:: Terbaikkah RON95 ::

Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 9/09/2009 11:04:00 PG

0

Harga minyak naik balik. Kerajaan kata "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Lepas sehari kita sambut Hari Kebangsaan, harga minyak naik semula. Memang didahulukan kesusahan rakyat tak mengapa. Janji pencapaian diutamakan.

Survey punya survey, harga minyak memang tak nampak macam berubah, iaitu RM1.80 seliter. Memangla tak berubah, tapi kualiti minyak yang berubah. RON97 ditukar kepada RON95 menjadikan ianya bernilai RM1.80 seliter. Manakala RON97 menjadi RM2.05 seliter. Dah terbiasa aku mengisi minyak RON97 memang lancar je keadaan enjin aku.

Iklan miyak kenderaan berkobar-kobar mengatakan minyak jenis RON95 memang mesra alam, jimat dan berbagai lagi. Sejak aku pakai minyak jenis RON95, macam ada yang tak kena je ngan enjin kereta aku. Bunyi yang dikeluarkan agak kasar, manakala minyaknya macam cepat dibakar dan cepat habis. Dimanakah mesra alamnya minyak jenis ni? Mana jimatnya?

RON97 pula dah banyak tempat pula tak ada. Nak cari pun agak payah sikit. Harga pula memangla mahal sikit. Tapi agaknya memang terbaik sikitla dari RON95. Kat mana nak komplen pasal kualiti minyak ni ha?

Comments (0)