:: Nota 10 Mei 2009 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/10/2009 03:49:00 PTG

0

Harini orang cakap HARI IBU, aku ikut sahaja kata mereka... Orang cakap harini hari mengingati IBU, aku hormati pendapat mereka. Aku bukan hipokrit untuk mengatakan aku sayang ibu, tapi memang itu kenyataannya. Tapi atas kesedaran aku, aku selalu telefon ibu tak kira la hari ini sahaja, malah setiap minggu kadang-kadang setiap hari tapi kekerapannya takdela tiap-tiap hari. Menanyakan kesihatannya, keadaannya, apa yang dia buat, apa kesusahan yang dialami. Aku bukanlah mewah untuk memberi kesenangan untuknya, tetapi aku hanya mampu memberi kegembiraan padanya.

Walaupun ada suara-suara sumbang mengatakan aku tak menyambut hari ini sebagai HARI IBU, tetapi memang itu hakikatnya. Telah aku nyatakan di entry yang lepas, tetapi aku tetap juga menelefonnya, mendengar suaranya, menceritakan pengalaman aku hari ini, apa aku buat, apa mak abah buat, apa yang terjadi kat rumah dan sebagainya.

Lebih kurang pukul 3.45 petang tadi, aku telefon Mak tapi mendengarkan suaranya aku nampak kelemahan padanya. Menanyakan kenapa suara Mak lemah je macam tak bermaya? Rupa-rupanya Mak terkejut bangun dari lena kerana kepenatan pulang dari Chemor. Katanya, Mak ikut Abah pergi ke sana sebab ada orang nak masuk rumah sewa. Jadinya Mak ngan Abah nak kemas rumah tu, bersihkan apa yang patut sebab hari Selasa ni ada orang nak masuk menyewa. Silap time aku telefon sebab macam ganggu masa Mak tengah berehat tidur.

Saja je sembang-sembang santai apa yang jadi kat aku baru-baru ni. Ceritakan kesihatan aku sedikit terjejas aku sejak hari Sabtu. Aku sangat lemah-lemah badan sebab aku bermain futsal tempohari. Sangat sengal-sengal badan dan sedikit kemalangan kecil dan terjadi kat aku bila nak naik tangga. Lupakan hal itu kerana tidak penting.

Kembali kepada soalnya tentang HARI IBU, aku akan sentiasa sayang Mak, walaupun bukan sahaja hari ini yang kebanyakan orang kata sangat istimewa dan aku akui itu pendapat orang. Aku berkeadaan biasa-biasa sahaja tetap juga dengan rutin harian aku, setiap minggu telefon mak.

    "Nanti Alang nak mintak tolong Mak, uruskan hal perkahwinan dan itu permintaan Alang. Sebab tak ada orang lain lagi yang lebih sesuai untuk menjalankan tanggung jawab ini selain Mak dengan Abah. Adik dan abang-abang pun ada tugasnya masing-masing dan diharap semuanya akan berputar umpama roda kerana masa ini Alang mintak tolong, esok-esok Alang tolong pulak korang. Begitulah sebaliknya dan seterusnya."

Terserahlah pada mereka itu nak kata aku macam mana pun, yang penting bukan sahaja hari ini. Esok, lusa, tulat, tonggeng, terbalik pun aku tetap akan menghargai jasanya tanpa ada rasa bezanya sejak dari kelahiran aku pada 5 Februari 1982 (9 bulan 10 hari dalam kandungan mak) hinggalah hari ini yang aku sudah melangkaui umur di 27 tahun. Tetap juga aku akan hargai jasanya, doakan kesejahteraannya, dan begitulah sebaliknya hingga aku sudah tiada lagi di dunia ini...

"Harap-harap inilah yang akan berterusan dan jauhilah aku menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya."

Comments (0)