:: Bilanya Yang Sesuai? ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 5/05/2009 10:37:00 PG

2

Mari kita bincangkan... Mana lagi baik buat kenduri kahwin? Cuti sekolah atau bukan cuti sekolah?

Kebaikan Kenduri Cuti Sekolah
  • Kononnya tetamu takde masalah sebab tergesa-gesa nak balik sebab takyah ingat esok nak hantar bebudak pergi sekolah.
  • Mak bapak takyah fikir nak suruh diorg buat kerja sekolah yang melambak.
  • Mak bapak senang cuti lama pasal bebudak pun cuti.
  • Banyak kenduri kawin, boleh la diorg berlari-lari pergi ke majlis kenduri lain pulak.

Kekurangan Kenduri Cuti Sekolah
  • Banyak beno saingannya dengan kenduri lain.
  • Tetamu yang jauh tak berapa boleh datang sebab kat tempat diorang pun ada kenduri.
  • Tarikhnya memang selalu menjadi idaman setiap mak bapak pengantin.
  • Kalau hadir pun, tak boleh tengok pengantin pasal, teringat ngan kenduri lain. Nak kena pegi kenduri tempat lain pulak.

Kebaikan Kenduri Bukan Cuti Sekolah
  • Tak banyak saingan, tetamu boleh datang bila-bila masa je...
  • Tetamu yang hadir pun boleh senang lenang nak balik bila pun diorang nak.
  • Acara Walimatulurus berjalan lancar kerana boleh tengok pengantin bersanding.
  • Tetamu istimewa boleh tolong-menolong merewang (gotong-royong) kat kenduri kahwin.

Kekurangan Kenduri Bukan Cuti Sekolah.
  • Kes budak-budak esok nak sekolah.
  • Kerja sekolah tak siap, mak bapak kena fikir jugak. Ala, bawak je kat rumah kenduri buat kerja sekolah kat majlis tu.
  • Balik malam, walaupun mak bapak mintak cuti, anak-anak kena hantar gak esoknya ke sekolah.
  • Dah nama pun bukan cuti sekolah, memang tak bercuti la bebudak tu.

Keputusan:
Aku nak pilih satu tarikh bukan berkaitan cuti sekolah dengan sebab-sebab di atas. Iaitu dengan pilihan hari Sabtu menjadi keutamaan kerana hari Ahad masih lagi cuti. Diorang yang penat membantu dan datang boleh berehat lagi hari Ahad itu. Lagipun, tetamu yang jauh datang tak tergesa-gesa nak balik sebab esoknya masih lagi cuti. Majlis di malam hari juga akan di sambut meriah dengan acara bukak hadiah kononnya dan disertakan dengan gelak ketawa. Teringat majlis kenduri Along dulu, bestnya...

Comments (2)

Sekiranya majlis bukan pada cuti sekolah sila sediakan makanan extra kerana takut tetamu ter extra dan akan mengakibatkan tidak cukup makanan..Haha

Extra tu memang dah ada, melainkan yang buat masa cuti sekolah tu yang banyak membazir... Ekeke...