:: Hari Genting dan Entry Minta Hampon ::

Posted by nizam_5282 | Posted in , | Posted on 9/16/2009 01:59:00 PTG

8

Hari palng genting adalah hari ini. Esok diisytihar nak keje buleh tak keje pun buleh. Tapi adakah aku akan pegi kerja? Hehe... On call la nampaknya esok. Manala tau client menggila. Tau jela semua client pun nak kejar masa nak bercutila katakan...

Harini jugaklah banyak yang menduga kesabaran aku. Hard disk kongla (untuk member aku), emel tak lepasla. Internet bangang sejak dari semalam lagi membuat api geram aku simpan dalam-dalam hati je... Kalau tak mau aku pijak router internet kat luar tu.

Suasana kerja dah tak wujud dah kat ofis ni. Semuanya terbayang kereta yang akan menghantar aku ke Ipoh tepat aku dibesarkan. Tapi peliknya aku tak berminat nak dengar lagu raya tahun ni. Aku layan lagu Michael Jackson je... Pusing2 pun lagu sama je dari dulu sampai sekarang. Lagu sekarang lagi cam haram.

Aku cuti esok, tapi terpaksa tunda pasal ada orang nak balik ngan aku. Adoi... Kalau tak malam ni dah calo dah aku kat Ipoh. Bolehla melepak at wanggey bersama geng2 kenarianz Perak. Tu pun geng-geng X-SMKUK tak balik lagi. Kalau balik, bulehla lepak ngan geng yang jarang berkumpul ni pulak. Tapi katanya Sabtu dah ramai balik. Nantila aku fikir camana nak melepak ngan diorg lak. Ada gak rancangan nak buat gathering ngan diorang, tapi cara santaila... Pada yang nak hadir sila-sila lah hadir. Pasal tiada paksaan untuk anda datang. Yang kelihatan muka-muka biasa yang nak datang tu tak menjadi masalah. Kalau nak tunggu yang muka tak biasa datang berkumpul ntah ada ntah idak. Pasalnya, kalau muka tak biasa ni kang dia ke mana, kita ke mana (tak bertegur sangatla gamaknya). Jadinya, biarlah orang yang biasa-biasa ni je yang berkumpul untuk lebih eratkan hubungan.

Jadinya dengan ini aku berkesempatan agaknya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjengah blog seadanya ini. Semoga kalian bergumbira hendaknya bersama orang tersayang. Untuk kawan aku yang ada kat Lubnan (Shoffee), jangan sedih-sedih ye? Berkhidmat untuk Lubnan dan Malaysia. Pengalaman tu, bukan selalu ada. Masa nila nak timba pengalaman bertugas di negeri orang. Pada rakan-rakan kenarianz Kuala Lumpur, kehadiran Syawal ini bermula titik awal untuk penarikan diri aku untuk bersama korang. Susah untuk aku letakkan diri aku kat kelompok korang. Banyak sangat jurang antara kita, banyak mengajar aku mengenali hati budi orang mana yang sesuai dibuat kawan. Aku bergelar kenarianz Perak. Pada Aiza, nampak je kekadang aku ok, tapi kekadang tak ok gak. Oleh itu jom kita sama-sama tapis apa yang boleh kita cakap. Aku pun bukannya selalu ok... Aku dah maafkan ko Aiza (aku pun mintak maaf). Iszuanie, chill beb. Jadikan raya anda lebih bermakna dari liku hidup ko yang selalu tension. Sariah... Selamat bertunang di hari raya. Aku akan hadirkan diri sekiranya minyak kereta aku sempat sampai kat depan umah ko... Sinar, mana utang aku? (Yang ni tak leh halal)

Pada semua yang tak de dalam senarai, anda tak bermasalah ngan aku... Hahaha... Semoga gembira hendaknya di hari raya...

Comments (8)

iye 0-0. kalau nak 0-1 lagi kang aku bagi pantun sebelah lagi kang kat YM lagi..bernanah telinga ko tak pun ko imaginasi bukan2. Kurang pahala posa ko. Pahala posa aku tukang create pantun pun kurang.

pasni aku nak bercakap guna bahasa kamus dewan je. ko marah2 aku lagi tak kene tempat siap ko! Iye kadang aku pun tgh tak ok.ko ok aku tak ok.ko tak ok aku ok.masa time tu 2 2 tak ok.so jadi K.O.

Selamat hari raya. Enjoy your raya time this year, as next year your raya will be your most challenging raya cos you gotta miss your raya with your own family as u need to raya with Siti's family!! Hahaha

Jumpe di rumah orang bertunang raya ke berapa tah!!

Tahun depan nak kena tempah baju sedondonla pulak. Dari kain yang sama. Nak lagi cantik pakai satu baju, ada dua kepala. Barula seraya.

apesal aku terbaca title tu mintak HENPON ha! ahaha

Sinar ahlong dah carik kau lah!!

Mintak henpon? buleh jugek...

Sekarang aku yang claim sinar uatang ngan aku... Lagi 1/2 payment tak bayar lagi... Bengang siot dah nak raya ni...

ko anggap je sinar lupa sebab dia kan busy sebagai producer..

hahaha ayat akhir tu nampak sangat aku sariah dan izuani bermasalah. kah kah kah ko gaduh2 ngan kiteorg haaa tak sama ngan gaduh ngan orang lain tau...mana nak cari pergaduhan cam ni...ini gaduh tanjung punya style. tempat lain tak jumpe punyer wa cakap luh!

Pasalnya korang je yang baca blog aku... Nak tambah lagi nama orang ke? Cam meroyan tak tentu hala je. Bukan diorang boleh masuk kat blog aku pun...

Jadinya aku bagitau je terus kat korang. Kang sinis2 kang orang tak tau pulak aku tuju kat siapa. Hahaha...

Woo nama aku pun ada jgk ke?... ok selamat hari raya juga.. jangan risau aku takde rasa sedih pun.. maybe ni sebab aku dah tune mental aku awal2 sebelum dtg sini.. apapun terima kasih atas pandangan ko... Kirim salam kepada semua sahabat2 di Perak... aku pun mcm ko jgk.. member2 Perak xkan aku lupakan..diaorg semua sempoi... termasuk la ko skali

Nama ko pun mesti ada... Orang jauh tu..

Selamat hari raya di bumi lubnan, insyaallah nanti aku kirim salam kat semua geng perak mana yang sempat aku jumpa...