:: Versi Raya Khas Bersama Keluarga ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/29/2009 01:15:00 PG

0

Tak puas rasanya kalau tak muatkan kat dalam satu entry gambar-gambar kenangan ni. Sebagai kenangan pada masa akan datang... Gambar memang banyak, cuma ini je yang mampu nak di muat turunkan. Malam raya je, tiap-tiap tahun mesti ada tetamu datang untuk bertakbir. Tahun ni tak ramai yang datang bertakbir, cukupla sekadar menyejukkan rumah dengan bacaan takbir tersebut. Tahun ni, aku masih solo lagi, masih belum berdua. Harap-harap tahun depan berdua la hendaknya. Ada kelebihan dan ada kekurangannya beraya solo ni... Bebas ke mana sahaja. Hahaha... Tapi boringnya mestila ada orang temankan? Kalau beraya berdua dah tentu la automatiknya berteman. Bezanya, sesuai ke di bawa ke satu-satu majlis? Aku harap, apa yang bakal terjadi masa aku dah berdua nanti, semua majlis dapat di sesuaikan dan tiada pantang larangnya.

Tahun ni aku tiga beradik je raya sekali kat Ipoh. Mau taknya, Along raya kat Negeri Sembilan dulu. Raya ketiga baru dia balik Ipoh. Memandangkan aku pun belum punyai komitmen, nampaknya beraya kat Ipoh tu menjadi kewajipan di hari raya pertama. Jangan tak balik wooo, mau nangis raya tak balik kampung. Agak sunyi sikitla raya pertama kerana tiada keletah bebudak di rumah. Nantila aku dah kawin, ada anak tentu bingit dan haru jadinya rumah tu...


Adik terpaksa balik awal sebab dia cuti sehari je. Raya kedua dia dah kena kerja... Raya pertama juga aku tak kemana, kecuali petang raya aku ngan Mozweed gi mengayakan TGV Jusco Ipoh. Tengok wayang cerita Omputih "Perfect Gateaway". Maklumla, raya pertama ni bukan orang suka di ganggu. Diorang nak beraya bersama keluarga mereka... Lagipun takde orang raya-raya ni. Masing-masing balik kampung sendiri...

Aku beraya di kampung Bagan Datoh pada raya kedua. Memandangkan Aku, Angah ngan Mak Abah je yang akan pulang, keputusan untuk Aku tidak membawa kereta sendiri telah diputuskan. Naik van Abah jela... Boleh rilek sikit. Ekekeke... Mak Abah tunggu aku pulak tu raya pertama. Kena tunggu abis bola Manchester United Lawan Manchester City baru le balik kampung. Menarik siot game ni. Man Utd menang 4-3. Habis plak dalam pukul 10.30 malam. Terus pack barang, gerak balik kampung Bagan Datoh. Destinasi pertama dah tentu kat umah Hutan Melintang. Rumah Makcik aku la pun. Sedara paling rapat iaitu 'Adik Abah'. Sampai lak dalam pukul 1 pagi camtu. Tak banyak soal, sembang2 dan terus tidur. Esok nak pegi Parit 4 pulak balik umah Arwah Opah.

Pagi-pagi dah sampai umah Arwah Opah. Kumpulnya takla ramai sangat. Katanya nak buat tahlil sikit lepas Zohor. Suasana sedih menyelubungi bila Pak Ngah yang jadi imam menangis masa membacakan doa buat arwah. Al-Fatihah. Kemudian, kami pun bergerak untuk beraya ke destinasi masing-masing, dan sebelum itu kami singgah ke pusara Opah dan Atuk. Sekali lagi kami menyedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah semoga ditempat di golongan orang-orang yang bertakwa.


Bermulalah singgah menyinggah di rumah sedara-mara, dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke Ipoh semula pada hari yang sama. Sementara itu, singgah  ke Hutan Melintang semula untuk berehat serta mandi-manda. Dalam pukul 10 malam kami bergerak pulang ke Ipoh.


Sampai Ipoh je, pun dalam pukul 12 malam lebih. Ada keluarga dari Terengganu nak datang beraya kat rumah esok. Jauh perjalanan diorang tu, dan kerana itulah Abah mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh pada malam raya kedua juga...

Comments (0)