:: Hujan + Jem + Pancit ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Luahan , Menyampah | Posted on 9/03/2009 02:12:00 PG
2
Musim hujan selalu tak menentu sekarang ni. Takut nak berjanji dengan orang. Tapi perjalanan perlu diteruskan untuk mengakui ketepatan masa itu perlu digunakan sebaik mungkin. Berfikir panjang aku sama ada nak naik kereta atau naik motor untuk ke satu-satu destinasi. Memandangkan bulan Ramadhan ini, kejadian jem kerap berlaku bila di waktu puncak. Semua tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi sebelum tiba waktu Maghrib. Pernah satu ketika, perjalanan untuk satu kilometer untuk ke Shah Alam mengambil masa 45 minit. Sabar ajelah. Bila sampai ke satu-satu check point, memang takde apa-apa berlaku kenapa jem perlu terjadi. Mungkin di traffic light semua mengejar lampu merah. Bila dah lampu merah kelihatan, semua sangkut kat tengah jalan, manakala untuk pengguna lampu hijau tersangkut untuk laluannya kerana pengguna lampu merah tadi menghalang. Cuma 1-3 kereta sahaja lepas untuk lampu merah kembali menyala. Memang takde sivik langsung pengguna jalanraya yang dah makin rabun warna agaknya...
Terfikir-fikir lagi aku untuk menggunakan kereta atau motor. Memandangkan musim hujan tidak tentu arah sekarang ni, kadang-kadang aku takut untuk berjanji. Bukan kerana apa, haritu nak pegi Bazar Ramadhan pun tak boleh. Inikan pula nak janji ngan orang. Janji punya janji, kalau hujan habis semua perancangan. Kalau naik kereta takpe pulak, tapi nak wat camana. Jem pulak menjadi halangan.
Kelmarin, aku berjanji dengan client MyIPO untuk menghantar mockup design. Dengan menaiki motor sahaja untuk tidak bersesak-sesak ke Kompleks Dayabumi. Habis je meeting, aku pun segera mahu pulang ke ofis. Kejadian malang menimpa, tayar motor aku pancit. Ditambah malang pula bila hujan mulai turun. Agak rasa sakit hati dengan boss bila semua kerja aku kena buat sendiri, aku jugak yang kena buat design, aku jugak kena hantar artwork. Keadaan tayar pancit tadi aku mulai bengang gile ngan boss, ditambah hujan yang membasahi tubuh. Aku redah juga untuk pulang ke ofis sambil mencari kedai motor berhampiran. Oleh kerana tengah bandar yang takde bengkel motor, aku hentam jugak redah motor pancit tadi dengan hujan untuk mencari bengkel. Dalam fikiran aku cuma Sentul sahaja yang terdekat. Anggaran aku dalam 8 kilometer terpaksa aku bersabar sampai ke sana. Aku fikir, tayar aku mesti dah hancur, tiub mesti dah memang takleh pakai...
Sampai je kat sana aku terus tukar tayar ngan tiub. Nak taknak terpaksa bayar pakai duit sendiri. Anggaran kos tayar RM55 dan tiub cap ayam RM8. Semua sekali aku terpaksa keluarkan duit sendiri dalam RM63. Aku tak peduli, apa nak jadi-jadilah. Aku nak claim duit tayar + tiub itu untuk menyedapkan hati aku. Kalau boss cakap banyak, aku nanti cakap "Lu pergi sendiri la hantar job". Yang kena komplen ngan bambu ngan client aku jugak.
Dah la aku puasa... Tambah kederat aku pulak nak kena menolak motor. Dah tu cakap kenapa tak naik kereta? Banyak cantik muke lu? Nak redah jem? Anggaran naik motor untuk ke Dayabumi dengan naik motor dalam 15 minit (30 minit pegi-balik) berbanding ngan kereta untuk ke sana dalam 45 minit (1.30 jam ++ pegi-balik) dengan jem lagi.
Cepat la cuti raya... Tak sabar dah nak bercuti ni. Nak refresh balik pale otak ni... Ringan sikit pale otak kalau dapat jejak kaki kat Taman Jaya Delima tu. Cepat la cuti oi... Huhu...
nak heran apa nizam..ko x ingat ke kita penah tolak moto kriss ko tu..minyak abih nak pi lowyat...huhuhu
Mandei je... Bila masa pulak kita nolak?