Kali ni nak cerita pasal Facebook. Korang kenal ke Facebook tu mende? Kalau tak tau, cuba cari kat Kamus Dwibahasa edisi 1999 kat Perpustakaan. Kalau korang jumpa, aku bagi korang RM10. Saja nak ngetest buat update baru, itu pun sebab Mak Buyong-Lin Kenit sibuk soh update blog. Ahaks... Sememangnya aku dah memang addicted kat Facebook ni hingga berFB di mana sahaja dengan menggunakan telefon tak kira tempat asalkan ada coverage DiGi. Hakikatnya aku percaya ianya dah banyak membantu aku berkenalan semula dengan kawan-kawan sekolah/lama dan mengetahui perkembangan terbaru mereka setelah lama terputus hubungan.
Cerita di atas tak ada kena mengena dengan hidup dan mati apa tujuan asal aku nak sampaikan ini. Sebabnya aku nak cerita mengenai STATUS terbaru yang di update oleh kenalan-kenalan aku yang pernah aku approve permintaan menjadi rakan.
AMARAN AWAL
Baca hingga habis apa yang nak dicerita, dan diminta membuka minda korang dengan hati yang tenang dan waras. Amik yang positif aje... Yang negatif tu hanya Allah yang mengadilinya... Kalau yang terasa tuh mintak mahap ye... :D
Aku kekadang tensen baca status matus terbaru yang berbaur emosi melampau sepertinya coretan puitis-puitis yang kalau difikirkan kembali membuka pekung di dada sendiri. Contohnya: "Kenapala nasibku ditimpa malang" takpun "Lemahnya diri aku ini, diduga sebegini". Perlukah update status sebegitu? Rasanya macam menceritakan diri mereka sangat lemah, sangat menjatuhkan air muka sendiri tanpa dipaksa. Mungkin niatnya mahu meminta simpati atau berkongsi emosi. Tapi bagi akula sebagai pengkritik tegar, Facebook bukan tempat yang sesuai mendedahkan kelemahan diri. Bukannya apa, bila semua kenalan-kenalan baca menunjukkan semua orang faham situasi yang bergolak dalam diri anda itu. Bukan semua orang perlu kita cerita situasi sebenarnya, tapi secara umumnya ianya dibaca oleh kenalan kita. Ada yang memandang rendah mahupun mencaci kerana status yang kononnya mempunyai 1001 makna itu.
Kedua, status yang diupdate yang merupakan seseorang itu berdoa. Korang... kalau nak berdoa sila direct terus kepada Allah s.w.t. Bukan berdoa dengan ayat-ayat yang panjang lebar supaya kawan-kawan tahu anda sedang berdoa. Ingatlah, sebaik baik doa adalah yang dirahsiakan. Harap korang paham maksud aku tu yek? Bukan mengeji untuk berdoa untuk orang lain tahu, cumanya saluran korang tu tak betul. 1001 maksud juga tersirat dalam status korang tu, boleh jadi korang nampak alim di Facebook sahaja, tapi sebenarnya tidak. Yang penting keikhlasan dalam berdoa. Hanya Allah je tahu dan akan kurniakan apa yang korang minta. Kalau korang minta kat Facebook, ada kawan-kawan KESAH? Hehehe...
Tak kurang juga ada status yang dengki-mendengki. Pastu ada batu api. Pernahla aku komen satu budak ni supaya jangan la dengki mendengki, dengan memberi nasihat lebih kurang. Buleh pulak dia delete komen aku tu, dan mana kawan-kawan dia yang setuju dengan dia tu dia biarkan sahaja. Pastu dia balas balik komen kawan dia yang batu api tu supaya memarakkan lagi kemarahannya. Dia ngan budak batu api ni pun sama bengong jugak... Yang nasihat, tu plak jadi paneh dek budak yang delete status aku tu... Seperti contoh nya si A ni update status tak suka si B.. Pastu buat status angin-anginkan bahawa si B nih teruk glier laa, macam jahanam laa… Mcm sial laa.. Menyusahkan idop jek laa.. Come on la beb... Kalu nak marah ker, nak merajuk ker nak sensitip ker.. Sila settle antara korang berdua. Orang lain yang tak tau apa masalah korang jadi nak tau. Bila ditanya, "Ini bukan masalah kau".
Tu je antara contoh lebih kurang aku kat blog ni. Untuk menjadi renungan kita. Juga untuk renungan aku bersama. Kekadang ada gak yang bubuh status satu perkataan aje. Tu takde halla, tapi ianya juga menunjukkan beribu lemon makna. Ada yang jadi kawan hanya nak promosi barang. Mana yang tak berkenan aku ignorekan aje. Yang aku ni tak abis-abis main game, kalau korang tak suka aku main game, delete jek aku. Takde masalahnya ye Hehehe..
Sudah tu? Apa yang sepatutnya aku update? Diam aje? Tak best jugak, seolah-olah kita tak wujud kat MukaBuku tu, dahtu buat apa buat akaun? Huhu... update aje status yang membuatkan diri kita sentiasa gembira, bersemangat, dan yang lebih berguna membuatkan orang lain memanfaatkan status kita tu sebagai ilmu yang membawa faedah.
Buat masa ni aku pun tengah mempersiapkan diri dari mendiamkan diri dengan cuti sebulan (game tak termasuk ye), Aku juga tak kurang asyik memperlekehkan status kawan-kawan seperti contoh kat atas, supayanya aku dapatla mengurangkan dosa, mengurangkan umpatan. Niat coretan ditulis bukan untuk mempersenda, cuma tempelan ini sekadar renungan. Mana yang salah dapatla diubah... Aku bukanla baik manapun. huhu...
p/s: kredit pada Pali, untuk membuat coretan ini. Aku ubah banyak dari format yang asal tau... hehe...