:: Sekali Rosak Da ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 5/10/2009 07:20:00 PTG

0

Adehla... Tadi aku tepon lagi sekali kampung. TV kat kampung dah rosak pulak. TV yang selalu kitorang menonton dan terpacak depan ruang tamu time balik kampung sambil sembang-sembang ngan Mak Abah. Baru la ni tau, rupanya last aku balik kampung haritu esok lusanya dia dah meragam. Abah cuba hantar kat kedai konon nak betulkan TV tu. Sekali tokey kedai tu cakap kalau nak betulkan dalam lingkungan RM500++. Sama je cam tambah sikit duit beli TV baru. Keadaan kat umah tu tinggal Mak ngan Abah je, Syahirah pulak dah tak tinggal ngan diorang lagi. Time abah pegi keje, Mak mesti sunyi takde hiburan. Patutla tadi aku tepon mak tidur. Sunyi sangat nampaknya. Sedih aku.

Ni pun aku tadi YM ngan angah, dia baru bagitau aku. Takde plak mak citer TV tu rosak. Barula aku tepon kat kampung lagi sekali. Confirm rosak. Dari betulkan TV tu, baik beli je baru. Tengok la camana, kitorang tong-tong beli TV baru lagi besh dari TV lama tu. Tupun kena pakat la adik beradik barula jadik beli. Kalau sorang dua je pakat confirm parah gak nak jadikan kenyataan. Camana, ada berani ke Along, Angah ngan Adik? Kalau bran, barula carre bagi hadiah yang dah lama kitorang tak bagi... Aku bukan apa, sedih beno bila rasanya mak tu sunyi sangat kat rumah tu tak buat aktiviti. Kalau ada pun TV kecik, itu pun cam tunggu masa je cam nyawa-nyawa ikan... Jom la tong-tong beli sebijik TV plasma... Huhu....

Comments (0)