:: adehlah.blogspot.com ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan | Posted on 5/26/2009 03:29:00 PTG
0
Salam semua... Tujuan aku buat private blog ni adalah semata-mata untuk meluahkan rasa isi hati aku sahaja. Bukan sebab aku kedekut untuk bagi orang luar tu baca. Kadang-kadang aku rasa, blog ni bertujuan untuk orang luar tu meluahkan rasa tak puas hati dengan menulis nama mereka di ruang komen sebagai "anonymous". Tujuan mereka senang sahaja, cuma nak buat personal attack kat aku. "Baling Batu Sembunyi Tangan" bak kata pepatah. Apa salahnya bagi nama ke sesuai sangatla dengan tujuan kita berkenal mesra sesama kita. Dah la tak bagi komen yang baik-baik, tetapi menyakitkan hati. Tak salah nak bagi penjelasan, tetapi kenalah tempatnya. Tak mintak apapun, sekadar bagitau nama aje pun susah.
Dah banyak kali aku perhatikan kat ruangan blog ni, nak attack penulis tapi takut nak perkenalkan diri. Takut pada bayang-bayang sendiri agaknya. So, bagi aku mudah aje. Aku tak sakit hati, orang luar tak sakit hati. Aku tukar alamat blog aku, aku tutup blog lama kat 'www.yaperda.blogspot.com' tu. Kat situ aku tulis 'UNDER CONSTRUCTION'. Lantak la korang nak tunggu berzaman pun kat blog satu lagi. Takdenya aku nak hidupkan semula. Kini aku di 'www.adehlah.blogspot.com'. Tujuan utama aku nak kongsi perjalanan hidup aku pada orang-orang yang aku percaya. Kalau tak, takkan la korang boleh baca kat ruang ni kan? Sebab aku percaya kat korang. Kalau aku open to public, seumpama aku tak bebas bersuara. Sekat pendapat dan ada yang sakit hati dan makan hati. Jadinya, korang yang boleh baca blog aku di sini diharap janganlah bawa ke luar apa yang aku tulis. Cuma sekadar pandangan dan tulisan aku supaya bermula anda membaca di sini dan habis di sini. Terima kasih kerana masih bersama aku...

Comments (0)
Catat Ulasan