:: Cuti Raya ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 9/02/2009 08:21:00 PTG

2

Cuti raya dah confirm... 17 September - 27 September 2009. Apa yang aku boleh gambarkan, tak sabarnya aku nak bercuti bukan kerana sebab raya yang bakal menjelang, tetapi aku dah tak tahan nak mengadap kerja yang membebankan. Pasal raya pun satu hal, siapa yang tak sabar nak raya oii?

Bukan aku yang mintak nak cuti, tapi dah boss yang bagi, terima ajelah ye tak? Takkan nak melawan nak kerja jugak kalau dah bagi cuti? Ditambah dengan sedikit duit raya dari boss, bolehla buat-buat shopping raya. Hahaha...

Tak sabarnya nak cuti, nak jumpa kawan-kawan... Nak jumpa sedara mara... Nak makan ketupat ngan rendang air tangan mak abah. Nak belajar anyam ketupat. Tiap-tiap tahun mak abah anyam ketupat, tapi aku belajar tak pernah-pernah pandai. Tak bersungguh-sungguh agaknya. Camana nak ajar anak-anak aku nanti? Tahun ni aku mesti belajar sampai pandai. Kalau boleh nak anyam ketupat rumah. Ade ke ketupat rumah?

Apa-apa pun rendang mak jugak yang paling sedap. Kalau orang cakap kat mana-mana ada jual rendang best, tak akan lawan rendang mak yang buat. Mana taknya, dah tekak ni rendang mak je yang boleh di cakap sedap? Korang pun ada mak kan? Takkan nak cakap masakan mak korang tak sedap kan? Nak kena tulah?

Raya tahun ni tak beli baju raya (baju melayu saje). Tahun-tahun lepas punya baju melayu pun boleh sarung lagi... Cantik lagi macam baru. Buat pe beli? Buat apa membazir ye tak? (Padehal kasut dah beli 2 pasang ditambah ngan selipar... Haha... Belum lagi nak shopping hampir-hampir raya). Duit raya untuk budak-budak? Dah settle dah. Takyah nak tukar duit kat bank pun pasal hari-hari aku simpan duit not RM1. Kalau sebulan RM1 x 30 hari = RM30. Kalau 4 bulan? Lu kira la sendiri... Duit raya kat budak-budak biasa RM1 cukupla... Diorg bukan tau apa-apa pun, janji dapat duit dah rasa best sangat la tu... Duit raya untuk anak-anak sedara? Adeh... Ni paling leceh ni...

Sampul duit raya? Banyak dah aku ada... Agensi advertising cam aku, pegi je kilang... Mintak sampul raya berkatun boleh dapat. Tahun lepas punya pun banyak lagi tak pakai dah dapat yang baru... Bezanya, aku suka kumpul design sampul duit raya. Buat imaginasi aku untuk job seterusnya... Biasala sumber idea la katekan.

Dah tak tau nak tulis, entry yang tak berapa stress. Enjoy-enjoy suda...

p/s: Tahun ni raya bujang lagi... Tahun depan?

Comments (2)

Tahun depan raya umah bini la!

Hahhahahaha padan muka ko!
Tapi tahniah utk aku insyaallah!

Ngeh ngeh ngeh..

Gelakkan aku yek? Takpe... Ada ubi ada batas, ada hari buleh balas...