:: Versi Raya Khas Bersama Keluarga ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/29/2009 01:15:00 PG

0

Tak puas rasanya kalau tak muatkan kat dalam satu entry gambar-gambar kenangan ni. Sebagai kenangan pada masa akan datang... Gambar memang banyak, cuma ini je yang mampu nak di muat turunkan. Malam raya je, tiap-tiap tahun mesti ada tetamu datang untuk bertakbir. Tahun ni tak ramai yang datang bertakbir, cukupla sekadar menyejukkan rumah dengan bacaan takbir tersebut. Tahun ni, aku masih solo lagi, masih belum berdua. Harap-harap tahun depan berdua la hendaknya. Ada kelebihan dan ada kekurangannya beraya solo ni... Bebas ke mana sahaja. Hahaha... Tapi boringnya mestila ada orang temankan? Kalau beraya berdua dah tentu la automatiknya berteman. Bezanya, sesuai ke di bawa ke satu-satu majlis? Aku harap, apa yang bakal terjadi masa aku dah berdua nanti, semua majlis dapat di sesuaikan dan tiada pantang larangnya.

Tahun ni aku tiga beradik je raya sekali kat Ipoh. Mau taknya, Along raya kat Negeri Sembilan dulu. Raya ketiga baru dia balik Ipoh. Memandangkan aku pun belum punyai komitmen, nampaknya beraya kat Ipoh tu menjadi kewajipan di hari raya pertama. Jangan tak balik wooo, mau nangis raya tak balik kampung. Agak sunyi sikitla raya pertama kerana tiada keletah bebudak di rumah. Nantila aku dah kawin, ada anak tentu bingit dan haru jadinya rumah tu...


Adik terpaksa balik awal sebab dia cuti sehari je. Raya kedua dia dah kena kerja... Raya pertama juga aku tak kemana, kecuali petang raya aku ngan Mozweed gi mengayakan TGV Jusco Ipoh. Tengok wayang cerita Omputih "Perfect Gateaway". Maklumla, raya pertama ni bukan orang suka di ganggu. Diorang nak beraya bersama keluarga mereka... Lagipun takde orang raya-raya ni. Masing-masing balik kampung sendiri...

Aku beraya di kampung Bagan Datoh pada raya kedua. Memandangkan Aku, Angah ngan Mak Abah je yang akan pulang, keputusan untuk Aku tidak membawa kereta sendiri telah diputuskan. Naik van Abah jela... Boleh rilek sikit. Ekekeke... Mak Abah tunggu aku pulak tu raya pertama. Kena tunggu abis bola Manchester United Lawan Manchester City baru le balik kampung. Menarik siot game ni. Man Utd menang 4-3. Habis plak dalam pukul 10.30 malam. Terus pack barang, gerak balik kampung Bagan Datoh. Destinasi pertama dah tentu kat umah Hutan Melintang. Rumah Makcik aku la pun. Sedara paling rapat iaitu 'Adik Abah'. Sampai lak dalam pukul 1 pagi camtu. Tak banyak soal, sembang2 dan terus tidur. Esok nak pegi Parit 4 pulak balik umah Arwah Opah.

Pagi-pagi dah sampai umah Arwah Opah. Kumpulnya takla ramai sangat. Katanya nak buat tahlil sikit lepas Zohor. Suasana sedih menyelubungi bila Pak Ngah yang jadi imam menangis masa membacakan doa buat arwah. Al-Fatihah. Kemudian, kami pun bergerak untuk beraya ke destinasi masing-masing, dan sebelum itu kami singgah ke pusara Opah dan Atuk. Sekali lagi kami menyedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah semoga ditempat di golongan orang-orang yang bertakwa.


Bermulalah singgah menyinggah di rumah sedara-mara, dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Ipoh semula pada hari yang sama. Sementara itu, singgah  ke Hutan Melintang semula untuk berehat serta mandi-manda. Dalam pukul 10 malam kami bergerak pulang ke Ipoh.


Sampai Ipoh je, pun dalam pukul 12 malam lebih. Ada keluarga dari Terengganu nak datang beraya kat rumah esok. Jauh perjalanan diorang tu, dan kerana itulah Abah mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh pada malam raya kedua juga...

:: X-SMKUK Gathering 2009 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 9/27/2009 10:58:00 PTG

2

Bebanyak terima kasih pada jemputan yang hadir. Aku sangkakan gathering yang aku jemput pada mulanya kat kengkawan X-SMKUK tak mendapat sambutan, rupanya masih ramai yang mengambil tindakan sewajarnya untuk merealisasikan jemputan ini. Rasanya ramai yang aku jemput tak kira la kelas mana sekalipun. Mana yang hadir tu, aku bagi kredit yang sangat tinggi penghargaannya pada mereka. Pada yang tak hadir walaupun tanpa sebarang reply pemberitahuan untuk tidak hadir pada jemputan aku tu, tak mengapalah... Mungkin ada hal lain lagi penting dari jemputan aku tu agaknya. Kang kata tak jemput pulak ye tak? Sekarang ni memacam cerita boleh diputar belitkan, kalau tak jemput ada je cerita belakang tabir yang kurang enak di dengar. Aku cubalah hadir mana yang mampu tak mengira pangkat kecik ke besar ke... Yang penting aku masih menghadiri majlis untuk meraikan jemputan orang... Kalau betul takleh hadir, sekurang-kurangnya aku akan bagitau tak dapat hadir. Dapatlah si menjemput faham situasi di mana kita tak dapat hadir...

Majlis berlangsung di KFC, Bercham. Jemputan yang pada mulanya pada pukul 11 pagi menjadi kemuncaknya bila reramai datang dalam pukul 12 tengahari... Aku tau, janji melayu memang macam tu... Supporter yang nak jumpa kengkawan lama masih lagi utuh berutus khabar. Ada yang dah kahwin pun sanggup hadir biarpun lewat datang. Yang berpasangan tinggalkan anak kat umah pun ada jugak. Syabas kat korang...


Majlis terus meriah sehingga ke pukul 4 petang biarpun kitorang yang kongker KFC tu. Peduli apa kat orang, kitorg makan kat situ, bukan lepak tak makan. Muahaha... Jemputan dari pengantin baru Safirul dan Liza untuk makan-makan free kat rumah dia kitorang sambut dengan konvoi yang kecil. Ada yang berpecah konvoi sebab ada yang nak balik awal, ada hal la tu. Tak kisahla, janji korang ada masa ngan kitorang. Syabas jugak...



Sampai je kat rumah Safirul, meriah kutuk-mengutuk sesama sendiri (biasa tentang perut dan perubahan fizikal) sangat dititik beratkan... Menjadi amalan biasa bila lama tak jumpa... Makanan yang dihidang Safirul sekeluarga jugak tak kurang enaknya... Memang lazat... Seterusnya, kitorg sempat bergambar mana yang ada dan masih belum putus untuk bersurai... Majlis berakhir pada pukul 5.30 petang. Masing-masing menuju ke destinasi untuk sambutan hari raya seterusnya... Terima kassey...

:: Ramadhan Terakhir ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/20/2009 07:11:00 PG

0

Sempat lagi Ramadhan terakhir berbuka dengan kawan-kawan lama sekolah. Tidak dirancang sama sekali untuk berbuka bersama. Walaupun bukanlah ramai mana, tetapi dapatlah bertemu sementara. Nak tunggu raya ada yang balik awal, cutinya yang sekejap... Sekali panggil, terus je diorg setuju untuk berbuka bersama. Lokasi di Pizza Hut Giant Tambun; Aku, Tobek, Idan, Ejai, dan Nuar ngam-ngam sampai kat tapak perjumpaan. Masuk je waktu, masing-masing terus makan... Clear beb pizza tuh... Huhu...

:: Sampul Duit Raya Upin Ipin ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/18/2009 06:42:00 PG

0


Cantik, menarik, kau memang da bom. Penantian yang berbaloi menunggu kehadiran pakcik posmen menghantar bungkusan dari Topek berbentuk sampul duit raya (Angpau). Tapi mana duitnya? Angpau je watpe?

Dah memang aku kirim angpau je, bukan duit, hehehe... Saje kirim sampul angpau ni untuk bagi kat budak-budak special. Pasti bebudak suka ngan watak Upin Ipin pada sampul angpau ni. Boleh jadi barang RARE. Bagi singgit pun takpe, angpau tu je yang diorang nak... Hahaha... Takpe, nanti Uncle bagi sampul kosong je yek? Tak yah duit raya... Selamat aku... Huhu...

:: Old Town Time ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/18/2009 02:15:00 PG

2

Orang balik kampung sibuk berborak ngan family, aku sibuk melepak kat Old Town. Sudahnya sahur sekali kat situ... Tak la sedap sangat pun. Rege je tak hengat mahal... Minum kat wanggey lagi baguih...

:: 17 Septermber 2009 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/17/2009 11:03:00 PG

0

Image Hosted by ImageShack.us
Harini harijadi adik bongsu aku. Satu-satu adik kandung yang aku ada kat dunia ni. Tak dapat apa nak diucap selain ucapan selamat hari ulang tahun pada hari ini. Semoga apa yang dicita-citakan tertunai hendaknya. Dan semoga kerjaya berjaya dengan cemerlang. Jumpa kita kat Ipoh nanti...

:: Hari Genting dan Entry Minta Hampon ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 9/16/2009 01:59:00 PTG

8

Hari palng genting adalah hari ini. Esok diisytihar nak keje buleh tak keje pun buleh. Tapi adakah aku akan pegi kerja? Hehe... On call la nampaknya esok. Manala tau client menggila. Tau jela semua client pun nak kejar masa nak bercutila katakan...

Harini jugaklah banyak yang menduga kesabaran aku. Hard disk kongla (untuk member aku), emel tak lepasla. Internet bangang sejak dari semalam lagi membuat api geram aku simpan dalam-dalam hati je... Kalau tak mau aku pijak router internet kat luar tu.

Suasana kerja dah tak wujud dah kat ofis ni. Semuanya terbayang kereta yang akan menghantar aku ke Ipoh tepat aku dibesarkan. Tapi peliknya aku tak berminat nak dengar lagu raya tahun ni. Aku layan lagu Michael Jackson je... Pusing2 pun lagu sama je dari dulu sampai sekarang. Lagu sekarang lagi cam haram.

Aku cuti esok, tapi terpaksa tunda pasal ada orang nak balik ngan aku. Adoi... Kalau tak malam ni dah calo dah aku kat Ipoh. Bolehla melepak at wanggey bersama geng2 kenarianz Perak. Tu pun geng-geng X-SMKUK tak balik lagi. Kalau balik, bulehla lepak ngan geng yang jarang berkumpul ni pulak. Tapi katanya Sabtu dah ramai balik. Nantila aku fikir camana nak melepak ngan diorg lak. Ada gak rancangan nak buat gathering ngan diorang, tapi cara santaila... Pada yang nak hadir sila-sila lah hadir. Pasal tiada paksaan untuk anda datang. Yang kelihatan muka-muka biasa yang nak datang tu tak menjadi masalah. Kalau nak tunggu yang muka tak biasa datang berkumpul ntah ada ntah idak. Pasalnya, kalau muka tak biasa ni kang dia ke mana, kita ke mana (tak bertegur sangatla gamaknya). Jadinya, biarlah orang yang biasa-biasa ni je yang berkumpul untuk lebih eratkan hubungan.

Jadinya dengan ini aku berkesempatan agaknya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjengah blog seadanya ini. Semoga kalian bergumbira hendaknya bersama orang tersayang. Untuk kawan aku yang ada kat Lubnan (Shoffee), jangan sedih-sedih ye? Berkhidmat untuk Lubnan dan Malaysia. Pengalaman tu, bukan selalu ada. Masa nila nak timba pengalaman bertugas di negeri orang. Pada rakan-rakan kenarianz Kuala Lumpur, kehadiran Syawal ini bermula titik awal untuk penarikan diri aku untuk bersama korang. Susah untuk aku letakkan diri aku kat kelompok korang. Banyak sangat jurang antara kita, banyak mengajar aku mengenali hati budi orang mana yang sesuai dibuat kawan. Aku bergelar kenarianz Perak. Pada Aiza, nampak je kekadang aku ok, tapi kekadang tak ok gak. Oleh itu jom kita sama-sama tapis apa yang boleh kita cakap. Aku pun bukannya selalu ok... Aku dah maafkan ko Aiza (aku pun mintak maaf). Iszuanie, chill beb. Jadikan raya anda lebih bermakna dari liku hidup ko yang selalu tension. Sariah... Selamat bertunang di hari raya. Aku akan hadirkan diri sekiranya minyak kereta aku sempat sampai kat depan umah ko... Sinar, mana utang aku? (Yang ni tak leh halal)

Pada semua yang tak de dalam senarai, anda tak bermasalah ngan aku... Hahaha... Semoga gembira hendaknya di hari raya...

:: Hang Out Secret Recipy ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/15/2009 11:58:00 PTG

0

Nak merapu takde idea... Nak merungut takde arah... Nak mengutuk bulan puasa... Apa-apa pun, bulan puasa kena makan gak. Jadinya memang banyak duit akan keluar, lebih berbeza dari hari biasa... Tapi itu bukan halangan demi perjuangan persahabatan. Diorg ajak, kalau menolak tak baikla pulak. Kalau berkira pun tak bagus jugak. Dan bulan puasa yang terakhir ini, banyak pula jemputan berbuka dan ada masanya terpaksa ditolak mana-mana yang tidak berkenaan...

Ada masa yang menjemput pun tak berminat nak menjawab dengan kesungguhan untuk berbuka sekali. Akhirnya aku yang menarik diri kerana anjuran yang tak kuat memandangkan mungkin tak ada rezeki untuk berbuka bersama. Takut nanti datang cam orang bangang je. Sebenarnya aku tak de mood nak tulis panjang-panjang melainkan untuk menyelit sedikit gambar yang sempat di tangkap iaitu berbuka di Secret Recipy... Cuma selang sehari je...

Bersama Group JQZ


Bersama Group Kenarianz

:: Trip Berbuka ke Melaka ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/13/2009 11:44:00 PTG

3

Sabtu yang lepas, aku dan Sinar telah merancang satu trip ke Melaka. Perancangan yang telah lama dirancang, (sorry untuk mereka yang menjemput aku berbuka di majlis mereka iaitu Shahril@Sariah / Angah / Kenarianz KL kerana tak dapat memenuhi jemputan) namun perjanjian yang telah ditentukan satu hari dibulan Ramadhan akhirnya berlangsung dengan jayanya. Takla ramai pun berjanji, tapi bolehlah dianggap berjaya mengumpulkan sedikit kawan-kawan yang sangat rapat satu waktu dulu untuk membuat perjumpaan yang tidak seberapa ini. Bermula dari rumah aku KL ke Ayer Keroh pada pukul 2.30 petang terus shoot ke Melaka tanpa menoleh kebelakang lagi. Walaupun hujan lebat sekejap-sekejap tidak mematahkan semangat aku dan Sinar untuk menuju ke destinasi.

Sampai kat sana terus tuju ke Petronas kedua dari Tol Ayer Keroh. Tak susah cari dan terus call Anuar untuk jumpa aku kat sana. Port kat umah dia lebih kurang sempat baring, pastu terus cari kedai berbuka buffet yang dicadang oleh Anuar. Katanya tempat ni merupakan 'first time' yang kedua kali tempat dia makan. Sempat bergambor lebih kurang, maka azan pun berbunyi. Makan la kami dengan lahapnya kerana kelaparan berpuasa sepanjang hari... Jangan risau, Nuar sponsor buffet ni... Tengkiyu... 


Kerana Azwan dan Shamsul tak dapat join berbuka sekali, jadi kami telah merancang untuk melepakkan diri di kedai mamak yang boleh menayangkan perlawanan bola sepak EPL. Sebelum itu, kami sempat pusing-pusing kat Jusco Ayer Keroh. Memang dah janji untuk jumpa Azwan kat situ, tapi sebelum jumpa aku dah kantoikan dia dulu masa dia tengah sibuk shopping bersama orang rumahnya...

Orang Melaka memang camni ke? Sesuka hati dia je isi bunga sepenuh-penuh yang boleh...


Azwan kantoi semasa Shopping ngan orang rumah dia...


Lepas gerak je keluar dari Jaya Jusco, kami terus menuju ke Batu Berendam iaitu tempat dituju berjumpa beramai-ramai untuk berkongsi cerita terbaru antara satu sama lain. Lepak kat Restoran Taj tempat yang boleh melepak sambil tengok bola EPL. Kejutan buat aku di mana perjumpaan bersama Shamsul Safwan yang telah berubah fizikal dari gemuk jadi kurus. Akibat sakit yang berpanjangan katanya... Taknak tanya lebih-lebih. Dan Azwan juga telah muncul di celahan khalayak kaum yang ramai menonton bola di Restoran itu. Suasana menjadi riuh dimana bunyi-bunyi bising teriakan gol di sana sini lagi menceriakan keadaan. Kami melepak sehingga pagi dan boleh dikatakan bersahur terus di Restoran itu sehingga pukul 3.30 pagi.

Sinar cakap dia nak ricky tempat kerja barunya kat Melaka Raya. Hujan lebat dan banjir di merata-rata membuatkan pemanduan aku lebih berhati-hati mencari arah. Dibantu oleh GPS, mudah saja aku mencari tempat yang di cari Sinar. Kami pun pulang bila tiada apa lagi yang nak dibuat di tengah bandar yang sunyi itu di waktu pagi ini...

Kemalangan ngeri... Suspek yang cedera telah dihantar ke hospital. Hehehe...


Shamsul Safwan yang banyak berubah dari bentuk fizikal yang asal...


Gosip kutuk aku la tu...


Gosip lagi? Dah mengata buat bodo pulak. Haha...


Apa ko merepek ni Nuar?


Perjalanan yang jauh dan penat tidak merugikan kerana banyak yang berlaku di waktu-waktu singkat itu untuk menceriakan Ramadhan aku tahun ini. Namun, aku tetap pegang tuntutan aku iaitu Anuar, Shamsul dan Azwan berhutang dengan aku untuk datang ke KL pula.

p/s: Ramai orang cakap, kenapa diorang tak datang sini? Biasalah, semua orang pun nak kerja mudahkan? Biarlah kami yang mulakan...