:: Barcelona Terhebat Eropah ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/28/2009 10:30:00 PG

0

ROME 28 Mei - Barcelona menewaskan Manchester United 2-0 untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara menerusi jaringan Samuel Eto’o dan Lionel Messi pada perlawanan akhir yang mendebarkan di Stadium Olimpik Rome awal pagi tadi.

Eto’o meletakan juara Sepanyol itu di depan pada minit ke-10 dan tandukan cantik Messi pada minit ke-70 mengesahkan Barcelona memenangi kejohanan peringkat kelab Eropah paling berprestij buat kali ketiga.

Kemenangan ke atas juara bertahan itu melengkapkan kejuaraan treble untuk jurulatih Barcelona, Pep Guardiola pada musim pertamanya selepas memenangi liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol.

Lionel Messi (kiri) menanduk untuk menjaringkan gol kemenangan Barcelona melepasi penjaga gawang Manchester United, Edwin van der Sar dan hanya dapat diperhatikan oleh Rio Ferdinand pada pertembungan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Olimpik, Rome awal pagi tadi. Barcelona juara 2-0



United pula gagal memburu kejuaraan keempat peringkat Eropah, yang juga trofi keempat United selepas memenangi Liga Perdana England, kejohanan Kelab Piala Dunia FIFA dan Piala Liga.

Jaringan pertama Eto’o diperoleh apabila dia berjaya memintas dari penjuru kanan dan melepasi halangan Nemanja Vidic dan melepaskan rembatan rendah yang menewaskan penjaga gol United Edwin van der Sar di penjuru gawang.

Samuel Eto'o (kanan) meraikan kejayaan menyumbat gol pembukaan Barcelona bersama-sama Andres Iniesta selepas 10 minit prlawanan menentang Manchester United bermula di Stadium Olimpiik, Rome, awal pagi tadi



Xavi melakukan percubaan menerusi sepakan bebas namun terkena tiang gawang United sejurus babak kedua bermula sebelum Lionel Messi mengesahkan kemenangan apabila menanduk hantaran lintang Xavi.

Barcelona, yang merupakan juara Eropah 1992 dan 2006, mengambil giliran menguasai perlawanan selepas United menguasainya di sepanjang 10 minit pertama babak awal.

Pada awal perlawanan, United memperoleh peluang gol menerusi sepakan bebas Ronaldo yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Barcelona Victor Valdes namun Park Ji-sung gagal tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola yang terlepas.

Ronaldo menghidupkan penjuru kanan United sehinggalah Barcelona menjaringkan gol pertama dengan Eto’o mempamer gerakan menarik, mengawal bola dengan kemahirannya menewaskan penjaga gol United.

Selepas mendapat gol pertama, Barcelona mengawal permainan dan setiap gerakan United kerap dapat dipatahkan oleh kelab Catalan itu.

Jaringan kedua menjelma 20 minit menuju masa penamat apabila Messi tiba tepat pada masanya untuk menyambar bola lintang Xavi. - AGENSI

Lionel Messi meraikan kejayaan menyumbat gol menentang Manchester United awal pagi tadi

Comments (0)