:: Seronok di 23-24 Mei 2009 ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Keluarga , Luahan , Rekreasi , Riadah Minda | Posted on 5/25/2009 03:29:00 PG
0
Bermula pada pukul 11.30 pagi di hari Sabtu (23/05/2008), aku mulai bergerak ke Taman Melati untuk mengambil adik. Kata angah suruh amibil dia kat sana semata-mata untuk ke Ampang Point membeli LCD TV yang dikata untuk dibelikan kepada Mak dan Abah. Episod sedih akan berganti dengan gembira di mana akan ada TV baru menghiasi rumah di Tanjung Rambutan. Kemungkinan dengan TV bersaiz 32 inci ini tidak akan menjadi sunyi untuk Mak dan Abah di kampung. Disertai dengan kehadiran anak-anak kesayangannya ini bersama-sama meraikan kegembiraan mereka.
Setelah memilih TV tersebut berjenama SHARP, kami teruskan perjalanan untuk kembali ke Taman Melati menyiapkan beberapa perkara dan teruskan perjalanan untuk pulang ke kampung. Perjalanan melalui highway amat mendebarkan kerana suasana ingin melihat kegembiraan yang akan dialami oleh Mak dan Abah serta kami juga, tidak tersabar rasanya. Melihatkan along terhoyong-hayang memandu, berhenti sebentar di hentian sebelah Tanjung Malim untuk menukar pemanduan oleh adik. Aku ngan Angah menaiki satu kereta, manakala Along dinaiki oleh adik dan juga Kak Long (Gee dan Nawfal). Perjalanan mengambil selama 2 jam 45 minit sebelum kami menginggah ke Tesco Extra untuk membeli sedikit buah tangan.
Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 malam di rumah dan kami mulai bersalaman serta mencium kedua tangan Mak dan Abah. Seterusnya aktiviti mendebarkan Mak dan Abah untuk memperkenalkan gadget yang bakal diterima. Mulanya kami mengeluarkan TV lama angah untuk diberi, kononnya itu ajelah yang mampu kami beri. Tetapi along telah menyudahkan pendebaran tersebut dengan mengeluarkan TV 32 inci yang dibeli hasil pakatan kami 4 beradik. Haha... Senyum lebar Mak dan Abah menerima gadget yang baru. Kami pun mulai install TV tersebut dan mulai memasang TV tersebut pada tayangan ASTRO.
Sesudah menginstall, kami keluar makan bersama-sama di depan bangunan S.U.K kerana mulanya nak makan di T.K.K, tetapi suasana amat menyesakkan. Perut berkeroncong telah terisi dengan kewangan angah yang membelanja kami makan.
Setelah penat menyesakkan perut, kami pulang dengan senyuman yang amat berlainan sama sekali dan kami mulai tidur untuk menunggu hari esoknya...
24 Mei 2009
Mata yang mengantuk amat menyusahkan untuk bangun tidur. Along ngan Kak Long telah bangun awal untuk beli sesuatu untuk sesi berkelah di Ulu Chepor. Aku masih di tempat tidur sambil tidur-tidur ayam. Melihatkan dapur ada makanan, aku pun bersarapan sedikit kerana perut mulai lapar kembali. Waktu yang sudah semakin sempit di mana sudah mulai pukul 12.00 tengahari, kami menyiapkan beberapa perkara sebelum memulakan aktiviti berkelah. Setelah Abah pulang, kami pun memulakan perjalanan ke Ulu Chepor. Melalui jalan Chemor yang sempit sangat menyelesakan kerana tidak banyak kereta yang melalui jalan tersebut. Kami sampai ke Ulu Chepor lebih kurang pukul 1.15 petang dan kami mulai membayar tiket parking untuk sesi perkelahan ini di Ulu Chepor.
Sebelum menyejukkan badan di dalam air, kami menyental makanan yang di bawa seperti Nugged dan ayam golek TESCO. Setelah tiada siapa yang nak masuk air dulu, aku yang turun. Dan kemudian adik dan along pula mengikuti. Angah tak mandi sebab alasannya tak ada baju spare. Kami mandi ala kadar sebab kawasan yang sangat ramai dan kehadiran tempat yang kurang dalam menyebabkan tak terasa best untuk mandi. Tak mengapalah, janji suasana berkelah tetap wujud. Sesudah mandi, kami pun sental nasi pula dan bersiap-siap untuk pulang.
Sampai ke rumah, kami adik-beradik kepenatan lalu tidur bersepah di ruang tamu. Kami mulai bersiap-siap untuk pulang ke KL untuk mempercepatkan panggilan kota manakala adik menyambung perjalanan untuk pulang ke Jerantut... Pengalaman hari semalam dan kelmarin akan sentiasa terpahat dan aku berharap ianya akan berulang kembali...

Comments (0)
Catat Ulasan