:: Tabiat Shopping Seorang Aku ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/01/2009 09:06:00 PG

0

Ada orang pegi shopping suka beramai-ramai. Ada orang shopping suka bersendirian. Aku dikategorikan sebagai mengambil sikap bershopping bersendirian. Ada banyak faktor menyebabkan tingkahlaku aku sebegitu.

Andaikata aku keluar bersama kawan-kawan sekalipun, sikap untuk ber'window shopping' mesti didahulukan. Survey dahulu, baru beli kemudian apabila tiba aku bersendiri. Bukanlah kerana berjimat cermat (mesti pun), tetapi sebagai langkah berjaga-jaga supaya tiada kritikan yang dilemparkan apabila kita membeli belah. Mungkin aku tak suka dikritik tentang produk yang aku nak beli.

Andai aku membeli barang yang mahal, ada suara-suara kata kita banyak duit. Nak menunjuk-nunjuk. Andai juga beli barang murah, ada suara-suara mengata kita takde duit. Memang susah nak membuat orang suka apa yang kita suka. Mungkin juga aku suka pada satu-satu barang, tapi apabila berteman mereka mengkritik tak cantik la, old school la, tak up to date la. Adoila diorang ni. Aku nak beli pakai duit aku, yang susah sangat korang nak terima aku nak beli apa yang aku suka kenapa?

Tindakan aku bershopping bersendiri memang menjadi lumrah dari dulu lagi. Sebabnya kalau ada satu-satu barang yang orang lain suka untuk kita bayar, walaupun terpaksa kena beli jugak dengan rasa berat hati kena beli jugak. Akibatnya, kita tak teruja langsung untuk memakainya walaupun barang itu barang baru. Pernah terjadi, barang baru yang ada dalam almari aku masih lagi kelihatan baru kerana aku tak suka pemilihan barang dari orang lain. Sekali sekala pakai pun ada. Hari ni pun ada yang baru mula aku pakai walaupun tahun lepas telah dibeli. Huhu...

Comments (0)