bebas namun terkena tiang gawang United sejurus babak kedua bermula sebelum Lionel Messi mengesahkan kemenangan apabila menanduk hantaran lintang Xavi.

Barcelona, yang merupakan juara Eropah 1992 dan 2006, mengambil giliran menguasai perlawanan selepas United menguasainya di sepanjang 10 minit pertama babak awal.

Pada awal perlawanan, United memperoleh peluang gol menerusi sepakan bebas Ronaldo yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Barcelona Victor Valdes namun Park Ji-sung gagal tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola yang terlepas.

Ronaldo menghidupkan penjuru kanan United sehinggalah Barcelona menjaringkan gol pertama dengan Eto’o mempamer gerakan menarik, mengawal bola dengan kemahirannya menewaskan penjaga gol United.

Selepas mendapat gol pertama, Barcelona mengawal permainan dan setiap gerakan United kerap dapat dipatahkan oleh kelab Catalan itu.

Jaringan kedua menjelma 20 minit menuju masa penamat apabila Messi tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola lintang Xavi. - AGENSI

Lionel Messi meraikan kejayaan menyumbat gol menentang Manchester United awal pagi tadi

:: Barcelona (2), Man Utd (0) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/28/2009 10:26:00 PG

0

Image Hosted by ImageShack.usBarcelona (2) 
Eto'o (10), Messi (69)  
Manchester United (0)

:: Kad dah Datang ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/26/2009 04:07:00 PTG

0

Dapat kad la pulak. Terharu sungguh... Dari jauh kad ni datang, dari Perlis. Di alamatkan pula ke office aku. Terkejut benar rasanya bila ada orang pas kad ni kat aku... Terharu sangat, Thank You...

:: adehlah.blogspot.com ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/26/2009 03:29:00 PTG

0

Salam semua... Tujuan aku buat private blog ni adalah semata-mata untuk meluahkan rasa isi hati aku sahaja. Bukan sebab aku kedekut untuk bagi orang luar tu baca. Kadang-kadang aku rasa, blog ni bertujuan untuk orang luar tu meluahkan rasa tak puas hati dengan menulis nama mereka di ruang komen sebagai "anonymous". Tujuan mereka senang sahaja, cuma nak buat personal attack kat aku. "Baling Batu Sembunyi Tangan" bak kata pepatah. Apa salahnya bagi nama ke sesuai sangatla dengan tujuan kita berkenal mesra sesama kita. Dah la tak bagi komen yang baik-baik, tetapi menyakitkan hati. Tak salah nak bagi penjelasan, tetapi kenalah tempatnya. Tak mintak apapun, sekadar bagitau nama aje pun susah.

Dah banyak kali aku perhatikan kat ruangan blog ni, nak attack penulis tapi takut nak perkenalkan diri. Takut pada bayang-bayang sendiri agaknya. So, bagi aku mudah aje. Aku tak sakit hati, orang luar tak sakit hati. Aku tukar alamat blog aku, aku tutup blog lama kat 'www.yaperda.blogspot.com' tu. Kat situ aku tulis 'UNDER CONSTRUCTION'. Lantak la korang nak tunggu berzaman pun kat blog satu lagi. Takdenya aku nak hidupkan semula. Kini aku di 'www.adehlah.blogspot.com'. Tujuan utama aku nak kongsi perjalanan hidup aku pada orang-orang yang aku percaya. Kalau tak, takkan la korang boleh baca kat ruang ni kan? Sebab aku percaya kat korang. Kalau aku open to public, seumpama aku tak bebas bersuara. Sekat pendapat dan ada yang sakit hati dan makan hati. Jadinya, korang yang boleh baca blog aku di sini diharap janganlah bawa ke luar apa yang aku tulis. Cuma sekadar pandangan dan tulisan aku supaya bermula anda membaca di sini dan habis di sini. Terima kasih kerana masih bersama aku...

:: Gambar Si Kenit Nofal ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/25/2009 03:47:00 PTG

0

:: Hull City (0), Man Utd (1) ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/25/2009 03:33:00 PTG

0

Image Hosted by ImageShack.usHull City (0) 

Manchester United (1)
Gibson (24)

Pasukan yang tersingkir dari English Premier League ke Champion League ialah:
Newcastle United
Middlesbrough
West Bromwich

:: Seronok di 23-24 Mei 2009 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , , , | Posted on 5/25/2009 03:29:00 PG

0

Bermula pada pukul 11.30 pagi di hari Sabtu (23/05/2008), aku mulai bergerak ke Taman Melati untuk mengambil adik. Kata angah suruh amibil dia kat sana semata-mata untuk ke Ampang Point membeli LCD TV yang dikata untuk dibelikan kepada Mak dan Abah. Episod sedih akan berganti dengan gembira di mana akan ada TV baru menghiasi rumah di Tanjung Rambutan. Kemungkinan dengan TV bersaiz 32 inci ini tidak akan menjadi sunyi untuk Mak dan Abah di kampung. Disertai dengan kehadiran anak-anak kesayangannya ini bersama-sama meraikan kegembiraan mereka.

Setelah memilih TV tersebut berjenama SHARP, kami teruskan perjalanan untuk kembali ke Taman Melati menyiapkan beberapa perkara dan teruskan perjalanan untuk pulang ke kampung. Perjalanan melalui highway amat mendebarkan kerana suasana ingin melihat kegembiraan yang akan dialami oleh Mak dan Abah serta kami juga, tidak tersabar rasanya. Melihatkan along terhoyong-hayang memandu, berhenti sebentar di hentian sebelah Tanjung Malim untuk menukar pemanduan oleh adik. Aku ngan Angah menaiki satu kereta, manakala Along dinaiki oleh adik dan juga Kak Long (Gee dan Nawfal). Perjalanan mengambil selama 2 jam 45 minit sebelum kami menginggah ke Tesco Extra untuk membeli sedikit buah tangan.

Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 malam di rumah dan kami mulai bersalaman serta mencium kedua tangan Mak dan Abah. Seterusnya aktiviti mendebarkan Mak dan Abah untuk memperkenalkan gadget yang bakal diterima. Mulanya kami mengeluarkan TV lama angah untuk diberi, kononnya itu ajelah yang mampu kami beri. Tetapi along telah menyudahkan pendebaran tersebut dengan mengeluarkan TV 32 inci yang dibeli hasil pakatan kami 4 beradik. Haha... Senyum lebar Mak dan Abah menerima gadget yang baru. Kami pun mulai install TV tersebut dan mulai memasang TV tersebut pada tayangan ASTRO.


Sesudah menginstall, kami keluar makan bersama-sama di depan bangunan S.U.K kerana mulanya nak makan di T.K.K, tetapi suasana amat menyesakkan. Perut berkeroncong telah terisi dengan kewangan angah yang membelanja kami makan.


Setelah penat menyesakkan perut, kami pulang dengan senyuman yang amat berlainan sama sekali dan kami mulai tidur untuk menunggu hari esoknya...


24 Mei 2009

Mata yang mengantuk amat menyusahkan untuk bangun tidur. Along ngan Kak Long telah bangun awal untuk beli sesuatu untuk sesi berkelah di Ulu Chepor. Aku masih di tempat tidur sambil tidur-tidur ayam. Melihatkan dapur ada makanan, aku pun bersarapan sedikit kerana perut mulai lapar kembali. Waktu yang sudah semakin sempit di mana sudah mulai pukul 12.00 tengahari, kami menyiapkan beberapa perkara sebelum memulakan aktiviti berkelah. Setelah Abah pulang, kami pun memulakan perjalanan ke Ulu Chepor. Melalui jalan Chemor yang sempit sangat menyelesakan kerana tidak banyak kereta yang melalui jalan tersebut. Kami sampai ke Ulu Chepor lebih kurang pukul 1.15 petang dan kami mulai membayar tiket parking untuk sesi perkelahan ini di Ulu Chepor.


Sebelum menyejukkan badan di dalam air, kami menyental makanan yang di bawa seperti Nugged dan ayam golek TESCO. Setelah tiada siapa yang nak masuk air dulu, aku yang turun. Dan kemudian adik dan along pula mengikuti. Angah tak mandi sebab alasannya tak ada baju spare. Kami mandi ala kadar sebab kawasan yang sangat ramai dan kehadiran tempat yang kurang dalam menyebabkan tak terasa best untuk mandi. Tak mengapalah, janji suasana berkelah tetap wujud. Sesudah mandi, kami pun sental nasi pula dan bersiap-siap untuk pulang.

Sampai ke rumah, kami adik-beradik kepenatan lalu tidur bersepah di ruang tamu. Kami mulai bersiap-siap untuk pulang ke KL untuk mempercepatkan panggilan kota manakala adik menyambung perjalanan untuk pulang ke Jerantut... Pengalaman hari semalam dan kelmarin akan sentiasa terpahat dan aku berharap ianya akan berulang kembali...

:: Result SPA ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/22/2009 10:26:00 PTG

0

Klik Gambar Untuk Membesar...

Inila result aku kat Jabatan kerajaan aku interview aritu... Tapi aku harapla ini harapan aku kalau diserap kerja kat kerajaan. Memang diidamkan aku, sejak dari dulu lagi... Mak Abah aku pun memang mengharap ianya dapat menjadi kenyataan... Insya'Allah...

:: Aku Dah Beli Tiket ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/22/2009 09:38:00 PTG

2


Yeye... Aku dah dapat tiket Malaysia vs Manchester United 18 Julai 2009 ni... Ada 3 tiket dah di beli dan satu reserve... So tengah mencari siapa yang sesuai untuk diberi tiket reserve tu. Takdela free, bayar ha... Nasibla siapa yang dapat tu... Nak beli kena beratur, susah lagi nak dapat tu.

Siapa dapat tiket ni, dia akan dapat jugak tengok training session. Tarikhnya 17 Julai... Memang tak sabar...

:: Rama Band - Bertahan ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/21/2009 02:57:00 PG

0

:: Saring ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/19/2009 04:56:00 PTG

1

Ada hati nak lari dari menyaring... Padan muka kena tangkap pastu buat kerja-kerja menyaring ni... Dah nama kerja, jangan le lari... Apa lagi? Pakai topeng, dok luar. Saring... Saring... Saring... Bagus gak kerja ni, boleh buat kerja amal supaya rakyat Malaysia tak merebak wabak H1N1... Muehehe...

........................................................................................................................

Istilah 'mat rempit' kini ditukar 'samseng jalanan'

Berkuat kuasa serta-merta istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan, kata Ketua Trafik Polis Bukit Aman, Datuk Abd Aziz Yusof.

Dalam erti kata lain, Samseng Jalanan yang dulu dikenali sebagai Mat Rempit samalah akhlaknya dengan 'Monyet'. Ianya tak boleh di samakan dengan Mat Motor atau penunggang motor yang tidak berdosa membawa motor. Hanya kriteria seperti monyet sahaja layak diberi gelaran Samseng Jalanan apabila menggayakan aksi seperti monyet di jalanraya.

:: Liga Kejuaraan EPL 2008/2009 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/18/2009 02:19:00 PTG

0

:: Juara EPL 2008/2009 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/17/2009 10:32:00 PTG

1

Image Hosted by ImageShack.us Manchester United (0) 
Arsenal (0)

Manchester United Juara EPL musim 2008/2009

:: Review Ikhwan Kahwin ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/14/2009 02:56:00 PTG

1

Dah berkurun dah si Ikhwan ni kawen. Halim baru emel tadi... Ntah-ntah biniknya dah mengandung 3 bulan kot? Huhu... Untuk simpanan, aku upload gak la gambar kenangan ni buat tatapan kawan-kawan yang sentiasa menjengah blog ni...