:: Praktikal Konvoi + SMD ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Kenarianz Club , Rekreasi | Posted on 5/03/2009 12:45:00 PG
0
Bertemu lagi kali ini untuk mereportkan aktiviti di awal bulan Mei yang masih lagi merasai cuti Hari Buruh seMalaysia. Telah ditetapkan 2 Mei 2009, di mana Kelab Kenarianz telah menganjurkan aktiviti Praktikal Konvoi & SMD (Saturday Morning Drive) edisi pertama 2009 (agaknyalah). Memang bermacam-macam pengalaman dipelajari dari senior-senior konvoi yang berpengalaman sehinggakan pelbagai suka-suka (takde duka) telah berlaku. Dari bermula di perhentian BHP TTDI kami berkumpul sehinggalah ke akhirnya. Kalau dah cerita akhir, takdela best... Meh aku cerita dari mula lagi...
Setelah semuanya mula berkumpul dan cukup syarat, aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas dari MARSHALL yang bertanggungjawab untuk menjayakan aktiviti ini dan bacaan doa...
Setelah semuanya dilancarkan, kami memulakan perjalanan konvoi dimana MARSHALL bertugas menyusun kenderaan untuk perjalanan seterusnya... Kami memulakan perjalanan dengan mengikuti laluan ringkas di mana laluan tol RM1.60 LDP dipilih menuju ke MRR2. Menyusuri laluan Tol Gombak dengan berbekalkan Touch & Go yang bernilai RM5.00, kami melalui laluan berliku di mana Jalan ke Genting Highland sangat mencabar kerana kami perlu mendaki bukit. Pelbagai ragam di rakam oleh kami kerana kami perlu menyusun konvoi dengan tertib yang sesuai dari ZERO hingga LAST CAR. Malangnya, kerana aku memandu sendirian dengan berbekalkan handy, aku tak dapat merakamkan aktiviti berkonvoi. Bahaya beb ambil gambar sambil memandu... Lebih kurang pukul 10.35 pagi kami sudahpun mendaki puncak setelah berpenat lelah menekan padel minyak kerana mendaki bukit bukanlah perkara mudah... Di sini kami menyusun kenderaan kami cantik-cantik untuk diambil gambar. Kerana kabus pagi yang sangat menyucuk-nyucuk kulit hingga ke tulang sum-sum, membuatkan aktiviti bergambar sedikit terganggu. Walau bagaimanapun, kabus yang tebal ini tidak dilepaskan juga untuk dirakam oleh lensa aku dan lensa-lensa yang hadir di SMD ini... Suhu yang dapat dicatatkan oleh kami hingga mencecah 20.5˚ celcius.

Dalam kegembiraan ini, satu kejutan untuk Ajoy telah diraikan dimana kami menyambut hari ulangtahunnya yang ke berapa aku pun taktau... Terpancar wajah ceria kerana terkejut dan kami juga telah memulakan sesi photoshoot yang tidak seberapa. Oleh kerana kamera amatur aku tak seberapa, aku dapat memuat turunkan gambar ini sahaja... Nanti ada gambar photoshoot sebenar, aku akan upload di entry akan datang...












Perjalanan melepasi RNR Gombak, kami berhenti untuk membeli makanan untuk santapan tengahari di situ untuk di bawa ke tempat perkelahan Janda Baik. Sesuai benarlah memilih makanan yang mengikut selera diri sendiri untuk dibeli kerana itu tekak anda... Belilah ikut suka anda... Huhu...





- dB aka Arep dan Mus (Budak Busuk)
- BHF1932 dan zxkn
- WanLee dan YL
- Rezal dan XYL
- MOVEving dan Ajoyaero
- AceOfSpades dan Nartasha
- Nizam_5282
- CaanDegil
- Skyfura da Champ
- Ejam Enol dan XYL
- Apis dan YL
- Irrahady da Petantin Baru All Alone
- Kido Dido dan XYL
- Ross dan YL
- WLA4455 da Hello Kitty da MOVE SunRoof
- Chal dan YL
Comments (0)
Catat Ulasan