:: Trip Berbuka ke Melaka ::
Posted by nizam_5282 | Posted in Rekreasi | Posted on 9/13/2009 11:44:00 PTG
3
Sabtu yang lepas, aku dan Sinar telah merancang satu trip ke Melaka. Perancangan yang telah lama dirancang, (sorry untuk mereka yang menjemput aku berbuka di majlis mereka iaitu Shahril@Sariah / Angah / Kenarianz KL kerana tak dapat memenuhi jemputan) namun perjanjian yang telah ditentukan satu hari dibulan Ramadhan akhirnya berlangsung dengan jayanya. Takla ramai pun berjanji, tapi bolehlah dianggap berjaya mengumpulkan sedikit kawan-kawan yang sangat rapat satu waktu dulu untuk membuat perjumpaan yang tidak seberapa ini. Bermula dari rumah aku KL ke Ayer Keroh pada pukul 2.30 petang terus shoot ke Melaka tanpa menoleh kebelakang lagi. Walaupun hujan lebat sekejap-sekejap tidak mematahkan semangat aku dan Sinar untuk menuju ke destinasi.
Sampai kat sana terus tuju ke Petronas kedua dari Tol Ayer Keroh. Tak susah cari dan terus call Anuar untuk jumpa aku kat sana. Port kat umah dia lebih kurang sempat baring, pastu terus cari kedai berbuka buffet yang dicadang oleh Anuar. Katanya tempat ni merupakan 'first time' yang kedua kali tempat dia makan. Sempat bergambor lebih kurang, maka azan pun berbunyi. Makan la kami dengan lahapnya kerana kelaparan berpuasa sepanjang hari... Jangan risau, Nuar sponsor buffet ni... Tengkiyu...
Kerana Azwan dan Shamsul tak dapat join berbuka sekali, jadi kami telah merancang untuk melepakkan diri di kedai mamak yang boleh menayangkan perlawanan bola sepak EPL. Sebelum itu, kami sempat pusing-pusing kat Jusco Ayer Keroh. Memang dah janji untuk jumpa Azwan kat situ, tapi sebelum jumpa aku dah kantoikan dia dulu masa dia tengah sibuk shopping bersama orang rumahnya...
Orang Melaka memang camni ke? Sesuka hati dia je isi bunga sepenuh-penuh yang boleh...
Azwan kantoi semasa Shopping ngan orang rumah dia...
Lepas gerak je keluar dari Jaya Jusco, kami terus menuju ke Batu Berendam iaitu tempat dituju berjumpa beramai-ramai untuk berkongsi cerita terbaru antara satu sama lain. Lepak kat Restoran Taj tempat yang boleh melepak sambil tengok bola EPL. Kejutan buat aku di mana perjumpaan bersama Shamsul Safwan yang telah berubah fizikal dari gemuk jadi kurus. Akibat sakit yang berpanjangan katanya... Taknak tanya lebih-lebih. Dan Azwan juga telah muncul di celahan khalayak kaum yang ramai menonton bola di Restoran itu. Suasana menjadi riuh dimana bunyi-bunyi bising teriakan gol di sana sini lagi menceriakan keadaan. Kami melepak sehingga pagi dan boleh dikatakan bersahur terus di Restoran itu sehingga pukul 3.30 pagi.
Sinar cakap dia nak ricky tempat kerja barunya kat Melaka Raya. Hujan lebat dan banjir di merata-rata membuatkan pemanduan aku lebih berhati-hati mencari arah. Dibantu oleh GPS, mudah saja aku mencari tempat yang di cari Sinar. Kami pun pulang bila tiada apa lagi yang nak dibuat di tengah bandar yang sunyi itu di waktu pagi ini...
Kemalangan ngeri... Suspek yang cedera telah dihantar ke hospital. Hehehe...
Shamsul Safwan yang banyak berubah dari bentuk fizikal yang asal...
Gosip kutuk aku la tu...
Gosip lagi? Dah mengata buat bodo pulak. Haha...
Apa ko merepek ni Nuar?
Perjalanan yang jauh dan penat tidak merugikan kerana banyak yang berlaku di waktu-waktu singkat itu untuk menceriakan Ramadhan aku tahun ini. Namun, aku tetap pegang tuntutan aku iaitu Anuar, Shamsul dan Azwan berhutang dengan aku untuk datang ke KL pula.
p/s: Ramai orang cakap, kenapa diorang tak datang sini? Biasalah, semua orang pun nak kerja mudahkan? Biarlah kami yang mulakan...
Sampai kat sana terus tuju ke Petronas kedua dari Tol Ayer Keroh. Tak susah cari dan terus call Anuar untuk jumpa aku kat sana. Port kat umah dia lebih kurang sempat baring, pastu terus cari kedai berbuka buffet yang dicadang oleh Anuar. Katanya tempat ni merupakan 'first time' yang kedua kali tempat dia makan. Sempat bergambor lebih kurang, maka azan pun berbunyi. Makan la kami dengan lahapnya kerana kelaparan berpuasa sepanjang hari... Jangan risau, Nuar sponsor buffet ni... Tengkiyu...
Kerana Azwan dan Shamsul tak dapat join berbuka sekali, jadi kami telah merancang untuk melepakkan diri di kedai mamak yang boleh menayangkan perlawanan bola sepak EPL. Sebelum itu, kami sempat pusing-pusing kat Jusco Ayer Keroh. Memang dah janji untuk jumpa Azwan kat situ, tapi sebelum jumpa aku dah kantoikan dia dulu masa dia tengah sibuk shopping bersama orang rumahnya...
Lepas gerak je keluar dari Jaya Jusco, kami terus menuju ke Batu Berendam iaitu tempat dituju berjumpa beramai-ramai untuk berkongsi cerita terbaru antara satu sama lain. Lepak kat Restoran Taj tempat yang boleh melepak sambil tengok bola EPL. Kejutan buat aku di mana perjumpaan bersama Shamsul Safwan yang telah berubah fizikal dari gemuk jadi kurus. Akibat sakit yang berpanjangan katanya... Taknak tanya lebih-lebih. Dan Azwan juga telah muncul di celahan khalayak kaum yang ramai menonton bola di Restoran itu. Suasana menjadi riuh dimana bunyi-bunyi bising teriakan gol di sana sini lagi menceriakan keadaan. Kami melepak sehingga pagi dan boleh dikatakan bersahur terus di Restoran itu sehingga pukul 3.30 pagi.
Sinar cakap dia nak ricky tempat kerja barunya kat Melaka Raya. Hujan lebat dan banjir di merata-rata membuatkan pemanduan aku lebih berhati-hati mencari arah. Dibantu oleh GPS, mudah saja aku mencari tempat yang di cari Sinar. Kami pun pulang bila tiada apa lagi yang nak dibuat di tengah bandar yang sunyi itu di waktu pagi ini...
Perjalanan yang jauh dan penat tidak merugikan kerana banyak yang berlaku di waktu-waktu singkat itu untuk menceriakan Ramadhan aku tahun ini. Namun, aku tetap pegang tuntutan aku iaitu Anuar, Shamsul dan Azwan berhutang dengan aku untuk datang ke KL pula.
p/s: Ramai orang cakap, kenapa diorang tak datang sini? Biasalah, semua orang pun nak kerja mudahkan? Biarlah kami yang mulakan...
erk...shamsul safwan ni dak sek kita dlu ke?
Nak kene puleh tinge ni... Ketua Pengawas senior kite pun tak kenei...
nampok lain bebenor...jenuh aku pikior...huhuhu...