:: Majlis Berbuka Kenarianz PERAK ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Rekreasi | Posted on 9/11/2009 01:45:00 PG
2
Nak update, bicara tentang kelab Kenarianz (PERAK sahaja). Ahad 6 September 2009 telah berlangsungnya majlis berbuka puasa bersama ahli Kenarianz PERAK. Aku pun joinla acara diorang sebab jemputan yang tak pernah putus atas dasar mengeratkan silaturrahim bersama kawan-kawan yang benar kawan. Walaupun sejauh KL-IPOH, takde masalah punya sebab meraikan mereka. Aku pulang dengan harapan dapatlah bertemu mereka walaupun menaiki bas express (Express rakyat... Cepat cepat.. Jangan terlambat). Diorang bolehla Isnin cuti, KL mana de cuti (Nuzul Quran).
Mozweed, menjemput di rumah aku dalam pukul 5.30 petang terus terpacak kat depan rumah. Aku yang dah bersiap lama tak menunggu panjang terus mintak izin Mak Abah nak gerak ke majlis berbuka puasa. Perjalanan yang tak makan masa lama telah sampai ke destinasi Shell Tasek untuk berkumpul sebelum sampai kat tempat berbuka. Kelihatan Shafa dan Isteri paling awal sampai. Dan disusuli ahli lain. Acara gosip telah dijalankan dengan sempurna (mana de gosip... Puasa...)
Setelah lengkap perbarisan, kami menyusun konvoi dan terus gerak ke destinasi... Sampai sana sambung lagi gosip. Setelah cukup masa untuk berbuka, kami pun berasak-asak mengambil makanan (takut habis). Aku masih cool di meja, cuma teguk air dulu. Diorang yang menggelabah takut habis makanan.
Hambek, makanan tak cukup. Aku sempat ambik ayam tulang kering je ngan daging masak kicap. Komplen kat kedai, diorg cakap "Tunggu sat no... Kami masak sikit lagi...". Tunggu punya tunggu... Siaplah ayam baru diorg. Dan kami pun belasah ayam lebihan. Padan muka siapa yang makan awal. Lagi sedap ayam baru, panas lagi...
Selesai majlis, acara gosip diteruskan... Wak bukak warung di mana dia jual pelbagai jenis barangan dari mercun, bunga api, sehinggalah seluar jeans pun dia jual jugak. Yaperda? Aku ambik dua helai seluar jeans, atas dasar bantu. Hehe...
Majlis berakhir lebih kurang pukul 9.00 malam. Sesi bergambar telah disusun dan saudara Achoi menjadi jurufotonya. Sayangnya aku tak dapat letak gambar itu kat sini sebab kamera ada kat Achoi... Huhu... Aku dan Mozweed pulang meneruskan perjalanan untuk layan Fun Fair... Hahaha... Kerja gila pasal pegi Fun Fair pakai baju melayu...
Anggota yang baru sampai
Kumpulan gosip sang wanita
Kumpulan gosip sang lelaki
Sampai ke destinasi dan lapar
Berasak-asak mengambil makanan
Masih bersabar menunggu waktu berbuka
Anak terbiar betulla... Kesian si Anis
Wak bukak stall
Shafa mahu pulang
Mozweed, menjemput di rumah aku dalam pukul 5.30 petang terus terpacak kat depan rumah. Aku yang dah bersiap lama tak menunggu panjang terus mintak izin Mak Abah nak gerak ke majlis berbuka puasa. Perjalanan yang tak makan masa lama telah sampai ke destinasi Shell Tasek untuk berkumpul sebelum sampai kat tempat berbuka. Kelihatan Shafa dan Isteri paling awal sampai. Dan disusuli ahli lain. Acara gosip telah dijalankan dengan sempurna (mana de gosip... Puasa...)
Setelah lengkap perbarisan, kami menyusun konvoi dan terus gerak ke destinasi... Sampai sana sambung lagi gosip. Setelah cukup masa untuk berbuka, kami pun berasak-asak mengambil makanan (takut habis). Aku masih cool di meja, cuma teguk air dulu. Diorang yang menggelabah takut habis makanan.
Hambek, makanan tak cukup. Aku sempat ambik ayam tulang kering je ngan daging masak kicap. Komplen kat kedai, diorg cakap "Tunggu sat no... Kami masak sikit lagi...". Tunggu punya tunggu... Siaplah ayam baru diorg. Dan kami pun belasah ayam lebihan. Padan muka siapa yang makan awal. Lagi sedap ayam baru, panas lagi...
Selesai majlis, acara gosip diteruskan... Wak bukak warung di mana dia jual pelbagai jenis barangan dari mercun, bunga api, sehinggalah seluar jeans pun dia jual jugak. Yaperda? Aku ambik dua helai seluar jeans, atas dasar bantu. Hehe...
Majlis berakhir lebih kurang pukul 9.00 malam. Sesi bergambar telah disusun dan saudara Achoi menjadi jurufotonya. Sayangnya aku tak dapat letak gambar itu kat sini sebab kamera ada kat Achoi... Huhu... Aku dan Mozweed pulang meneruskan perjalanan untuk layan Fun Fair... Hahaha... Kerja gila pasal pegi Fun Fair pakai baju melayu...
Rindu aku tengok gambar berbuka dan suasana di Malaysia.. betullah kata orang hujan emas negara orang hujan batu negara sendiri baik di negara sendiri..
Ala... Apa salahnya, tahun ni je... Tahun depan dah kembali normal dah...