:: domino's ::
Posted by nizam_5282 | Posted in | Posted on 10/07/2010 12:13:00 PTG
12
Saja nak sharing. Bukannya apa, memandangkan aku ngan wife pun tak duduk sekali buat masa ni, aku mengambil kesempatan untuk membuat kerja part time. Korang nak tau aku buat apa? Itu pun tak tau, baca la tajuk utama hari ini kat atas tu... :D
Oleh kerana aku akui yang hidup berumah tangga yang aku lalui ini sangat sukar, kami terpaksa duduk berasingan lagi di mana aku di Damansara, wife aku di Sabak Bernam menjadi cikgu. Makanya aku tak dapatlah hidup bersama-sama secara normal di mana ramai pasangan diluar sana dapat mengecap kebahagiaan duduk bersama dibawah satu bumbung. Tidak seperti aku, masih duduk berasing. Cuma dapat bersama pun mungkin di hujung minggu. Itupun kalau berkesempatan.
Masa yang banyak terluang dirumah apabila duduk bersendirian banyak membikin masa aku di atas katil sahaja. Tak menjamin kesihatan langsung. Aku terfikir, dengan cara mencari kerja sampingan boleh la membuatkan aku meregang-regangkan badan. Kerja rutin ofis aku pun bukannya teruk sangat. Tunggu call, kalau ada problem - selesaikan. Dah selesai, balik bilik buat kerja sendiri. Itu sahaja...
Mula diperkenalkan oleh kawan aku Wan, yang Domino's nak pakai orang. Kerja rider (penghantar pizza ke rumah-rumah orang). Kerja sangat mudah, tunggu turn pada sistem komputer di store, pastu jalan... Yes, aku sangat berminat. Store Domino's dicari, kat Damansara Perdana. Interview lebih kurang, esok dah boleh masuk. Sebelum jadi rider kena la belajar buat pizza dulu. Takkan terus nak rider terus. Mana boleh kan?
Kini dah hampir 2 bulan aku buat kerja ni, tak pernah kering poket aku bila kerja sini. Sambil dapat duit, sambil dapat makan pizza free. Kalau dulu, jangan harapla nak makan pizza free. Tunggu kawan belanja barula dapat makan. Sekarang ni, nak tengok pizza pun dah naik jemu. Huhu... Setiap hari Isnin, collect mileage (RM). Satu order RM2.30, andaikan satu hari dapat hantar 9 order (RM2.30 X 9 = RM20.70). Sapa nak bagi weh? Tapi hour kira lain, RM3.50 satu jam. Masuk tiap-tiap bulan setiap 1 haribulan.
Kerja Domino's ni bagi aku tak mengganggu pun rutin harian aku, nak kata sharp kena buat hari-hari tak perlu. Aku pun hanya memilih PART TIME je. Nak datang dapat le duit, tak datang takde la duit. Konsep mudah, nak ade duit poket datang la kerja. Tak datang pun takde masalah. Hehe... Aku kerja kat situ pun kekadang tak perasan jam tu berjalan. Hantar semua atas motor, kejar order... Lagi banyak order, makin banyak le fulus masuk. Ahaks...
Prosedur penghantaran tak susah, tempat hantar semua aku dah tau. Ikut je alamat kat stiker order, jaminan penghantaran 30 minit bermula dari customer call operator. Masak pizza pun lebih kurang 10-15 minit. Sempatla hantar ke rumah customer lebih kurang 15 minit. Kalau still lambat jugak, bagi kupon (FRP - Free Regular Pizza). Kalau dia order kali kedua, hanya bagitau operator yang dia ada kupon pizza free. Pilih aje apa jenis pizza yang dia mahukan.
Rasanya itu je kot yang aku sempat cerita untuk post kali ni. Waktu dah time untuk aku keluar makan. Sehingga berjumpa lagi... Jaga diri dan penampilan. Hensem-hensem selalu. :))
nak free vocher tuuu
Order la satu, nanti aku hantar lambat, lehla aku bagi voucher tu... Wakakaka...
aku belom gi lagik kan makan kt sana. biler nk gi ni........
Sila-sila. Ko order satu pizza, aku bagi free regular pizza. Carik je aku...
hantar bangi boleh?
Assalamualaikum.. maaf bertanya kalau kita nak keja rider domino perlu ada vacine typhoid tak? Domino akan tangung atau kena keluarkan duit sendiri?
Vacine tu mesti kena buat..boleh claim kat domino..tapi domino cume boleh claim tak lebih rm 50..so,kena cari klinik yang murah supaye tak rugi
Vacine tu mesti kena buat..boleh claim kat domino..tapi domino cume boleh claim tak lebih rm 50..so,kena cari klinik yang murah supaye tak rugi
Nk tnya klu surirumah nk keje ptime buat piza ada x
Lesen kena P ke?
Boleh asalkan ada lesen ,
Perlu ke kena pandai buat pizza kalau nak jadi rider?